McDonald’s Malaysia Anjur Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Alias di Pahang


Oleh rmf

Pendedahan ke atas laporan tahunan McDonald’s daripada tahun 2000 sehingga tahun lepas termasuk juga penyata kewangan yang telah diaudit tiada bukti jelas menunjukkan sumbangan kewangan McDonald’s kepada JUF apatah lagi kepada Israel. 

Yang hanya saya temui adalah di laman web JUF iaitu program Matching Gift iaitu sebuah program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan

Program Matching Gift ini tidak terhad kepada JUF sahaja. Mana-mana badan yang berdaftar di bawah undang-undang US [Kod Hasil Pendapatan Seksyen 501 (c) (3)] boleh menerima sumbangan melalui program Matching Giftdaripada McDonalds.

Progam Matching Gift ini bukanlah perkara baru. Banyak lagi syarikat korporat besar yang menjalankan program seperti ini sebagai salah satu daripada Corporate Social Responsibilty (CSR) dan juga salah satu cara mengurangkan bayaran cukai pendapatan kepada kerajaan US.

Dibawah saya sertakan Polisi Program Employee Matching Gifts oleh McDonald’s. Wajar juga diketahui bahawa program Matching Gift ini hanya ada di USA sahaja. Pekerja McDonald’s di negara lain tidak boleh menyertai program ini.

Dengan demikian, Di Malaysia, McDonald’s Malaysia hanya melaksanakan tanggungjawab sosial untuk dalam negara ini sahaja  dan tidak terlibat secara langsung dalam  Matching Gift yang ada di USA.

Dalam memberikan sumbangan Khidmat Sosial di Malaysia, baru baru ini Mc Donalds telah menaja satu program yang cukup hebat dan  telah memberikan impak yang cukup besar dalam hala tuju kemasyarakatan  dan sosial untuk rakyat Malaysia.

Program Santai Bersama Ustaz Kazim Alis telah dianjurkan  bersama beberapa NGO NGO . Program ini telah dilaksankan berlangsung di di Bandar Tun Razak, Jengka Pahang. Program yang berbentuk keagamaan telah menarik seramai 5000 orang untuk bersama sama menjayakan program ini.

Secara tidak langsungnya Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial McDonald’s kepada masyarakat yang menunjukkan betapa McDonald’s mengambil berat keperluan sosial selain fokus utama mereka dalam bidang perniagaan makanan…

Pemahaman mengenai matching gift  dan JUF sebagaimana yang diwar warkan dimedia sosial  adalah sesuatu yang tidak dibuat dengan berdasarkan fakta yang jelas.  Tindakan ini  akan memberikan fahaman yang salah terhadap pengemar makanan siap saji Mc Donald’s dan ianya satu pembohongan yang cukup jelas dilakukan.

Image | This entry was posted in Mc Donald’s Malaysia Anjur Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Alias di Pahang and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to McDonald’s Malaysia Anjur Program Keagamaan Bersama Ustaz Kazim Alias di Pahang

  1. Pingback: Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel. | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s