Datuk Seri Liow Tiong Lai- Rakyat Perlu Menolak Setiap Gerakan Militan Dalam Negara Ini.


Oleh rmf

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Seminar Keselamatan Negara dan Ancaman Militan IS mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan pelbagai ancaman keselamatan yang cukup berluasa  dimasa kini.

Ancaman yang mengugat negara seharusnya ditangani dengan bijak agar ianya tidak akan memberikan kemudaratan terhadap negara. IS saru kupulan militant yang sedang  mengancam  keselamatan seluruh dunia sekarang   dan ianya tidak terkecuali  pergerakan mereka di Malaysia.

IS sedang meraih simpati dari negara negara yang mempunyai  majoriti rakytanya beragama Islam. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan melalui  pergerakan yang mereka lakukan  dengan menggunakan  kekerasan  dan kekejaman atas nama Islam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh  Polis DiRaja Malaysia kira kira 50 ribu rakyat dalam negara ini  telah mula menunjukkan simpati mereka  terhadap kumpulan militant ini  dan ini merupakan satu angka yang cukup besar dalam sebuah negara yang mempunyai penduduk  seramai 30 juta orang.

Mengikut pendapat Presiden MCA Datuk Seri  Liow Tiong Lai , jika 1% sahaja dari mereka memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia , pasti sekali negara kita akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara

Begitu juga hal nya  isu  militan  yang menceroboh  Lahat Datu., Abu Sayyaf dan juga IS,  Ancaman yang diberikan oleh kumpulan kumpulan ini  amat membimbangkan dan menjadi kerisauan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tindakan Nurul Izzah bersama anak perempuan bekas ketua penceroboh Lahad Datu, Jacel Kiram, anasir subversif yang mampu menganggu gugat keharmonian negara telah mendapat kecaman yang cukup meluas dalam negara ini sehingga kerajaan Sabah mengharamkan kemasukan mereka kedalam Negeri tersebut.

Tindakan seumpama itu harus dijauhi agar ianya tidak menjadi barah yang meracuni pemikiran rakyat. Sekarang ini negara kita sedang menerima ancaman secara senyap terhadap kumpulan militan seperti IS. Abu Sayyaf dan juga penceroboh Lahat Datu.

Tidak hairanlah betapa risaunya Liow terhadap insiden pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram. Beliau turut menasihatkan semua pemimpin pembangkang menentang apa jua jenis ancaman ekstremis yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan negara.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyuarakan pendapat nya ketika menghadhiri seminar berkenaan “Keselamatan Negara Dan Ancaman IS” di Wisma MCA dimana MCA menjadi penganjur nya.

Turut hadhir bersama dalam seminar itu ada lah Principal Assistant Director, Deputy Comm  Datuk Rosly Abas ia itu Ketua Research  dan Sekretariat dari Bukit Aman.

Juga ada bersama adalah Senior Assistant Comm Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang menjawat Ketua Pengarah Unit  Counter Terrorism dari Bukit Aman.

Pendirian rasmi MCA adalah IS tiada kaitan dengan agama atau bangsa. Itu jelas pendirian yang diambil oleh MCA, kata Liow.

 “Ketika perbincangan saya bersama wakil dari White House , mereka sangat menghargai pendirian dan tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam bab pengganas dan IS ini” ujar Liow.

Justeru itu, adalah diingatkan bahawa keselamatan negara itu bukan hanya terletak dibahau pasukan keselamatan semata mata malah ianya terpikul dibahu setiap warganegara yang cintakan negara ini dan bukan bersekongkol dan menyokong tindakan yang menghuruharakan  negara.

Image | This entry was posted in Datuk Seri Liow Tiong Lai- Rakyat Perlu Menolak Setiap Gerakan Militan Dalam Negara Ini. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s