Pakatan Harapan MESTI Kemukakan Maklumat PENDERMA Yang Diterima PAN


Oleh rmf

phang

14-11-2015–Kos operasi Parti Amanah Negara (PAN) termasuk membayar gaji kakitangan dan perbelanjaan lain di pejabat PAN pusat dan pejabat-pejabat negeri dibiayai hasil duit derma badan bukan kerajaan (NGO), kata Ketua Biro Integrasi parti itu, Hu Pang Chaw.

Jelasnyanya, duit derma itu diperolehi melalui kutipan program-program makan malam yang dianjurkan parti.

“Soalnya kita mendapat sambutan mengapa? Saya nak bagi dua contoh, bulan lepas ada satu majlis makan malam yang diadakan oleh kumpulan-kumpulan NGO yang mana mereka berjaya mengutip dana sebanyak RM240,000 untuk Amanah nasional.

“Semua daripada inisiatif NGO dan pada malam itu juga kita berjaya mengutip sebanyak RM40,000.

“Baru-baru ini juga NGO lain telah menjemput pimpinan Amanah nasional ke majlis makan malam dan mereka telah memberi sumbangan dua buah Toyota Hilux yang harganya melebihi RM240,000,” katanya kepada Antarapos.

Hu berkata sumbangan derma yang mencurah-curah daripada pelbagai pihak itu membuktikan orang ramai menaruh kepercayaan kepada penubuhan parti baharu.

“Maknanya penubuhan Amanah ini mendapat sambutan daripada semua golongan dan dari segi kewangan atau barangan mereka sanggup nak bagi.

“Kenapa? Sebab mereka menaruh harapan yang besar kepada parti yang baru lahir ini,” katanya.

Beliau juga turut membuat penafian bahawan sumbangan derma itu datang daripada sumber DAP.

“Saya nak beritahu yang sebenarnya DAP tak pernah bagi apa-apa dana pun sama ada dari segi kewangan ataupun material,” katanya

Jelas beliau, dakwaan berkenaan timbul kerana keakraban yang ditonjolkan pimpinan parti berkenaan terutamanya antara PResiden PAN Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Cuma hubungan pimpinan Amanah dengan pemimpin DAP sudah lama berkenalan macam Mat Sabu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang pernah belajar sekali di universiti yang sama dalam penjara.

“Mereka dikurung dalam satu bilik, jadi mungkin mereka nampak hubungan mereka begitu rapat sehingga timbul dakwaan mengatakan bahawa Amanah adalah barua kepada DAP,” katanya lagi.

Sementara itu, pejabat PAN pusat yang dinamakan Wisma Amanah, bangunan 3 tingkat yang terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur yang dilancarkan November lalu memerlukan sekurang-kurang 10 orang kakitangan tetap untuk menguruskan operasi parti.

Kesemua kakitangan itu bertanggungjawab menguruskan kelancaran perjalanan parti dengan bekerja sepenuh masa dan perlu dibayar gaji secara bulanan.

Image | This entry was posted in Pakatan Harapan MESTI KemukakanMaklumat DERMA yang Diterima PAN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s