Lim Guan Eng Boros, Pulau Pinang Bakal Bangkrap Jika tidak Tambak Laut.


oleh rmf’

Sudah la pembohong, pemboros sekarang sudah tidak cukup bajet salahkan kerajaan tidak meluluskan tambakan laut yang dikatakan menyebabkan Pulau Pinang akan bangkrap.

Masih ingatkah kita dalam kenyataan yang cukup bongkak dari saorang Ketua Menteri yang menyatakan banyak pelabur melabur di Pulau Pinang dan mempunyai prstasi ekonomi yang terbaik berbanding kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional.

Dalam pembentangan bajet  yang lalu, Lim merengek seaklan anak kecil yang mana tiada satu pun bajet diperuntukkan kepada Pulau Pinang dan terus menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia.

Sedar atau tidak jika Pulau Pinang sebahagian dari Malaysia tidak seharusnya pengusiran terancang orang Melayu berlaku disana, dan penindasan terhadap peniaga kecil juga tidak berlaku.

Apa yang melucukan ialah dengan ketiadaan projek tambakan laut di Pulau Pinang ianya akan bakal menjadikan Pulau Pinang bangkrap. Mungkin dia terlupa dalam laman web `The Economist’ mengeluarkan artikel yang menunjukkan Pulau Pinang semakin berjaya dibawah pemerintahan DAP dan seoalah-olah menunjukkan Pulau Pinang berada dalam keadaan yang mundur semasa dibawah BN.

Jadi agak tidak logik akal  sabuah negeri DAP yang telah dinobatkan sebagai negeri yang berjaya dalam ekonominya hanya  mempunyai kebergantungan  hasil pada tambakan laut sahaja.  Lawak bukan.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya ialah, Pulau Pinang mengalami perubahan GDP -10.8% pada tahun 2009 !!! .  Siapakah yang memerintah Pulau Pinang pada tahun 2009 ? Jawapanya adalah DAP. Wah, adalah prestasi -10.8% GDP sesuatu yang boleh dibanggakan ?  The Economist,? Berbayar?

Apa yang Lim lakukan ialah menjayakan pemerintahan berat sebelah disana. Jangan nafikan.

Dalam satu kenyataan akhbar -Pemuda Gerakan Pulau Pinang menegaskan Lim Guan Eng sebagai ketua menteri perlu bijak mengawal situasi kewangan negeri dan bukan mengatakan kemungkinan Pulau Pinang akan bankrap.

Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan negeri Jason Loo berkata jika ketua menteri berpendapat perbelanjaan negeri adalah besar, kerajaan negeri boleh mengurangkan perbelanjaan ke luar negara, perbelanjaan menukar kereta dan mengurangkan pegawai kanan di pejabat ketua menteri yang kini dianggarkan 41 orang.

Beliau berkata tindakan Lim sering mengatakan kemungkinan Pulau Pinang menghadapi situasi bankrap apabila menyentuh isu tambakan laut dan tidak dapat membayar gaji penjawat awam negeri, hanya akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

“Saya berasa amat kecewa kerana kenyataan-kenyataan macam ini adalah amat bimbang dan merisaukan rakyat Pulau Pinang. Sebagai seorang ketua menteri beliau selalu menceritakan kemungkinan situasi bankrap dalam negeri, ini merupakan satu tanda yang amat membimbangkan kepada semua rakyat Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Pulau Pinang tidak akan bankrap seperti yang didakwa Lim kerana mempunyai lebihan dalam Bajet 2016 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas.

“Kami khuatir sama ada ketua menteri tidak memahami angka-angka bajet yang telah diluluskan di DUN atau beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap pimpinan beliau dalam mengawal situasi kewangan negeri Pulau Pinang,” katanya, lapor Bernama

Image | This entry was posted in Pulau Pinang Bakal Bangkrap Jika tidak Tambak Laut. and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s