Ahmad Zahid Hamidi -Rapatkan Barisan Perjuangan Dan Semangat Kekitaan


Oleh rmf

Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu.  Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau  method yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu.

Ajaran yang ditujukan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat begitu banyak sekali dapat kita temui dalam Quran dan Hadis. AI-Quran memperakui persaudaraan sejagat di kalangan penganut lslam.

 “Sesungguhnya orang-orang mukmim itu adalah bersaudara.”.(Surah AI-Hujurat, ayat 10).

Mereka wajib mensyukuri nikmat perpaduan ini dengan  berpegang teguh dengan ‘tali’ yang menghubungkan antara mereka dengan Allah, iaitu kitabNya:  “Hendaklah kamu sekelian berpegang dengan ‘tali Allah (kitab Allah) dan jangan berpecah-pecah; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu sekelian, ketika mana kamu bermusuhan, lalu Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmatnya kamu jadi bersaudara.” (Surah Ali Imran, ayat 103).

Atas kesedaran itu lah , Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaskan bahawa kebersamaan atau perpaduan dikalngan anggota UMNO mesti diperkukuhkan demi menjalinkan kekuatan parti serta menangani masalah yang dihadapi.

Justeru itu amat benar dan tepat sekali tindakan Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak menyuarakan ketegasannya dan merendahkan diri menghulukan  tangan untuk  menerima  perpaduan dikalangan anggota ahli UMNO dan bersama dalam satu saf atau Jemaah untuk meneruskan perjuangan parti.

Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan adalah dilarang keras, kerana ia merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat Islam dan juga anggota parti “Dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu.” (Surah Al-Anfal, ayat 46). Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan anggota UMNO, wajiblah dicari jalan perdamaian,

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri akan terus berusaha mempertahankan prinsip perpaduan tersebut demi kepentingan anggota parti disamping ianya  mengukuhkan ukhwah sesama masyarakat dan menguatkan perpaduan.

Setiap rasa tidak puas hati yang timbul  dan  hendaklah di selesaikan dengan cara yang behemah serta  diredakan dengan  segera, jangan pula ada diantara kita mencurahkan lagi minyak keatas  bara yang sedang  hangat untuk membakar.

Semangat kekitaan yang kuat akan mengwujudkan  nilai roh perjuangan yang tinggi  dikalangan pejuang pejuang  UMNO diseluruh negara disamping mengenal pasti hala tuju agenda Agama, Bangsa dan Negara.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa setiap kewajipan dalam Islam mestilah dilakukan mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Taat kepada pemerintah tidaklah menghalang mana-mana pihak dari memberi pandangan, nasihat serta teguran terhadap golongan yang memerintah.  Malah ini adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam.

Seterusnya anggota UMNO mesti berpadu tenaga dan bersama sama  menjayakan proses transformasi dalam Umno perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.

Justeru itu, Ahmad Zahid  dengan penuh harapan agar usaha usaha perpaduan dan semangat kekitaan ini diharapkan dapat diterima dan seterusnya ada tindakan susulan yang dapat menterjemahkan kebersamaan dan kejituan parti keramat orang Melayu itu.

Image | This entry was posted in Ahmad Zahid Hamidi -Rapatkan Barisan Perjuangan Dan Semangat Kekitaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s