Tahniah SPAD -MyBAS Fasa Pertama Berjaya Akan Dipertingkatkan Secara Menyeluruh Di Seremban


Oleh rmf

Berasaskan konsep ‘network planning’, SPAD dengan inisiatif kemasyarakatan telah melancarkan projek bernilai RM100 juta yang membabitkan lima ibu negeri termasuk Seremban dan ia dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Selain Seremban, bandar yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh (Perak), Kuantan (Pahang) dan Johor Bahru (Johor).

Memandangkan industri bas henti-henti telah mengalami beberapa masalah struktur yang menjejaskan memampanannya sebagai komponen penting dalam sistem pengangkutan awam.

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti SPAD bertujuan membantu mengekalkan perkhidmatan bas henti-henti dan pada masa sama berusaha menghubungkan kawasan luar bandar ke luar bandar, kampung ke kampung dan kampung ke bandar.

Jadual masa perjalanan juga ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat bergerak ke tempat kerja, sekolah dan hospital dengan cara yang efisien dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan serta produktiviti.

SPAD berusaha melaksanakan program ini bagi menghidupkan semula perkhidmatan ini. Malahan, ia bakal menjadi tunjang kepada perkhidmatan awam apabila dilancarkan kesemua daerah sepenuhnya di negara ini pada 2020

SPAD telah melancarkan myBAS  fasa pertama di Seremban telah menunjukkan  peningkatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini. MyBAS telah  mencatatkan peningkatan pemunpang sebanyak 30%. Ini merupakan satu kejayaan awal  kelancaran perkhidmatan myBAS.

Pada fasa pertama ini myBAS telah mencatatkan peningkatan penumpang daripada 20,761 kepada 27,257 penumpang pada setiap minggu. Pada waktu puncaknya kekerapan perkhidmatan  pada kadar masa 30 minit.

SPAD dalam kenyataan hari ini berkata fasa seterusnya akan melibatkan 20 laluan bermula operasi pada 31 Dis ini. Melalui fasa pertama yang dilancarkan di Seremban telah mengerakkan sebanyak 29 buah bas dengan  empat laluan  utama. Laluan laluan tersebut menghubungkan  dari Terminal 1 ke Desa Rhu, Terminal 1 ke Port Dickson, Terminal 1 ke Seremban2 dan Seremban ke Bahau.

Laluan laluan utama ini telah melibatkan perjalanan sejauh 127.7km.Perkhidmatan fasa pertama  myBAS diSeremban ini telah dimulakan pada  15 Nov yang lalu. Dengan kejayaan fasa pertama ini maka  perlaksaanaan sepenuhnya SBST Seremban akan  dilaksanakan secara meyeluruh dan akan merangkumi 24 laluan dengan pecahan 11 laluan utama dan 13 laluan perantara  berbanding  19 laluan sebelum ini.

Ia juga akan meliputi jarak operasi sejauh 656km berbanding 459km sebelumnya dan ini akan turut melibatkan 110 buah bas setiap hari bagi menampung operasi laluan yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan bas henti-henti masih menjadi mod pengangkutan utama bagi penumpang di luar Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Program SBST telah direka khas bagi mengekalkan perkhidmatan yang penting ini serta memastikan adanya saling hubung dan perjalanan berjadual yang boleh diharapkan bagi aktiviti harian warga tempatan seperti untuk ke tempat kerja, sekolah dan kawasan pusat perniagaan.

Di bawah model perniagaan baharu ini, SPAD sebagai agensi perancang bertanggungjawab ke atas penyusunan rangkaian, kos operasi dan akan menerima hasil kutipan tambang.

SBST juga menawarkan laluan sosial baharu untuk kawasan-kawasan yang tidak mendapat liputan perkhidmatan.

SBST juga bertujuan untuk menghapuskan pertindihan laluan bagi memastikan liputan dan akses optimum kepada 80 peratus daripada penduduk.

Untuk memastikan penambahbaikan sistem pengangkuatan berada ditahap yang memuaskan, maka Kerajaan pusat sedang melabur sebanyak RM100 juta bagi tahun pertama SBST dilaksanakan di lima bandar raya, bermula dengan Kangar dan Seremban dan diikuti oleh Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching.

Di bawah skim baru ini, pengendali boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik dan tidak bergantung kepada pendapatan kutipan tambang untuk mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan.

Di samping itu, terdapat unsur insentif yang bertujuan untuk menggalakkan  pengusaha bas menjanakan pendapatan yang lebih tinggi dengan meningkatkan jumlah pelanggan mereka. Ini adalah dalam bentuk 1% daripada hasil tambang bagi peningkatan penumpang dan kutipan pendapatan bagi setiap laluan yang mencecah 5% atau lebih.

Operasi myBAS Perlis bermula pada 1 Ogos 2015 dan telah menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah penumpang. Sehingga kini, jumlah penumpang bas di Kangar  telah meningkat daripada 9,252 penumpang ke 20,423 penumpang setiap bulan.  Perkhidmatan myBAS di Kangar juga telah meningkatkan akses dan liputan dari  jumlah jarak laluan 124km kepada 337km.

Perkhidmatan myBAS Perlis ini pada mulanya akan mempunyai 5 laluan utama (trunk) yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf T (T001, T002, T003 i (hari biasa), T003 ii (hari minggu), T004 dan T005).

Juga terdapat 8 laluan pengantara (feeder) yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf F (F001 hingga F008) serta 2 laluan pengantara bandar yang nombor perkhidmatannya akan bermula dengan huruf CF (CF109 dan CF110).

Ini akan menjadi asas untuk pelaksanaan di seluruh negara pada tahun 2020, dengan kerjasama daripada kerajaan negeri masing-masing. Adalah menjadi harapan dengan adanya penambahbaiakn sistem pengangkutan  myBAS ini ianaya dijangka akan menarik lebih banyak penumpang menngunakan perkhidamatan ini.

Sebarang maklum balas yang ingin disampai bagi penambahabaiakan , semua pelanggan mybas boleh menghubungi  butiran dibawah ini

Communications Division, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.Tel: +603 2726 7000 | URL: www.spad.gov.my | Facebook: facebook.com/SPAD.my |Twitter: @SPADchannel

Image | This entry was posted in Tahniah SPAD -MyBAS Fasa Pertama Berjaya Akan Dipertingkatkan SEcara Menyeluruh Di Seremban and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s