“SAYA TANGGUNG MASALAH PEMIMPIN TERDAHULU” – NAJIB RAZAK


Oleh rmf

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terpaksa menanggung beban masalah ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini daripada kepimpinan terdahulu.

imageMengambil contoh mengenai kemarahan rakyat berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam khsusnya Express Link Rail (ERL), Najib berkata masalah itu berpunca daripada perjanjian yang ditandatangani pada 1997.

“Tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ditandatangi pada 1997. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang. Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasainya, saya sifatkan sebagai berat sebelah.

“Jadi sebab itu saya nak terangkan kepada sidang perwakilan, saya terima masalah legasi. Tapi kita akan betulkan perkara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.

Selain itu, Najib berkata, selepas mengambil alih jawatan perdana menteri, beliau cuba menyelesaikan masalah membabitkan perjanjian tersebut.

“Harga bukan ditentukan berdasarkan actual traffic tapi contractual traffic. Dalam perjanjian akan naik setiap lima tahun.

“Bila saya jadi perdana menteri, saya tak benarkan dah, jadi 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM2.9 bilion. Sebab itulah kali ini kita terpaksa naik, kalau tidak parah kita,” katanya.

Image | This entry was posted in “SAYA TANGGUNG MASALAH PEMIMPIN TERDAHULU” – NAJIB RAZAK and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s