Menyanggah Kenyataan Zairil DAP dalam Mempertikaikan Kenyataan Presiden UMNO


Oleh rmf

stevensim

Saya ingin menyanggah kenyatan yang dikeluarkan oleh  Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP yang mengatakan bahawa perbandingan dan pilihan politik yang dinyatakan oleh Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak adalah fitnah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Seri Najib semasa pengulungan dalam Persidangan Agong UMNO  menyatakan :-

“Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sahaja, sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP….Maksud saya, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu serta Bumiputera.”

Tepat dan amat tepat kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO sebagai ingatan kepada Melayu agar tidak terpengaruh dengan politik  DAP yang berfahaman sosialis. Setiap kenyataan yang dikeluarkan itu walaupun ringkas akan tetapi sejarah sistem yang diamalkan di Pulalu Pinang menjadi  garis panduan untuk dinilai.

Sememangnya benar , masa depan anak bangsa Melayu akan diperjudikan dalam apa juga bentuk jika DAP memerintah  negara.. Ini terbukti dengan  tindakan DAP yang mengarahkan meruntuhkan semua   pusat perniagaan kecil  dan ushawan kecil Melayu  yang ada di Pulau Pinang.

Bukan itu saha mendiskriminasikan bahasa sebagai syarat untuk mendapatkan peluang perkerjaan yang didominasikan oleh  orang cina  DAP. Bahasa Mandarin diberikan keutamaan dan  dengan perbezaan  gaji .

Seharusnya Ahli Parlimen Bukit Bendera membuka mata seluasnya tindakan yang telah diambil oleh DAP terhadap perkampungan Melayu di Pulau Pinang yang telah lenyap sebagai kampung tradisional. Tidakkah Ahli Parlimrn Bukit Bendera  melihat apa yang telah berlaku.

Tidak payah  dan cukup la menobatkan DAP sebagai  parti yang tidak mendiskriminasikan orang Melayu. Fakta yang telah berlaku , dengan berbagai tindakan yang telah dilakukan telah menunjukkan bahawa DAP bukan sebuah parti yang mampu menjaga kepentingan bangsa lain.

Dalam Persidangan  CEC , kita  juga telah melihat kuasa dictator yang digunakan oleh DAP untuk melantik calun yang kalah sebagai pengerusi dan melakukan  lantikan serta membelakangkan  calun yang menang. Inikah demokrasi DAP ?

Kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera ini adalah sekadar untuk menutup sikap perkauman DAP yang telah dilakukan. Saya berani katakana bahawa DAP akan terus membenarkan peniaga cina berniaga walaupun  banyak diantaranya melanggar undang-undang MPP atau menghalang lalu lintas.

Tetapi sebaliknya jika ianya dilakukan oleh orang Melayu , walaupun seinci  kesalahan  dengan serta merta akan dihalau dan dirobohkan serta semuanya akan dirampas. Masih buta lagi mata  Ahli Parlimen ini?

Walaupun Zairil mengatakan hampir semua institusi awam seperti perkhidmatan awam, polis, tentera dan badan kehakiman dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi lupakah bahawa DAP melalui pemimpin  pakatan  ada menyatakan akan mengurangkan kadar penjawat awam yang dikatakan membazir.

Begitu juga dengan pasukan keselamatan yang mana dicadangkan untuk dikurangkan jika Pakatan memerintah. Bukankah ini semua agenda diskriminasi terhadap orang melayu. Saya tahu  Zairil ada darah keturunan cina oleh itu apa juga yang dilakukan oleh saudara sedarah akan dipertahankan.

Sememangnya GLC diterajui oleh oarang Melayu, akan tetapi DAP akan terus mempergunakan GLC tersebut untuk mempertikaikan setiap tindakan yang diambil , walaupun pada dasarnya ianya memberikan kelebihan kepada negara , namun semuanya dipertikaikan , ini adalah kerana ianya diterajui oleh orang Melayu.

 Pelbagai usaha dilakukan oleh DAP untuk mengurangkan kepercayaan dan kesetiaan orang Melayu terhadap raja raja Melayu. Tindakan menyaman Raja Melayu, Tindakan Derhaka kepada Raja Melayu dan menghina raja Melayu dalam  demontrasi.

Inikah yang Zairil katakan bahawa DAP tidak terjurus dalam tindakan  yang melibatkan Melayu?

Melalui sejarah DAP  setelah kemenangan Pilihanraya 1969 telah menunjukkan secara jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang bersifat perkauaman dan chauvanis . Mungkin zairil boleh membuka semula arkib negara tentang sejarah kata kata yang dihamburkan terhadap orang orang Melayu ketika itu.

DAP menggunakan perkataan berbilang kaum  hanya pada penertaan kaum lain sahaja  dalam parti akan tetapi DAP secara diktatornya akan menentang sesiapa juga yang lari dari agenda perjuangan DAP . Banyak contoh yang boleh diberikan secara meluas.

Dalam sudut agama pula DAP terus menggunakan hak asasi   dan kebebasan menganuti agama sebagai alasan untuk  mempertikaikan JAKIM, JAIS , Azan, Bahasa jawi dipapan tanda  dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu mmalah menobatkan bahasa Mandarin.

Bukan itu sahaja , DAP secara tersembunyinya telah menggunakan  NGO NGO untuk melakukan tuntutan terhadap kesamarataan beragama dalam negara ini. Tuntutan Comango dan IFC  disokong adalah bertujuan untuk membelakangkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara .

Mengapa tidak zairil melihat perkara ini sebagai satu tindakan menyentuh perkara yang sensitive  bagi orang Melayu Islam?

Tindakan ini adalah satu tindakan yang mana sekaligus menidakkan  apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Malaysiakini yang ditaja oleh NED dalam penyiarannya terus mernerus  meyebarkan pembohongan dalam arus media. Kebebasan media diberikan  tetapi pembohongan terus dilakukan untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Memang benar DAP ada menyumbang untuk PERTAMA KALINYA  kepada sekolah sekolah rakyat, KAFA serta huffaz, akan tetapi  peruntukan tersebut ttealah lama diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sama juga kaedahnya pada permulaan pemerintahan DAP di Pulau Pinang, perkara pertama yang dilakukan ialah menyumbang kepada warga tua  sebanyak RM100.00 dan  sumbangan lainnya. Akan tetapi selepas itu , DAP terus merobohkan  perniagaan  yang dimiliki  oleh orang Melayu yang mana semasa pemerintahan Bn , mereka ini diberikan kebebsan untuk berniaga.

Begitu juga tindakan merampas kampung kampung orang melayu dilakukan , ianya dilakukan setelah sumbangan untuk memujuk  dilakukan. Cuba Zairil nyatakan setakat ini berapa banyakkah perkampungan Melayu yang telah dirobohkan berbanding  perkampungan cina yang ada.

Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP juga memperkenal sistem tadbir urus yang cekap, amanah dan telus untuk membasmi rasuah dan mengelak penyelewengan. Dalam hal ini berapa banyak laporan yang telah dibuat mengenai “kesilapan excel” “terlebih bayar”  dan DAP sememangnya sebuah parti yang merngamalkan dasar rasuah tersembunyi.

Hakikatnya, DAP yang selama ini mengkhianati orang Melayu dan Islam di negara ini dengan janji jani ketelusan dan  akan berlaku adil pada semua kaum,

Siapakah yang bertanggungjawab bagi skandal Terowong Dasar Laut yang mana telah mencagarkan sebidang tanah tanpa boleh ditebus semula? Bagaimana pula tentang “Kesilapan Excel” bagaimana pula tentang nilai proposal yang beratus juta nilainya yang menggunakan wang rakyat Pulau Pinang?

Oleh itu, sebelum menepelah  UMNO lihat bagaimana diskriminasinya DAP dalam banyak perkara. Lihat dengan mata perkara yang  mana semasa pemerintahan BN tidak pernah berlaku kepada rakyat Pulau Piang  dan telah berlaku semasa pemerintahan DAP.

Image | This entry was posted in Menyanggah Kenyataan Zairil DAP dalam Mempertikaikan Kenyataan Presiden UMNO and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s