Jong UMNO Akan Terus Meredah Badai Perjuangan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Oleh rmf

Persidangan Agong UMNO  berlangsung dengan penuh keharmonian dan disusuli dengan ucapan  ucapan pembahasan usul yang begitu bersemangat . Sememangnya adat Melayu  dalam marah ada sopannya,  dalam menegur adan bahasanya.

Membuat teguran dgn adab bahasanya, itu lah inti pati  budi yang ada dalam UMNO, Walaupun terguris hati, berdarah perasaan dianiaya oleh sesetengah pihak yang berkepentingan. Ahli UMNO dengan keluhuran bahasa  menunjukkan  sifat  budi bahasa yang tiada tandingnya.

Hal ini telah ditunjukkan oleh  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa siri kenyataan yang telah dibuat olehnya. Teguran   semuanya dibuat dalam senyuman, Teguran untuk kebaikan kepada UMNO dan juga kesatuan ulung Melayu ini.

Sikap dan sifat kepimpinan yang ditunjukkan kepada semua ahli UMNO harus dicontohi dengan sebaiknya,  Dalam apa juga kontroversi yang  berlaku ianya ditangani dengan semangat setiakawan yang utuh didalam hati.

UMNO sebagai pemangkin  perjuangan orang orang Melayu harus dipersadakan perjuangannya dengan  kepimpinan muda yang harus mempunyai semangat setiakawan dan ketulusan dalam perjuangan. Menangani spekulasi degan cara yang berhemah akan memberikan impak yang positif untuk UMNO,

UMNO akan dilihat lebih matang, UMNO akan dilihat lebih diyakini, UMNO akan dilihat lebih dewasa dalam  mengharungi politik yang kian mencabar. Ini adalah diantara sikap dan sifat yang perlu ada dalam diri ahli UMNO.

Bukan itu sahaja  Kekuatan sesuatu kesatuan itu bukan dilihat ramainya pengikut , akan tetapi ianya  lebih kepada  bagaimana ahli ahlinya bersatu dalam menyantuni perjuangan yang  menuntut keikhlasan  pemimpinnya.

Justeru itu , Ahmad Zahid amat berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam parti. Contoh yang terbaik dapat dilihat ialah bila semua ahli UMNO melihat kebijaksanaan ini telah dilakukan oleh presiden parti dalam ucapan pengulungan, maka sebagai ahli UMNO janganlah membuat spekulasi yang agak negatif di luar.

Banyak kata kata yang dilontarkan oleh pelbagai pihak yang mana mempertikaikan ucapan pengulungan  yang dibuat oleh presiden sahaja,  Menurut Ahmad Zahid sepatutnya semua pihak atau ahli UMNO menghormati keputusan yang telah dibuat oleh parti.

Demi kelangsungan parti ahli UMNO  seharusnya akur dengan keputusan yang telah dibuat, dengan memikirkan kebaikan  kebaikan yang telah difikirkan . Jika semua ahli tidak akur dengan keputusan tersebut , dimanakah  kesetiaan kepada presiden dalam perkara yang sekecil ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, pembetulan perlu dilakukan dalam parti itu bagi memastikan apa jua masalah dalaman diselesaikan segera demi kelangsungan parti.Muzakarah diantara kepimpinan dan ahli juga harus berterusan agar ianya dapat membina kekukuhan ikatan dan menjadikan hubungan pemimpin dan rakyat tiada ras dan sempadannya.

Dengan kebijaksanaan yang ada  dalam diri Datuk Seri Najib Tun Razak , Ahmad Zahid percaya segala permasalahan dan penambahbaikan didalam UMNO dapat dilakukan dengan jayanya dan dengan berteraskan syariat Islam.

Menurut Ahmad Zahid,pembetulan harus dimulakan supaya air tidak terus keruh di sepanjang aliran sungai, jika ia keruh di hulu, pasti ia akan keruh di hilir. Oleh sebab itu kekeruhan di hulu hendaklah dijernihkan supaya tidak keruh hingga ke hilir.

Racun dan bisa dalam tubuh UMNO seharusnya “ditawarkan”, Kudis dan sopak ditubuh UMNO harus di ubati, Kutu dan hama didalam tubuh UMNO harus dibuang,  Dengan kebijaksanaan presiden UMNO dan dibantu oleh semua pihak dengan rasa tanggung jawab , rasanya UMNO akan dapat satu batang tubuh yang cukup sihat tanpa ada penyakit yang hinggap.

Tubuh UMNO mesti dalam keadaan yang tidak mengalami masalah, ubat dan antibody UMNO mesti kuat, dengan demikian UMNO akan mampu membawa agenda tulen Melayu dengan penuh semangat dan juga berkeyakinan.

Melalui pengulungan Presiden, Ahmad Zahid Mengakui bahawa pelbagai terjemahan dan tafsiran yang dibuat oleh ahli UMNO dalam menterjemahkan intipati yang disampaikan. Namun ianya menjurus kepada pemahaman sendiri. Namun begitu, inti pati yang  utama ialah kekuatan parti dan bagaimana ianya akan dapat dilakukan oleh semua pihak.

Kalau ada unsur kerosakan daripada dalam ianya hendaklah diperbaiki. Usaha pembaikan perlu dilakukan sebab UMNO sebelum ini pernah mengalami lebih besar lagi.Masalah ini t boleh diatasi dengan penglibatan sumua ahli dan kepimpinan.

Ahmad Zahid dalam kenyataannya telah berpesan kepada semua pihak termasuk penerangan  agar melakukan “house keeping” dalam usaha untuk mendapatkan maklumat dan  sebelum melakukan penjelasan kepada pihak pihak tertentu.

Persediaan yang sedemikian secara tidak langsung akan dapat meyakinkan  rakyat bahawa kepimpinan yang ada didalam UMNO adalah yang mempunyai ilmu dan pengetahuan melalui  maklumat maklumat yang disampaikan.

Menyentuh tentang sesi ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibatalkan dengan keputusan mesyuarat, Maka seharusnya ianya dihormati dengan semangat UMNO. Sebagai menjawab kritikan yang dibuat oleh berbagai pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa

Ruang untuk berucap telah digunakan terlebih dahulu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat lain, ujar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mak, tidak timbul isu UMNO langsung tidak memberi sebarang ruang atau peluang kepada Timbalan Presiden parti itu untuk ‘bersuara’ dalam Perhimpunan Agung parti itu.

Jika kita melihat secara asasnya bahawa ruang berucap tersebut  telah digunakan terlebih dahulu di tempat lain. Malah, ada siaran langsung lagi. Jadi saya fikir inilah masanya Perdana Menteri yang jawab bukan orang itu jawab.

Menolak dengan sopan, adab dan adat Melayu itu tunggak budi yang luhur, Itu la cara UMNO melindungi ahlinya malahan  saorang Timbalan Presiden, Menjaga aib  dirinya. Jaib Razak sebagai Sebagai pemimpin yang bijaksana, sudah pastinya  mengelakkan silatulrahim itu tercalar  dan sudah tentunya menyembunyikan  perasaan tercalar hatinya demi menjaga UMNO dan juha banyak hati hati yang lain.

Dalam mengukuhkan kekuatan parti Presiden  UMNO telah banyak mengorbankan masa jiwa dan raganya dibantu oleh  barisan kepimpinan yang sedia ada  untuk bersedia dalam mengharungi cabaran politik yang semakin memerlukan jati diri dan jitunya roh perjuangan disemadikan didalam jasad.

UMNO mesti terus menongkah  badai, melayarkan bahtera perjuangan, mengikut kata kata nakhoda dengan membawa amanah orang Melayu agar terus hebat dipersada Nusantara dan sebagai satu bangsa yang  Agong bersama Jong yang melayari lautan yang bergelora tanpa rasa takut dan gentar,

Image | This entry was posted in Jong UMNO Akan Terus Meredah Badai Perjuangan – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s