Bukan Kerana 1MDB ,Kerana Kerakusan Kuasa dan RM1.194 Trillion  Mukriz Berada di 5M


Oleh rmf

Sebagaimana post yang lalu saya telah menjangkakan bahawa Mukhriz Mahathir  melakukan sokongan dalam diam terhadap kumpulan 5M  yang mana sebelum ini dinafikan kewujudannya.

Kumpulan ini jika kita perhatikan adalah satu kumpulan yang mana seakan akan  yang berlaku pada tahun 1987, dimana membentuk satu pasukan untuk mengambil alih kuasa kepimpinan yang sah  dan dipilih secara demokrasi.

Satu laporan polis telah dibuat dan kepada SPRM untuk menyiasat  satu tuduhan yang berkaitan permindahan dana bernilai 1.194 trillion oleh Mahathir telah dilaporkan oleh DAP KLik Sini

Sekarang ternyata benar telahan yang saya buat melalui artikel  beberapa hari yang lepas. Mukhris kini telah mengambil jalan jalan  bersimpang untuk naik kemercu  kepimpinan atasan yang mana  dengan menubuhkan  kumpulan baru yang diketuai oleh ayahnya Mahathir.

Kemaruk kuasa yang ada dalam kumpulan ini tidak dapat dibendung lagi. Saorang Menteri Besar yang dilantik oleh Presiden kini  telah menikam  ketuanya sendiri demi kesinambungan politik dan agenda tersembunyi ayahnya .

Mukhris kini secara sahnya telah berada di kumpulan yang nyata membelakangi amant UMNO dan Presiden. Satu ketika dahulu  dizaman Mahathir saranan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan ditentang.

Namun demi kepentingan diri dan agenda bapanya, semua amanat UMNO itu dilanggar , Sekarang kita sedar  selama ini bukan ahli UMNO yang merosakkan UMNO. Akan tetapi ianya dirosakkan oleh manusia yang bernama Mahathir .

Mukhriz kini telah memilih persimpangan untuk berpihak kepada memecahkan UMNO dan orang Melayu  kepada kumpulan yang lebih kecil lagi. Sememangnya adat manusia selagi tidak hancur selagi itu hatinya tidak akan puas.

Kehancuran  perpaduan Melayu telah dikoyak rabakan oleh  Mahathir anak beranak dengan menghasut pelbagai golongan untuk menyokong  tindakan mereka.

Sekarang sudah jelas bahawa bukan kerana 1MDB atau RM2.6 billion isu yang sebenarnya, akan tetapi adalah kerana kemaruknya untuk mendapat kuasa maka  perdauan Melayu itu dicagarkan oleh Mukhriz tanpa ada  sempadan pertimbangan.

Seperti kacang lupakan kulit MUkhriz  dengan bangga merasakan dirinya cukup hebat dalam mendominasikan baridan carta organisasi kumpulan 5M. Namun demikian tidak semua ahli UMNO akan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh kumpulan ini.

Secara terangan bahawa mereka ini adalah dikalangan kumpulan ahli UMNO yang bakal menjatuhkan UMNO dan meranapkan kepentingan orang Melayu dimasa akan datang jika dengan tindakan Mukhriz ini akan memberikan impak kepada UMNO dan barisan Nasional dalam PRU14 akan datang.

Melaui kata kata penyokong mereka  kumpulan 5M sanggup melihat kekalahan BN/UMNO dalam PRU14 akan datang , apakah tindakan ini betul? Sudah pastinya kesemua ahli UMNO akan menolah rancangan  ini yang mana sekali gus kan menjadikan orang Melayu sebagai majoriti yang kalah.

Mukhriz harus sedar bahawa dibawah pemerintahan yang berteraskan Islam cara menegur kepimpinan atau khalifah itu ada cara nya. Namun disebalik jubah yang mukhriz pakai itu apakah tidak tahu akan hal atau tatacara membuat teguran.

Jika masih tidak tahu, disini saya sertakan sedikit bagaimana Islam mengajar kita mengegur kepimpinan.

Imam Ghazali membahagikan kewajipan amar makruf ini kepada lima peringkat. Pertama, takrif (memberitahu); kedua, menasihati dengan kata-kata yang lembut; ketiga, menggunakan kata-kata yang keras; keempat, mencegah dengan kekuatan; kelima, menggunakan cara ugutan.  Menurut Imam Ghazali yang harus dilakukan terhadap golongan pemerintah ialah dua peringkat teratas sahaja iaitu: takrif dan nasihat dengan kata-kata yang lembut (Al Ehya).  Apa yang disebut oleh Imam Ghazali ini selaras dengan ajaran yang terkandung dalam hadis Rasulullah S.A.W seperti berikut:

“Sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terang, tetapi hendaklah ia memegang tangannya dan menyampaikan nasihatnya secara bersendirian. Sekiranya nasihat itu diterima maka itulah yang baik, tetapi sekiranya tidak diterima, maka ia (pemberi nasihat) dikira telah melakukan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Secara jelasnya anda Mukhriz sememangnya tidak pernah mahu melakukan apa yang disarankan oleh agama Islam. Sikap kerakusan kuasa atas nama mempergunakan kepentingan Melayu anda terus memecahkan perpaduan yang ada sekarang.

Jika hanya alasan 1MDB atau RM2.6 billion dijadikan  isu utamanya, sekarang  penjelasan telah di perjelaskan berulang kali , namun pernah atau tidak isu skandal yang  dilakukan dipertikaikan sehingga ketahap begini.

Secara jelasnya, 5M adalah kumpulan yang kerakusan kusa untuk menumbangkan UMNO sebagaimana dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1987 dulu. Dengan izin Allah UMNO akan terus gah dipersada  politik Malaysia walaupun cabaran dari sikitol dan Madaliar  bermaharaja lela menghasut rakyat untuk menumbangkan pemimpin.

Andalah Si Kitol Dan Madaliarnya ialah Mahathir.

Image | This entry was posted in Kerana Kerakusan Kuasa dan RM1.94 Trillion  Mukriz Berada di 5M and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s