SPAD Pantau Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR)


Oleh rmf

Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti yang bermula pada 1  Disember 2015 telah pun berjalan dengan lancarnya.

SPAD sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan  dalam usaha meningkatkan  sistem pengangkutan darat  telah memulakan langkah kedua iaitu mengenal pasti pemasalahan yang  berbangkit susulan  perubahan laluan yang telah dilakukan.

 Maklum balas  dari pengguna ini amat penting bagi SPAD untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem yang baru diperkenalkan kepada pengendali bas yang terlibat. Hal ini adalah  kebiasaan bilama mana sesuatu  perubahan sistem dilakukan.

Kelancaran perubahan laluan ini  adalah bergantung kepada kesungguhan pengendali  untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat dilaksanakan sebagaimana yang diharapkan oleh SPAD.

Perubahan laluan ini sesungguhnya  melibatkan perjalanan harian pengguna yang mana sebelum ini sudah biasa dengan penjadualan yang lama. Susulan dengan perubahan ini  berkemungkinan terdapatnya sedikit permasalahan yang  harus ditangani dengan bijak.

Maklum balas pengguna adalah  bertujuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan pengguna terhadap perkhidmatan  pengangkutan awam agar ianya  menjadi satu pilihan utama kepada pengguna  disamping mengelakan pertindihan jadual yang amana akan memberikan masalah kepada pengguna.

Melalui maklum balas yang diterima , SPAD telah mengenal pasti beberapa masalah yang mana melibatkan  laluan di 3 koridor. Koridor yang dimaksudkan itu ialah , Jalan Ipoh, Sungai Besi dan Klang Lama.

Untuk mengatasi masalah ini SPAD dengan rasa bertanggung jawab telah menempatkan kakitangan penguatkuasaan dan operasi bagi memantau pejalanan di kawasan kawasan yang telah dikenal pasti  mempunyai masalah.

Disamping itu juga SPAD juga melakukan pematauan melalui sistem Hab Pemantauan Prestasi  (PMHS). Sebarang aduan boleh diaslurkan melalui aduan: SPAD Hotline di 1-800-88-7723, emel di aduan@spad.gov.my, dan melalui media sosial iaitu Facebook – http://www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter – @aduanSPAD dan @SPADchannel.

KENYATAAN MEDIA

spad bnr SPAD bnr2

Image | This entry was posted in SPAD Pantau Pelaksanaan Bus Network Revamp (BNR) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s