Datuk Wee Ka Siong Saran Usahawan IKS Tembusi Makanan Halal Ke Negara China


Oleh rmf

Malaysia telah mengambil pendekatan secara langsung mahupun tidak langsung bagi mencapai hasrat menjadi hab halal dunia 2010. Antara pendekatan langsung yang diambil termasuklah penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Sijil & Logo Halal (Standard MS 1500:2004), inisiatif pembangunan industri makanan halal yang boleh digunapakai diseluruh dunia.

Standard yang digunapakai di Malaysia ialah MS1500:2004 “Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum”. Standard tersebut juga menyentuh mengenai kewajiban untuk mengasingkan pengeluran, penyediaan dan pengendalian makanan halal dan bukan halal. Dalam aktiviti penyimpanan pula, produk halal perlu dilabel dengan jelas untuk mengelakkan daripada bercampur  atau tercemar dengan produk tidak halal.

Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2) 1996 – 2005. Malaysia berpandangan industri ini dapat dibangunkan memandangkan Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang mencukupi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan.

Berdasarkan kelebihan yang ada pada Malaysia seperti pengerusi kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), pengiktirafan yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu dari segi pensijilan dan pengiktirafan yang diterima dari PBB berkaitan makanan halal menjadi titik tolak bagi negara ini telah menjadi sebuah hab makanan halal dunia pada tahun 2010 lagi.

Berasaskan kepentingan industry makanan halal ini, maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengesa Usahawan Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia memberi tumpuan utama kepada industri makanan halal yang mana bakal dipasarkan kedalam dan luar negara.

Negara sasaran bagi industry makanan halal yang dilihat amat berpotensi dimasa akan datang ialah Negara China, ini adalah kerana jumlah menganut beragama islam sahaja mencecah kepada 26 juta orang dan  jumlah tersebut  sudah hampir menyamai penduduk di Malaysia.

Datuk Dr. Wee berpandangan jauh kehadapan berusaha untuk memastikan semua Usahawan Industi  penyediaan makanan halal akan dapat meneroka pasaran baru diluar negara. Pemimtaan makanan hala  kini sudah mendapat tempat di beberapa buah negara. Ianya merupakan peluang yang terbuka luas kepada Malaysia dan juga usahawan IKS  dalam penyediaan makanan merebut peluang  yang disediakan.

Negara China sentiasa membuka ruang dan mencari peluang untuk berurusniaga dalam perdagangan halal dengan negara Islam dan Arab menerusi perdangangan dua hala. Sebelum ini dan juga sekarang
Malaysia merupakan rakan dagangan utama China.

Datuk Wee Ka Siong  juga berharap usahawan IKS dapat mengadakan usahasama dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam industri ini.

Sebagai rakan dangangan Malaysia enam kali berturut-turut, China bakal merintis jalan menyediakan peluang dan ruang untuk industri halal ini bertapak dan berkembang dengan pesat. Sehubungan itu beliau menyeru supaya usahawan industri halal berani meneroka dan mencipta peluang didalam dan luar negara.

Sehingga tahun 2011, sebanyak 4,787 sijil halal dikeluarkan kepada pekilang, premis dan rumah sembelih di Malaysia dan 701 syarikat diluluskan Pensijilan Halal untuk mengeksport pengeluaran produk ke luar negara.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s