Menjawab Artikel Jebat Must Die


Oleh rmf

Semalam, blogger Jebat Must Die ( JMD ) yang merupakan seorang pro-Mahathir mengeluarkan entry blog bertajuk – Satu Lagi Kesilapan Najib Razak Berkenaan RM 2.6 Billionnya (Another Blunder by Najib Razak on His RM2.6 Billion Money) dimana beberapa tuduhan ‘nakal’ dibuat terhadap perdana menteri.

Nampaknya, JMD telah mengikut jejak Tun M, memilih isu dalam mengeluarkan tuduhannya.

Tuduhan Pertama:

“Sewaktu berita mengenai RM 2.6 bilion sedang hangat pada Julai 2015, Najib dan konco-konconya menafikan terdapatnya akaun seperti yang dilaporkan!”

Ini sememangnya satu dakwaan salah. Artikel dari Wall Street Journal mendedahkan mengenai akaun berikut pada 2 Julai 2015 – dan pada hari berikutnya iaitu 3 Julai 2015, Najib menjelaskan wang tersebut bukan duit 1MDB dan tidak diguna untuk tujuan peribadi. Tidak sekalipun beliau menafikan kewujudan akaun berkenaan.

Tuduhan Kedua:

“Salah seorang ‘kaki kipas’nya (merujuk kepada Ahmad Maslan) turut mengeluarkan kenyataan bahawa tiada perdana menteri yang begitu bodoh untuk menerima sejumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.”

Lagi tuduhan yang palsu. Apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan ialah “Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM 2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkan ke dalam akaun peribadi? Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat.”

Nampaknya JMD terlepas pandang ayat “daripada dana agensi kerajaan” sewaktu dia mengeluarkan dakwaan terhadap Ahmad Maslan. Ia bukannya “terlalu bodoh untuk menerima duit” tetapi “terlalu bodoh untuk menerima duit kerajaan dalam akaun beliau.”

Besar perbezaannya itu.

Tuduhan Ketiga:

“Dia turut berterima kasih kepada Haron Din kerana tidak mempercayai artikel Wall Street Journal! Apa sudah jadi pada perdana menteri! Kenapa dia menipu kita pada Julai lepas?”

Apa yang dijelaskan oleh Haron Din ialah “secara logik mudahnya, jika seorang individu ingin memindahkan dana awam kepada akaun peribadinya, mereka tidak akan bertindak begitu kerana mereka akan memindahkannya ke dalam akaun lain atau akaun rahsia.”

Sekali lagi, ia berkenaan dana awam – sesuatu yang langsung tidak diendahkan oleh JMD dan apabila ianya dikenalpasti sebagai BUKAN DANA AWAM oleh MACC; maka, apa penipuan yang telah dilakukan oleh Datuk Sri Najib?

Tuduhan Keempat:

“Razak melanggar kod 165 dan seksyen 16 dan seksyen 23 Akta MACC 2009 yang menyatakan penjawat awam tidak boleh menerima sumbangan.”

Melalui temubual bersama PM;

“Apabila ditanya mengapa dana tersebut didepositkan ke dalam akaun beliau, Najib menjelaskan bahawa ianya merupakan permintaan penderma.”

“Tetapi jangan terkeliru, akaun tersebut memang atas nama saya tetapi ia bukanlah berfungsi seperti akaun peribadi dan saya percaya sebaik sahaja penyiasatan ini berakhir, kebenaran akan terbukti juga,” ujar beliau.

Beliau juga menyatakan Bank Negara juga sudah maklum apabila akaun berkenaan dibuka.

“Jadi, tiada langsung niat untuk melakukan sebarang penipuan dengan wang itu kerana Bank Negara juga sudah sedia maklum akan pembukaan akaun itu.”

Apa yang ingin dijelaskan oleh Datuk Sri Najib ialah atas sebab-sebab tersendiri, penderma berkenaan meminta untuk menyalurkan sumbangan secara terus kepada Najib dan perdana menteri sendiri sudah memaklumkan bahawa akaun tersebut adalah untuk kegunaan pihak lain bukannya diri beliau sendiri.

Adalah dibenarkan untuk menyimpan dana bagi pihak lain.

Contohnya;

“Sesiapa yang ingin menderma boleh menghantar cek kepada Jabatan Perkhidmatan Awam MCA , Wisma MCA, Tingkat 7, 163 Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Sila tuliskan nama ‘Azri bin Abdullah’ di belakang cek berkenaan.”

Yang akan menerima faedahnya ialah Azri bukannya Jabatan Perkhidmatan Awam MCA yang memiliki akaun tersebut.

Dalam kes DAP, sewaktu PRU13, orang ramai diminta untuk menyalurkan dana kepada akaun Ahli Parlimen Stampin ketika itu, Julian Tan Kok Ping dan bukannya akaun parti.

Adakah ini menjadikan Julian Tan sebagai pencuri?

Dan dalam kes Tun Mahathir, testimoni mahkamah pada tahun 2010 oleh bekas pemegang saham dan lembaga pengarah syarikat Realmild – yang memiliki aset berbilion ringgit termasuk New Straits Times, MRCB dan TV3 – membuktikan bahawa 70% saham Realmild disimpan oleh proxy untuk penama, Tun Mahathir (bukan UMNO!)

Fakta itu juga telah disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim dalam blog beliau pada tahun 2010.

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

-ANWAR IBRAHIM

Jadi, bagaimana Tun M mahu menjelaskan kekayaan 70% milik syarikat berbilion ringgit yang diletak dalam akaun persendirian dan bukannya akaun parti.

Sudah pastilah Tun M terus senyap dan tak langsung ingin menjelaskan hal berkenaan, apatah lagi ingin saman Anwar Ibrahim.

Adakah Tun Mahathir menjelaskan hal berkenaan? Tidak pernah.

Amalan UMNO untuk menyimpan dana dalam akaun atas nama Presiden bagi pihak parti adalah amalan yang sudah lama dipraktikkan. Sepertimana aset Realmild.

Namun, saya bersetuju dengan kenyataan akhir JMD yang berikut;

“MACC perlu melakukan tugas mereka”

Biarkan MACC melakukan siasatan mereka dan kita lihat jika ada sebarang undang-undang yang telah dilanggar. Mereka mempunyai masa sehingga akhir Disember 2015 untuk melengkapkan siasatan – sedikit masa sahaja lagi.

Diterjemah oleh : JASA

Sumber : http://limsiansee.blogspot.my/2015/12/answering-jebat-must-dies-najib-blunder.html

Image | This entry was posted in Menjawab Artikel Jebat Must Die and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s