Boleh Saya Tanya?  Siapa Yang Derma ?


Oleh rmf

gambar sekadar hiasan

Kedegilan  Mahathir dan Muhyidin untuk berhenti dalam  membangkitkan isu 1MDB dan RM2.6 billion yang dikatakan masuk kedalam akaun Dato Seri Najib kian menjadi parah dan barah.  Pembangkang gelak ketawa  kerana isu yang mereka momokkan telah dimakan oleh kedua pemimpin yang dikatakan tersohor ini.

Isu 1MDB dibangkitkan saban hari tanpa memikirkan kesan dan natijahnya  terhadap kepercayaaan dan kepimpinan parti dan juga UMNO. Pada waktu ini  Mahathir dan Muhyiddin terus menerus menyerang sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Kemarahan ini bukan dapat dibendung lagi. Kemarahan bila bertuhankan syaitan semata mata. Pernah atau tidak kita  sebagai ahli UMNO bertanya khabar tentang  perkara yang sama dilakukan oleh kedia pemimpin ini..

Pemberian kepada menantu yang hampir jumlahnya RM1 billion, Kemana perginya wang dan asset bernilai RM1.2 Billion yang diserahkan kepada Paklah . Aset apakah itu, Itu belum lagi isu skandal kehilangan RM73 billion dizaman pemerintah selama 22 tahun.

Muhyiddin dan Mahahthir sepatutnya  berusaha mencari dana untuk digunakan oleh UMNO dalam politik, sudahlah tidak mampu mencari malah kedua  mereka ini hanya mampu mempertikaikan  sumbangan yang telah diberikan oleh orang lain kepada UMNO.

Ini lah sikap dimana kata orang tua tua “ macam mulut murai waktu pagi”- bunyi yang bising menganggu tidur org lain.  Muhyiddin dan Mahathir sepatutnya tidak menjadi seperti “Ular Cincin Manis” yang mana  kekayaan dan kemewahan yang dikecapi hari ini adalah hasil  daripada kemakmuran yang dikecapi bersama UMNO.

Pernah atau tidak kedua mereka ini berfikir  sejak isu ini bermula   dan diketahui umum , perkara yang sama juga dilakukan oleh parti politik yang lain  di Malaysia. Namun mereka tidak lah sebodoh Muhyiddin dan Mahathir membuka mulut sekadar untuk menunjukkan sebagai Hero. .

Dan sekarang kami ingin bertanya pula , kemana hilangnya RM73 billion semasa  pemerintahn 22 tahun dan  kemana hilangnya dana Bistarinet yang ditunjangi oleh Muhyiddin. Difahamkan sebanyak RM912 telag “didermakan” kepada anak menantu.  Sekarang rakyat mahu tahu kemana kesudahan wang   rakyat yang cukup banyak hilang semasa zaman pemerintahan 22 tahun Mahathir.

Penjelasan hal ini perlu diberikan secara terbuka bukan berdolak dalih lagi. Mungkin dahulu  UMNO tidak mahu menyoal hal ini atas dasar hormat kepada  Mahathir, namun sekarang Mahathir dan seumpama “Quran Buruk”  – nak dibuang dosa, tak dibuang dah tak boleh baca.

Dalam persoalan yang sama juga  , dari mana datangnya permulaan  perniagaan dalam masa terdekat memnpunyai asset bernilai berbillion ringgit yang dipunyai oleh kedua anak anak  ini?  Adakah dunia tahu  bahawa mereka berdua membuat tabungan dari kecil tanpa mendapat “derma” dari Mahathir.

Saya bukan tuduh Mahathir cuma Saya bertanya beberapa soalan kerana  kehilangan  yang bernilai  berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat sehingga sekarang. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang  bertanggungjawab sejak dahulu lagi  selain daripada berkata semua kerugian  dan kerugian yang berlaku sehingga mencapai RM73 billion itu adalah bukan masalah darinya, tetapi ianya masalah DUNIA.

Kejadian  atau mementum ekonomi  penawaran dan permintaan” dipersalahkan yang mana telah menyebabkan kehilangan RM73 billion  wang rakyat, Namun hakikatnya dia merupakan  saorang yang sepanjang hidupnya tidak akan mengaku salah.

Mengaku salah mengikut fahaman  mmahathir adalah orang yang lemah dan mudah diexploitasikan. Jadi apa isu kerugian wang negara  dizaman Mahathir adalah  disebabkan dunia. Jawapan kebiasaan yang diucapkan dizaman pemerintahannya.

Itu dahulu, namun sekarang rakyat mahu perincian ketirisan sebanyak RM73 billion tersebut diberikan jawapan dan penjualan asset seperti bangunan MAS untuk menampung kerugiaan yang ditanggung .

MAS telah menjual bangunan sebagai untuk mencairkan asset untuk membayar hutang yang banyak. Tetapi gagal berbuat demikian kerana  liability yang melebihi asset.  Penjelasan penjualan ini sepatutnya di berikan perincian kepada rakyat.

1MDB mencairkan asetnya dalam bentuk tunai dan melupuskan sebahagian dari liability, ianya adalah kaedah biasa bagi sesabuah syarikat yang mempunyai banyak asset . Apakah tindakan yang sama diambil kepada MAS satu ketika dahulu  kini berlaku kepada 1MDB adalah satu kesalahan?

Sama juga satu perbelanjaan pilihanraya yang paling mahal ketika itu ialah bernilai RM10juta, Sebagai ahli UMNO kita akur, tetapi adalah dizaman itu  kejatuahn matawang , Jika kejatuhan mata wang dipersalahkan , sama juga kaedahnya apa yang berlaku dizaman DS Najib Razak.

Selama lima kali pilihanraya yang berjalan dizaman 22 tahun, Kita boleh menanyakan soalan yang sama , darimanakah datangnya Dana Politik untuk membiayai semua itu? Tetapi rasa hormat ahli UMNO pada masa itu  kepada kepimpinan yang ada  dan dari mana sumbernya , semua itu atas dasar kepercayaan kepada pemimpin.

Jadi bila ianya berlaku  kepada pemimpin sekarang seakan semuanya hendak dipertikaikan. Cukup la menjadi duri dalam daging UMNO. Pecahnya UMNO bukan kerana kekuatan pembangkang, tetapi  UMNO mempunyai  orang seperti ini, yang tidak berani mempertikaikan secara berterusan skandal parti lain tetapi amat berani dalam kelambu sendiri.

Image | This entry was posted in RM1.2 billion  dan RM912 juta and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Boleh Saya Tanya?  Siapa Yang Derma ?

  1. roslan othman says:

    Tak payah lah nak buat fitnah terhadap Tun M tak baik , reka cerita yang tak pernah ada ,bukan macam Najib dia sendiri mengaku wang RM 2.6 billion masuk akaun sendiri , konon derma itu dah salah akta cegah rasuah bagi kakitangan awam terima derma atau hadiah masuk akaun sendiri ,tak payah saya nak cerita pasal 1MDB bukan setakat rugi banyak kepentingan dan harta negara nak kena jual dekat orang asing ,apa punya business ini jual kepentingan rakyat pada orang asing , Kemudian apa sangat jasa Najib berbanding Tun M ,cuma bagi rasuah pada rakyat dengan nilai sikit lepas tu kutip balik dengan banyak melalui GST , sebenar nya blog ini tiada kualiti ilmu pengetahuan tapi lebih kepada tulisan mengampu nak cari makan . Sesuai untuk orang malas berfikir. Dengar sini nasihat saya , ” Nak memperbodohkan orang sekali boleh la , tapi kalau nak memperbodoh dan menipu berkali kali macam najib akhirnya diri sendiri yang terjerut tapi bagi blogger seperti blog ini orang akan nampak bodoh”

    • rmf7 says:

      hahahah… baca la cerita pemerintahan 1981 hingga dia bersara, .. 1998 media sosial baru wujud bincang isu politik.. dalam bentuk forum.. haha.. masa tu ko ada ka tak..hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s