Sokongan Terhadap Presiden UMNO- Mukhriz Mahathir Sokong Siapa?


Oleh rmf

Sebagaimana yang disarankan oleh Tun Mahathir pada satu ketika dahulu,  Kesetiaan kepada pemimpin harus diterapkan dalam diri setiap ahli UMNO. Namun semua itu hanya retorik Tuh Mahathir untuk mengekalkan kuasa yang ada padanya pada ketika itu.

Kesetiaan pada pemimpin  atau taat kepada pemimpin adalah dituntut didalam Islam. Tidak boleh tidak,  ketaatan ini akan menguatkan  barisan yang sedaia ada  dengan dilihat sebagai barisan yang berastu padu.

Sebagaimana yang di sebut dalam satu  hadis yang bermaksud

“Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaikannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan.” (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

Justeru itu taat kepada pemimpin adalah dituntut kepada setiap umat islam dan  ahli UMNO khasnya. Di atas dasar profesional, Mukhriz perlu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan perdana menteri kerana beliau dilantik oleh Najib. Beliau perlu nyatakan kesetiaan kepada Perdana Menteri.

Tindakan Mukriz mendiamkan diri dalam kemelut yang dimulakan oleh Tun Mahathir ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang  memerlukan penjelasan yang terang dan jelas.

Adakah Mukriz selama ini bergerak dalam diam menyokong tindakan Tun Mahathir  yang menentang kepimpinan UMNO atau dalam usaha  untuk menjatuhkan presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Tiada satupun kenyataan yang diberikan oleh Mukhriz berhubung perkara ini.

Mukhriz dilantik oleh Najib menjadi menteri besar Kedah sepatutnya lebih awal menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan  tertinggi parti telah mendiamkan diri telah menyebabkan banyak spekulasi  timbul dilaman laman media sosial yang mana berkemungkinan Mukhriz  mengambil keputusan tersebut adalah kerana takut kehilangan jawatan yang disandang sekarang.

Jika Mukhriz saorang yang professional sudah pastinya beliau akan dapat membezakan Hubungan dengan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah suatu perkara peribadi yang tidak boleh dicampur aduk dengan jawatan profesionalnya sebagai seorang Menteri Besar. Ia dua perkara yang

Jika berlaku sebaliknya, kita boleh mengguna pakai  kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong Najib juga tidak meninggalkan kesan mendalam kepada Umno Kedah.

Gesaan kepada  Mukhriz menyatakan sokongan kepada Najib, itu sebenarnya mengingatkan menteri besar berkenaan bahawa dia berada di kerusi ketua kerajaan negeri itu adalah atas lantikan perdana menteri.

Masalah dengan kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap kerajaan  dan sedang mengumpulkan bala tenteranya untuk menyokong kritikan tersebut sekali gus tealh mnegheret Mukhriz  kedalam kumpulan yang menentang kepimpinan yang ada.

Secara profesionalnya   disebabkan tiada kenyataan sokongan terhadap Najib, difahamkan bahawa mukhriz  secara dasarnya menyokong tindakan yang telah di terajui oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin dalam serangan keatas 1MDB dan juga isu RM 2.6billion yang mana disumbangkan oleh saorang penerma dari timur tengah.

Jika kita amati desakan yang dibuat oleh ketiga tiga sayap UMNO kedah  dalam satu sidang akhbar mengejut -Tiga Ketua Sayap UMNO Negeri Kedah mendesak Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sokongan kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 24 April 2015.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir ‘menyertai’ bapanya mempertikaikan cara Putrajaya mengendalikan firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB .

Jika kita imbas  sejarah  ketika Mahathir meninggalkan Umno dalam usahanya menyingkirkan Abdullah pada 2008, Mukhriz tidak mengambil langkah sama, sebaliknya dia kekal dalam parti dan mengumpul kekuatan untuk pemilihan akan datang.

Tindakannya pada kali ini amat berbeza dimana tiada langkah yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada ketika ini.

Jadi persoalannya yang timbul, apakah Mukhriz sekarang sedang bersama muhyiddin dan bapanya Tun Mahathir dalam memastikan Najib Razak tersungkur dalam  PAU kali ini.

Image | This entry was posted in Sokongan Terhadap Presiden UMNO- Mukhriz Mahathir  Sokong Siapa? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s