Mahathir “Mati Akal” dengan Anak Didik politiknya


Oleh rmf

Presiden UMNO sekarang Dato Seri Najib Razak disifatkan sebagai saorang yang bertuah kerana mendapat didikan politik dan tunjuk ajar dari Tun Mahathir satu ketika dahulu dizaman pemerintahan nya 22 tahun yang lalu.

Najib Razak juga disifatkan saorang yang bijaksana dalam menilai dan menghadapi serangan yang bertubi tubi dihalakan kepadanya  dari pelbagi sudut. Semua ini dilakukan dari dalam UMNO sendiri serta disusuli oleh pihak pembangkang.

Asakan  dari Mantan Perdana Menteri terhadap anak didik terbaiknya  sekarang masih tidak membuahkan hasil. Najib tahu jika beliau tunduk dengan desakan yang dibuat oleh “guru” polotiknya maka dimasa akan datang kesempatan ini akan digunakan  dengan lebih teruk dipergunakan oleh Tun Mahathir keatas kelemahan Najib .

Tunduk kepada desakan dan tekanan Tun Mahathir ,  keadaan itu akan menunjukkan kelemahan Najib sebagai seorang Perdana Menteri, sekaligus akan menjadikan Najib sebagai pemimpin “boneka” yang akan dipandu setiap tindakannya.

Kesannya hasil didikan yang diberikan oleh Tun Mahathir kepada Najib Razak, sekarang satu situasi yang amat menakjubkan telah berlaku  bagaimana Najib Razak  menghadapi semua tekanan dengan tenang tanpa melatah dan lari dari setiap tindakannya.

Kesan daripada iru banyak pihak telah “terkancing gigi” untuk mengexploitasikan setiap tindakannya. Semuanya dilakukan tanpa mempedulikan  apa orang lain katakan.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.

 Sememangnya benar  Tun Mahathir hanya membina mercu tanda, jalan seolah dan klinik tetapi pernahkah dia terfikir bahawa terdapat banyak skandal yang melibatkan berbillion ringgit di’Dermakan” kepada anak anak nya demi menyelamatkan perniagaan mereka.

Satu perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti. Kesilapan yang berlaku adalah lumrah dan  itulah namanya manusi. Orang yang tidak mahu mengakui kesilapan ini seperti Tun Mahathir adalah saorang yang cukup ego dimata rakyat.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu yang bertradisi dan mengamalkan ajaran Islam sudah pastinya ada kesilapan yang berlaku, mengakui dan memohon maaf itu penting dalam memastikan ukhwah terus terjalin semasa Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyuarakan hasratnya supaya kerajaan meneruskan projek pembinaan ‘jambatan bengkok’ yang menghubungkan  Singapura dan Malaysia.

Pembatalan Jambatan bengkok ini sekali gus telah menyebabkan  lucutnya jawatan Pak Lah sebagai perdana Menteri atas desakan Tun Mahathir.

Sekarang Najib pula menerima desakan yang sama dan menyebabkan  satu tindakan  agar Najib melepaskan jawatannya. Sikap memekakan telinga oleh Najib dengan tekanan yang diberikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan  pelbagai isu dibangkitkan  , Ini termasuk Isu 1MDB dan juga derma RM 2.6billion.

Agak pelik juga  kerana Tun Mahathir tidak pernah membagkitkan isu derma  atau sumbangan yang telah diterima oleh pihak pembangkang. Sekarang kita lihat disini pencerahan yang kita dapat lihat bahawa setiap isu yang dibangkitkan mempunyai agendanya tersendiri.

Jika Mahathir jujur  dan sayangkan UMNO sudah pastinya beliau akan mengkritik dan  meyiasat sumbangan derma politik yang diterima oleh pihak pembangkang melalui agensi luar negara. Tetapi mengapa membisu seribu bahasa.

Diantara sumbangan politik yang sepatutnya  Mahathir bangkitkan ialah  Portal Malaysiakini yang menerima dana  untuk memburukkan kerajaan dari sebuah agensi yang dinamakan Open Society Foundation yang mana dibiayai oleh penyangak matawang  George Soros dengan dana permulaan sebanyak USD100,000 dan dibiayai oleh Southeast Asian Press Alliance dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Amerika Syarikat.

Itu salah satu contoh yang sepatutnya diberikan penekanan oleh Mahathir dalam isu sumbangan politik.  Namun kerana sikap berkepentingan perkara tersebut tidak diendahkan malah 1MDB dan derma 2.6 billion pula yang menjadi tajuk utama kritikan Mahathir. Sekarang kita nampak sudah..

Sebagaimana yang dituntut oleh Muhyiddin dan Tun Mahathir agar Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan UMNO.Bagaimana UMNO boleh diselamatkan setelah kerosakan yang telah dilakukan oleh Mahathir dan juga Muhyiddin. Sudah pasti keadaan bertambah parah lagi.

Jesteru itu dalam artikel saya yang lalu , saya menyebut seharusnya perwakilan yang ada pada harini berfikiran matang dan bijakasana dalam menentukan hidup matinya UMNO dan kekuatan untuk menghadapi PRU14 akan datang.

 Jadi sesiapa yang mengenali Mahathir sudah pastinya akan berkata” Sampai Kiamat Pun tidak akan selesai” ini adalah kita faham selagi kehendak  Mahathir tidak dapat dicapai selagi itu dia akan memberontak menganggu kepimpinan yang ada dengan kenyataan kenyataannya.

Tindakan Najib tidak melayan kehendak tun Mahathir adalah satu tindakan yang amat bijak.Tiada kesudahan jika terus layan kritikan Mahathir, adalah lebih baik Najib meneruskan agenda untuk rakyat selagi mampu dilaksanakan.

Image | This entry was posted in Mahathir “Mati Akal” dengan Anak Didik politiknya and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s