Ingat Muhyiddin dan Tun Mahathir -UMNO adalah  EMAS Tulen Yang Mana Tidak Perlukan Suasa Melapisinya


Oleh rmf

Mungulas ucapan Presiden UMNO di PWTC , pada kebanyakan ucapannya menyentuh isu berkaitan  kesetiaan kepada kepimpinan dan  isu derma  yang  menjadi pertikaian  Tun Mahathir dan juga Muhyiddin Yassin.

Dalam agama Islam taat kepada pemimpin mengandungi had had tertentu dan  dalam ajaran islam juga menetapkan cara cara untuk memberi teguran terhadap kepimpinan sehingga jangan ianya  meruntuhkan saf atau barisan yang sedia ada.

Akan tetapi tindakan Muhyiddin dan Tun Mahathir ini telah  meranapkan sempadan yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam. Cara demikian adalah cara yang menjadi amalan bukan islam dalam mengejar impian yang tersembunyi,.

Mereka ini sanggu lakukan apa sahaja  termasuk menikam sahabat baik dari belakang demi memberikan ruang laluan untuk mereka. Saya melihat tindakan Tun Mahathir dan Muhyiddin ini berkesenderungan kearah  yang disebutkan tadi.

Apa gunanya lagi berada didalam barisan jika  sikap tidak menunjukkan kesetiaan pada parti dan juga presidin atau7 ketua  barisan yang sedia ada.  Ini fakta yang mesti diterima oleh Muhyiddin , kerosakan telah dilakukan olehnya.

Tindakan Tun Mahathir dan Muhyiddin menyerang  Presiden adalah seumpama meyerang UMNO ,  Tindakan ini digambarkan oleh pihak lain bahawa UMNO sedang bergolak daridalam, Namun hakikatnya pergolakan tersebut berpunca dari isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan disambut oleh kedua pemimpin ini.

Adakah ini tindakan yang bijak. Tuh Mahathir dan Muhyiddin meyerang Presiden UMNO denagn isu 1MDB dan wanga derma 2.6 billion yang dibangkitkan oleh pembangkang. Jadi dengan tidak secara langsungnya  mereka berdua ini adalah jurucakap pembangkang secara dasar yg tidak rasminya.

Sepatutnya Tun Mahathir dan Muhyiddin mepertikaikan dana  politik dan derma yang diterima oleh DAP dan juga PKR  dalam meneruskan  perjalanan politik mereka. Sepatutnya ini berlaku, barulah Tun Mahathir dan Muhyiddn dilihat sebagai “HERO” yang mempertahankan UMNO secara total dan juga presiden.

Kesetiaan kepada pemimpin, itu merupakan slogan yang dibuat oleh Tun dizaman pemerintahannya, Najib Razak  telah menunjukkan kesetiaannya terhadap Tun Mahathir dalam  gelombang Team A dan Team B . Najib terus menapakan kesetiaan tanpa berbelah bagi.

Kesetiaan ini lah dituntut oleh Tun Mahathir sekarang terhadap Najib sekarang. Kesetiaan kepada pemimpin, namun disatu sudut lain Tun Mahathir lupa bahawa kepimpinan yang ada sekarang ialah Najib Razak sebagai perdana Menteri Malaysia dan bukan lahi Tun Mahathir.

Sepatutnya Tun Mahathir meletakkan kesetiaannya pula kepada  Najib Razak. Saorang pemerintah iaitu perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seharusnya berada didalam sentiasa mempercayai diantara dengan yang lain.

Perbezaan pendapat diantara keduanya ialah baja kepada sistem muzakarah yang dituntut. Menyumbang pandangan dan idea untuk memperkuatkan jamaah itu wajib, Jadi pandangan dan cadangan adalah muzakarah terbaik bagi keduanya./

Jadi jika Timbalan Perdana Menteri dan juga perdana Menteri tidak ada permaufakatan apa gunanya lagi. Menikam dari belakang dan membunuh dari dalam adalah perbuatan yang amat keji dalam satu satu perkumpulan dan harus disingkirkan.

Berbalik kepada dana politik yang diterima dan pada pandangan Tuh Mahathir dan Muhyiddin ianya adalah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa yang ingin menderma untuk melakukan sumbangan terhadap mana mana parti. Tindakan dan pandangan dangkal mereka ini telah meyebabkan ianya menjadi modal politik pembangkang dan meyebabkan UMNO dilihat sebagai sabuah parti yang amat rosak hanya kerana “menerima Derma” .

Dalam hal yang sama  bagaimana pula tindakan parti parti lain  yang menerima sumbangan atau derma dari pihak lain, adalah Tun Mahathir dan  Muhyiddin hanya mampu “butakan mata”  untuk membongkar semua itu.

Jelas sekali bahawa tindakan mereka ini mempunyai agenda tersembunyi dalam  meneruskan kesinambungan politik mereka. Berlaku adillah,  Tugas saorang Perdana Menteri adalah untuk memastikan dana politik  untuk parti sentiasa mencukupi bagi menghadapi banyak perbelanjaan yang dibuat oleh parti.

Mencari sumbangan parti itu adalah perlu dan jika tidak  apakah akan berlaku  sesame  parti menghadapi PRU akan datang dan juga untuk menampung perbelanjaan serta merta yang diperlukan oleh rakyat dan ahli parti.

Semuanya ini mesti difikirkan oleh saorang yang berjawatan Perdana Menteri. Bukan apabila setiap derma yang diterima oleh parti dipertikaikan dan merosakkan kredibiliti UMNO secara terangan tanpa  memikirkan kerosakan jangka panjang yang dihadapi oleh UMNO sendiri.

1MDB menjadi modal Tun Mahathir dan Muhyiddin dalam serangan yang dilakukan terhadap Presiden Parti, Namun pada satu sudut yang lain pula Tun Mahathir telah lupa bahawa 1MDB hanya satu entity yang dikatakan rugi diwaktu pemerintahan Najib.

Lupakah atau sengaja dilupakan bahawa  Perwaja, MAS dan banyak lagi  yang telah mengalami kerugian yang maha dasyat yang mana  kerajaan melakukan suntikan modal untuk menampung kerugian yang ditanggung.

Lupakah Tun Mahathir bahawa dimasa itu  terlalu banyak wang dilaburkan sehingga pada waktu ini Proton juga setelah hampir  20 tahun lebih beroperasi masih memerlukan suntikan modal dari kerajaan.Tidakkah ianya satu kerugian kepada kerajaan yang terpaksa menampung syarikat yang rugi.

1MDB menjual EDRA bukan kerana 1MDB tidak mempunyai asset lagi, penjualan tersebut adalah untuk membuktikan bahawa 1MDB mempunyai cukup asset untuk menampung liability tanggungannya. Dan hasil penjualan atau mencairkan asset  tersebut telah data mengurangkan liability tanggungan.

1MDB masih lagi mempunyai aset strategic untuk dipegang kekal sebagai perlaburan jangka panjang. Pencairan asset ini biasa berlaku untuk memulihkan prestasi kewangan tunai yang berlaku dalam syarikat.

Dalam desakan untuk menyarankan Presiden berehat atau meletakakn jawatan, seharusnya Muhyiddin dan Tun Mahathir sedar bahawa tidakan tersebut hanya menunjukkan kerakusan mereka berdua dalam mencapai matlamat dalam politik dan akan menunjukkan  bahawa mereka berdua ini bukan pejuanga dalam UMNO akan tetapi adalah pejuanga dalam menikmati   faedah yang ada dalam UMNO.

Akhir kalan ini, adalah jalan terbaik ialah Muhyiddin dan  Tun Mahathir seharusnya “Berehat Panjang” dan bukannya Najib Razak yang seharusnya berehat , Tugas Najib Razak banyak lagi untuk membetulkan “Kesilapan” yang telah dilakukan semasa 22 tahun pemerintahan.

Berehat lah Muhyiddin dan Tun Mahathir , Suara akar umbi medesak  anda berdua lakukan. Jika anda menjawab sebagai tanggungjawab  sebagai Ahli Parti, bukan ini cara nya, cara yang anda lakukan sekarang ialah bertaraf ANDA PEMBANGKANG  dari dalam UMNO.

Bukan suruh akur setiap perintah sebagaimana pemerintah 22 tahun lalu, akan tetapi lakukan dengan cara yang  terbaik bukan cara yang anda lakukan sekarang. Sebenarnya Tun Mahathir dan Muhyiddin tidak pernah belajar melalui cara pembangkang menyembunyikan sumbangan  dana politik mereka dan mempertahankan sampai tiada siapa pun tahun darimana  datangnya sumbangn.

Jesteru itu, Muhyiddin dan Tun Mahathir cukup la melakukan sejarah 1987 berulang semula. Para Perwakilan jika and abaca post saya sebelum ini   anda pasti faham dan jelas maksud yang saya sampaikan.

Jadi berfikir cara terbaik dan bertindak seperti saorang pahlawan yang sedang menghadapi musuh. Jika tidak, dimasa akan datang tidak perlu lah menawarkan diri sebagai perwakilan jika anda merosakkan parti. Bantu Presiden Bukan Memijak Presiden.

Ingat Muhyiddin dan Tun Mahathir -UMNO adalah  EMAS Tulen Yang Mana Tidak Perlukan Suasa Melapisinya

Image | This entry was posted in Ingat Muhyiddin dan Tun Mahathir -UMNO adalah  EMAS Tulen Yang Mana Tidak Perlukan Suasa Melapisinya and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s