Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi- Islam Itu Indah, Perjelaskan Isu Militan Secara Terperinci Kepada Rakyat


Oleh rmf

Kita juga berhadapan dengan kewujudan politik baharu yang mahu meletakkan isu dan kepentingan bersama mengatasi persoalan agama dan perkauman. Ini termasuk memperjuangkan hak asasi atas nama kebebasan dan demokrasi.

Islam mengiktiraf hak asasi manusia. Islamlah yang menganugerahkan kemerdekaan dengan membebaskan perhambaan sesama manusia pada zaman Jahiliah.

Namun, hak asasi dan kebebasan ini mestilah bersandarkan kepada wahyu dan fitrah kejadian manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Malangnya, hak asasi kini dijadikan alasan sesetengah pihak yang dang­kal pemikirannya untuk melakukan apa sahaja atas nama kebebasan individu. Seolah-olah kebebasan individu adalah segala-galanya sehingga menolak hukum Allah.

Di Malaysia, gerakan memperjuangkan hak asasi manusia berasaskan kebebasan individu semakin kuat. Malangnya, ia sendiri disokong oleh umat Islam yang berkiblatkan Barat. Mereka tidak sedar Barat telah lama membuang agama dalam kehidupan dan bertindak menggunakan logik akal semata-mata.

Justeru, UMNO perlu mengembalikan agenda  agama dalam perjuang­annya. Melalui kuasa, kedudukan dan sokongan orang Melayu, perjuangan memartabat dan mengembangkan Islam perlu dipergiatkan lagi agar Islam diletakkan di tempat yang paling tinggi di negara. UMNO tidak perlu gentar untuk mempertahankan Islam asalkan kita tidak mengusik hak penganut agama yang lain.

Mengalas perjuangan Demi Agama , Bangsa dan Negara  sebagai agenda perjuangan yang beroanjangan sejak penubuhannya, UMNO terus memegang terus amanh pemimpin terdahulu untuk memastikan toleransi dalam segala jalan jalan perjuangannya  melindungi perlembangaan negara.

Sikap toleransi yang diamalkan dalam Islam  menjadi panduan perjuangan semua pihak dalam UMNO dan juga menitik beratkan pegangan anutan agama lain.

Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO kepada semua ahli UMNO agar tidak mempolitikkan isu yang berkaitan agama lain  sebagai modal perjuangan. Tidakan sedemikian akan merosakan nilai nilai keharmonian yang telah terpahat sekian lama.

Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab seharusnya  semua pihak didalam UMNO  terus mempertahankan kedaulatan Islam dari agenda buruk yang dipaparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penjelasan dan penerangan terhadap Islam perlu digalas sepenuhnya untuk menolak fahaman Islamfobia dan juga pengaruh militant yang berpaksi kan barat atau menggunakan islam dengan proksi musuh islam.

Tambahan pula diawaktu ini ancaman terhadap Islam amat menular untuk mempengaruhi  sebilangan dari umat Islam dari meyertainya. IS atau lebih dikenali sebagai pengans Daesh kini sedang bermaharaja lela serata dunia untuk mencari pengaruh dan bertujuan untuk memperlihatkan Islam  dipandang negative dimata dunia.

Agenda memburukkan  Islam telah mula dilancarkan oleh pengaruh barat sejak beradab abad lamanya. Wujudnya IS adalah untuk kesinambungan agenda yang mana akan memcahkan umat Islam. Penjelasan dan penerangan mengenai ancaman ini adalah wajib dilakukan oleh semua pihak didalam UMNO.

Sebagaimana kebiasaannya  orang Islam sering terjebak dengan agenda yang menawarkan syurga dan jihad yang diredhai Allah dalam meyertai perjuangan IS ini.

Peringatan ini ditegaskan oleh Naib Presiden  UMNO semasa melancarkan “Puteri Daulat Islam Agama Negara (DIAN)” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam  meperjuangkan Islam dan pada waktu yang sama pasukan Puteri UMNO seharusnya menampilkan perwatakan Islamik yang boleh dicontohi oleh pelbagi golongan.  Memberikan penerangan tentang Islam, seharusnya  anggota UMNO tidak menindas agama lain dalm mempromosikan Islam.

Tindakan sedemikian , Islam  dan UMNO akan terus dihormati dan juga dipandang mulia oleh agama lain . Secara tidak langsungnya akan  menunjukkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang amat toleransi dalam isu yang berkaitan agama.

Ahmad Zahid yakin skuad baharu pergerakan Puteri itu merupakan satu program yang dapat menepis anasir jahat yang memburuk-burukkan Islam di negara ini. Tugasan yang berat ini seharusnya dipikul dengan kebijaksanaan puteri DIAN dalam mengajak umat Islam agar tidak terpengaruh dengan anasir yang menjahanamkan Islam.

Bercakap mengenai kepimpinan Puteri akan datang, Ahmad Zahid juga menasihatkan agar puteri masa kini sentiasa bersedia dengan kepimpinan baru apabila tiba masanya. Sentiasa bersatu dan rapatkan barisan bagi meneruskan perjuangan UMNO dengan penuh semangat perjuangan yang jitu.

Pasukan Puteri DIAN UMNO sejak penubuhannya telah melatih seramai 1,500 anggota yang mana penglibatan  pasukan ini termasuk dikalangan NGO NGO dan orang ramai.

Pasukan ini akan turun padang untuk menjelaskan isu mengenai agama, dan membantu untuk mengubah persepsi negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama suci itu, katanya.

Ironinya, mempertahankan Is­lam­ yang menjadi Agama Persekutuan dianggap tidak demokratik sedangkan Islam adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam. Bukankah asas pemerintahan demokrasi adalah majoriti. Kita pun berasa pelik apakah bentuk demokrasi yang mereka percaya jika konsep majoriti pun ditolak.

Perlu diingatkan, iltizam UMNO mengembalikan agenda  agama perjuangannya sama sekali tidak akan menghakis hak beragama peng­anut agama lain. Jangan sempitkan pemikiran dengan menyatakan apabila UMNO membela Islam, ia bercanggah dengan hak asasi manusia dan demokrasi. Hak minoriti tetap akan terpelihara dengan keindahan Islam tetapi hormatilah Islam sebagai agama majoriti rakyat Malaysia.

Image | This entry was posted in Perjelaskan Isu Militan Secara Terperinci Kepada Rakyat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s