UMNO Lebih Penting Untuk Bangsa Melayu Dari Memenuhi Kehendak Tun Mahathir


Oleh rmf

Patah sayap bertongkat paruh, atau berpatah arang, itu la istilah yang boleh diberikan kepada  kumpulan pro Tun yang mana akan melakukan strategi  terakhir untuk menjatuhkan Perdana Menteri  didalam persidangan Agong UMNO nanti.

Pembentukan kumpulan 5M dikatakan akan menyuarakan pandangan dan  akan mengwujudkan polimek dalam UMNO. Tindakan kumpulan Pro Tun ini dilihat sebagai  memenuhi kehendak Tun M yang inginkan   DS Najib Razak tersungkur dalam dunia politik.

Pada masa yang sama tinfakan Khaleed Nordin menafikan penyertaannya dalam kumpulan 5M dilihat adalah ssatu tindakan yang bijak dari terus bersekongkol dengan kumpulan tersebut. Sekali gus telah  memadamkan khabar angina yang mengatakan beliau adalah sebahagian daripada mereka.

Kehendak  ini sudah tidak boleh dibendung lagi. Keangkuhan Tun telah  berada ditahap menghancurkan perpaduan dalam UMNO. Sejarah hitam 1987 telah dicipta oleh Tun dengan  PEMILIHAN pucuk pimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan pertandingan sengit bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, membawa perpecahan besar kepada parti dan seterusnya pengharaman UMNO pada 1988.

Pihak yang tewas dalam pemilihan tersebut bukan setakat keluar parti dan menubuhkan parti serpihan, malah mengheret UMNO ke mahkamah semata-mata demi kepentingan peribadi tanpa memikirkan implikasinya kepada parti dan nasib bangsa Melayu.

 Kini Sejarah hitam tersebut berulang kermbali dengan agenda yang dibuat oleh Tun Mahathir juga.  Sekarang semua orang telah mengetahuinya, jika  kehendak Tun Mahathir tidak dipenuhi maka  beliau sanggup menghancurkan apa yang ada dihadapan mata.

Soal untuk menjadi penentu siapakah  perdana menteri bukan lagi  kuasa Tun Mahathir, akan tetapi  ianya ditentukan oleh rakyat dan juga ahli UMNO. Tun harus sedar tindakan nya ini bukan sahaja merugikan UMNO malah tindakan Tun dilihat menolak demokrasi yang telah terbina  hanya kerana kehendak peribadi Tun tidak dipenuhi.

Nampaknya sekarang, Tun Mahathir pula paling layak digelar ketua pembangkang yang tak rasmi kerana telah menyebabkan kejatuhan hampir semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdul Razak dan dirinya sendiri.

Penyelewangan kewangan memang teruk di bawah pentadbiran Dr. Mahathir. Tetapi beliau pula menuduh Pak Lah dan “Fourth Floor Boys” yang teruk rasuah. Apa yang kita semua setuju sekarang ialah penyelewengan kewangan di bawah Najib, terutamanya yang melibatkan 1MDB, adalah yang paling teruk.

Untuk dilihat sebagai saorang yang bersih , Tun Mahathir terus  mencipta kambing hitam untuk dipersalahkan. Sekarang  dia sedang menyalahkan Najib razak dalam isu 1MDB dan  beberapa isu yang ternyata  banyak tidak benarnya.

Sekarang langkah langkah terakhir sedang dicipta untuk menentang  Najib dalam Persidangan Agong UMNO nanti.  Dikhabarkan  kumpulan 5M akan  bertanding  untuk memastikan  pertandingan  jawatan pucuk pimpinan akn berlaku.

Dengan cara ini UMNO akan berpecah semula  sebagaimana yang berlaku pada tahun 1987 satu ketika dahulu. Apa yang pastinya Tun Mahathir sudah dapat memperkudakan  Muhyiddin , Syafie Afdal  sebagai tungangannya untuk memastikan hasratnya tercapai.

Dahulu semua timbalan nya bersalah dimata Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah “the prime minister we never had” atau perdana menteri yang tak sampai ke tampuk kuasa. Bukan kah ini buktinya bahawa Tun Mahathir  sentiasa mencantas orang yang  tidak sealiran dengannya.

pada tahun 1987 Pengalaman pahit inilah yang mendorong Majlis Tertinggi (MT) UMNO menasihatkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan . UMNO tidak mahu sejarah hitam dalam parti berulang.

Tetapi siapakah yang mengikari semua yang tersebut diatas. Apakah ini semua petanda bahawa Tun Mahathir hanya mementingkan dirinya sahaja tanpa mempedulikan UMNO. Sejak perpecahan yang berlaku 1987 UMNO semakin berpecah dan seterusnya berpecah lagi pada tahun 1998. Semuanya disebabkan Tun Mahathir.

Sekarang sebagaimana 2006  Tun Mahathir terus menyerang UMNO dan kepimpinan parti dibawah kepimpinan Pak Lah. Sekarang  Sikap degil dan keras kepalanya  terus menerus mendesak agar Najib Razak  meletakkan jawatan yang sah dan dipilih oleh sistem demokrasi yang sah.

Akibat perpecahan ini, lama kelamaan UMNO menjadi semakin kecil kerana pemimpinnya sudah tidak lagi menerima sokongan padu daripada semua ahli. Akhirnya UMNO menjadi lemah. Apakah ertinya mewarisi sebuah parti yang lemah?

Sejak merdeka, UMNO telah menjadi tulang belakang kekuatan politik orang Melayu khasnya dan negara amnya. Pasti kita tidak mahu keadaan ini berubah sehingga UMNO tidak lagi mempunyai suara dalam agenda politik tanah air.

Kekuatan politik UMNO akan hanya dapat dipelihara jika ahlinya bersatu dan mengutamakan kepentingan parti daripada diri sendiri.

Sikap yang ditunjukkan oleh kumpualn 5M ini seperti jurucakap pembangkang lataknya. Mereka  menggunakan medium media yang banyak melakukan fitnah dan pembohongan . Apakah ertinya menjadi ahli UMNO jika kumpulan 5 M ini terus meyerang walaupun semua penjelasan telah diberikan.

Saya yakin dan percaya bahawa segala tindakan yang berlaku sekarang ialah kerana kegagalan  untuk mendapat jawatan yang sepatutnya menjadi haknya sebelum ini. Semua orang tahu hal ini. Oleh itu tiada pendekatan yang lain kecuali membuka rahsia parti dan membuat persepsi.

Jika benar Tun M sayangkan UMNO mahukan perjuangan UMNO diteruskan untuk bangsa Melayu, apakah wajar tindakannya melakukan apa yang dilakukannya sekarang.

Selama 22 tahun beliau mencorakkan negara ini dengan caranya, begitu juga dengan Najib dengan caranya, akan tetapi mengapa semuanya tidak kena  pada mata Tun. Jika benar dia sayangkan UMNO sudah pasti dia akan bersetuju dengan tindakan dan menegur  cara terbaik tanpa merosakannya.

Sekarang UMNO sedang bergelumang dengan ancaman luar dan dalam, ancaman dari orang UMNO sendiri dan  seharusnya ahli UMNO meminggirkan  kelompok kecil yang memecahkan saf saf kekuatan Melayu.

Melayu UMNO dalam persidangan Agong nanti sudah pastinya memikirkan hala tuju  dan perjuangan UMNO untuk orang Melayu bukan untuk memuaskan hati  beberapa pihak. UMNO perlu ingat bahawa cabaran akan datang amat  mencabar dengan asakan asakan dari dalam dan luar negara untuk menumbangkan kerajaan yang didominasikan oleh orang Melayu.

UMNO sedang berhadapan dengan segala macam proksi yang ditaja disamping menghadapi fitnah dan persepsi  yang mana memungkinkan pengorbanan dari pemimpin untuk bersama sama akar unbi menangani semuanya.

Ahli UMNO harus sedar dan bijak memikirkan apa yang sedang berlaku sekarang adalah  bukan setakat perjuangan diatas kertas dan dewan sahaja. Pemimpin atasan kini  kena mengubah dan mengorak langkah yang bijak  bersama sama menangani  isu  yang memungkinkan UMNO terkubur jika tidak dijawab sepenuhnya.

Sekarang Kumpulan 5M  sedang mengorak langkah atas nama demokrasi dan kepentingan diri serta  mempergunakan ahli UMNO yang lain bagi mendapatkan sokongan mereka. Terpulang la kepada  mereka jika mereka merasakan perjuangan untuk invidu itu lebih penting, maka teruskanlah.

Tetapi kita percaya diantara 3 juta ahli UMNO sudah pastinya  amat sayangkan UMNO dan  mempertahankan UMNO itu adalah satu perjuangan yang mana menentukan legasi Melayu berkuasa dan membela bangsa Melayu dimasa akan datang.

Kita tidak perlukan satu badan yang menentukan siapakah perdana menteri  yang layak dan tidak layak. Semua ini adalah corak  barat dan menolak sistem demokrasi secara halus. Setiap perdana menteri ada cara yang berbeza  memerintah negara dengan teras dan landasan yang betul.

Sememangnya bila saorang perdana menteri itu telah melihat keborokan masa silam, sudah pastinya dia akan cuba membetulkan  setiap perkara yang  dahulunya membebankan rakyat. Kini itulah yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.

Sedikit demi sedikit ruang kosong untuk rakyat diisi dengan  perkongsian  bersama kerajaan. Secara jelas cara ini terpaksa melukakan hati proksi proksi yang dahulu menikmati  faedah dari kerajaan   puluhan tahun.

Apabila nikmat ini ditarik , maka secara langsungnya semua kebaikan akan menjadi keburukan. Sekarang kita sedang berhadapan dengan proksi proksi yang bertaraf  “terlampau kaya”  yang sedang cuba memusnahkan UMNO dari luar dan dalam bersama  sama pembangkang.

Ahli UMNO semua perlu menolak kumpulan ini, Ahli UMNO perlu bertegas bahawa UMNO bukan untuk sebilangan pemimpin tetapi ianya adalah hak hak orang Melayu semua . Persidangan Agong UMNO pada kali ini adalah penentu segalanya bagi UMNO.

Daripada 3 juta ahli UMNO dan juga perwakilan, kita akan melihat berapa banyak daripadanya yang ingin melihat UMNO tersungkur  dan sebaliknya. Pisau dan mentimun ditangan anda semua. Jika jawatan lebih penting anda hancurkan lah UMNO, Jika perjuangan lebih penting anda tahu apa yang seharusnya anda lakukan.

Akhir kalam, UMNO itu lebih penting dari Tun Mahathir, Terkuburnya UMNO bermakan terkuburnya perjuangan orang Melayu yang mempertahankan hak hak orang Melayu dan kepentingannya. Tetapi terkuburnya Mahathir hanya  jasadnya saorang.

Jadi Ahli UMNO harus berfikir secara rasional dalam melakukan pemilihan, jangan hanya difikirkan jasa saorang tokoh , setiap pemimpin sudah pasti melakukan jasa kepada negara dan juga rakyatnya, itu adalah tanggungjawabnya akan tetapi fikirkan apa akan berlaku jika UMNO terus berkubur.

Image | This entry was posted in UMNO Lebih Penting Untuk Bangsa Melayu Dari Memenuhi Kehendak Tun Mahathir and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s