Pedulikan Kumpulan 5M, UMNO perlu Dipertahankan, Saf mesti Diperkukuhkan.


Oleh rmf

Persidangan Agong UMNO dengan megah akan membuka tirai persidangan pada mala mini dengan warna kemerahan lambang keberanian ahlinya dan juga keberanian UMNO untuk terus menongkah perjuangan untuk Agama , bangsa dan Negara.

Majlis taklimat  Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak akan membuka tirai  dengan taklimat dan kata kata semangat yang akan membakar jiwa jiwa perjuang UMNO untuk terus berada dilandasan yang  akan membawa roh roh perjuangan dengan satu matlamat.

Dalam seruan yang diucapkan oleh kumpulan 5 M yang mana akan mendokong perjuangan UMNO dilihat tidak sehaluan dengan apa yang diperkatakan. Difahamkan kumpulan ini  5M  telah mendapat arahan  agar  memakai baju berwarna biru sebagai tanda protes dan desakan agar Najib Razak melepaskan jawatan yang dipilih secara sah dalam sistem demokrasi.

Jika demikian ,, maka benarlah Muhyiddin bukan lah berjuang untuk kepentingan parti,  malah tindakannya ini dilihat lebih kepada kepentingan jawatan  untuk kepentingan dirinya. Mana tidaknya saorang pejuang tulen  tidak akan tersungkur dengan jawatan dan akan meneruskan perjuangan walaupun tanpa jawatan.

Sepatutnya ini yang dilakukan oleh Muhyiddin dan bukan mencabar dan juga menidakkan jawatan presiden  yang dipilih secara sah dengan cara yang akan dilakukannya . Sementelah itu seharusnya setiap langkah yang diaturkan semestinya berlandaskan kepimpinan sedia ada

Namun sekarang kita sudah melihat bahawa, tindakan yang dikatakan ingin membela Melayu dalam UMNO adalah retorik  kesinambungan politik semata mata.

Perwakilan yang telah dipilih oleh akar umbi , seharusnya  berfikir secara matang dan bukan  secara logical dalam membuat keputusan  menyokong tindakan agar memakai baju biru. Seacara langsungnya  tindakan ini akan mencemarkan lagi kredibiliti perwakilan yang mana akan dikatakan tidak memahami asa perjuangan yang sebenarnya.

Ini bermaksud  para perwakilan  mesti memilih diantara dua, kepentingan  kekuatan saf  UMNO atau menjaga hati dua atau tiga orang yang hampir kehilangan kepentingan. Perwakilan adalah individu yang  bijak menilai yang mana kaca dan yang mana intan.

Jika dibiarkan semua ini berlaku maka perwakilan yang ada didalam dewan jika ada diantaranya  menyokong Muhyiddin itu adalah hak mereka , tetapi dari sudut kesetiaan kepada presiden  dan perjuangan dan kekuatan UMNO, maka mereka ini adalah diantara yang memecahkan saf saf UMNO yang telah terbina sekian lama.

Ingatlah jangan kerana saorang terkena getah nangka, maka semuanya akan terkena juga, jadi seharusnya yang terkena getah tersebut faham dan tahu bagaimana untuk menghilangkannya.

Justeru itu UMNO semestinya terus dipersadakan dalam agenda perjuangan untuk Agama Bangsa dan Negara dan bukan untuk membela individu yang kecewa. Ini amat penting bagi semua perwakilan menolak Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden dan juga dipecat dari UMNO.

Apa gunanya lagi, jika kelingking menjolok mata, apa gunanya lagi jika cacing masuk kemata, apa gunanya lagi jika kadok  naik junjung.

UMNO perlu diperhankan dalam apa juga bentuk ancaman. Kerana inilah wadah perjuangan yang ada untuk bangsa Melayu dan demi masa depan anak cucu di masa hadapan.

Image | This entry was posted in Saf mesti Diperkukuhkan. and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Pedulikan Kumpulan 5M, UMNO perlu Dipertahankan, Saf mesti Diperkukuhkan.

  1. hussaini bujang says:

    Pemimpin Sarawak bijak tidak menerima UMNO masuk Sarawak…lepas bala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s