RUU MKN -Jika Tidak Melakukan Kesalahan Mengapa Perlu Takut?


Oleh rmf

Pembangkang seakan telah dirasuk histeria apabila  mengatakan RUU Majlis keselamatan Negara  dibentangkan secara terburu buru. Apakah  yang ada dalam kepala pihak  pembangkang? Dalam konteks ini, sesiapa yang didapati berperanan mengkucar-kacirkan keamanan dan keselamatan negara boleh ditahan tanpa bicara.

Para wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mempertikai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dibuat secara terburu-buru di Parlimen, kerana ia membawa kepada salahguna kuasa.

“Kita tidak pun diserang pengganas”. “Negara polis “ “Menculik demokrasi”  Diantara ayat dangkal yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang apabila RUU Majlis Keselamatan Negara 2015 dibentangkan di Dewan parlimen baru baru ini.

Secara logiknya, jika pihak pembangkang tidak mempunyai niat untuk menarik kesetiaan kepada negara ini dan mempunyai semangat petriotik yang tinggi  semestinya mereka akan berasa gembira kerana pihak pihak pemerintah memikirkan isu keselamatan pada tahap yang tertinggi.

Cuba kita imbas kembali apa yang telah dilakukan oleh pembangkang terhadap negara ini,  Pembangkang satu ketika dahulu telah mendesak agar ISA dimansuhkan yang mana dikatakan amat kejam dan berkuasa menangkap sesiapa juga yang menganggu gugat dan bersabit dengan  isu keselamatan.

Pemansuhan ISA telah menjurus tindakan sewenangnya dari pihak pembangkang melakukan tindakan luar jangkaan pemikiran dan berusaha menggugat keselamatan dengan tindakan tindakan  demontrasi yang ganas ucapan yang menjurus kepada menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokrasi dan banyak lagi.

Setelah pemansuhan ISA  satu akta POTA dan SOSMA telah diperkenalkan dengan tergesa gesa dan telah banyak memberikan ruang kepada pesalah untuk menentang akta ini dengan perbicaraan yang adil dalam mahkamah.

Apakah setelah negara diserang penganas baru  kerajaan  tegesa gesa untuk membentangkan RUU Majlis Keselamatan ini? Ini adalah tidakan persediaan yang terlewat. Seharusnya isu isu keselamatan negara  tidak dipolitikkan. Akan tetapi pembangkang tidak memikirkan semua itu. Semua mereka lakukan hanta lah politik semata mata.

Seksyen 18 dari RUU itu yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan”. Tindakan ini amat wajar jika berlakunya  rusuhan atau pun serangan penganas atau musuh dari luar yang mengancam keselamatan awam.

Dikala ini apakah tindakan bermesyuarat diperlukan lagi. Tindakan awal seharusnya dilakukan segera demi keselamatan. Jika tidak  pada masa ini pihak pembangkang akan mengexploitasikan isu keselamatan yang lambat diambil tindakan oleh kerajaan. Ini lah sebenarnya  pihak pembangkang inginkan.

RUU ini memberi kebebasan yang luas kepada pemerintah dalam menentukan takat kestabilan sosial politik serta takat keselamatan nasional. Perkara ini perkara serius dan seharusnya  parti-parti komponen BN supaya bersama menyokong penggubalannya.

Satu ketika dahulu pembentangan Rang Undang-Undang pada 1960 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan digunakan terhadap ahli-ahli politik pembangkang. Benar tidak akan digunakan terhadap ahli politik, namun bila dilihat dari sudut keselamatan yang dilakukan , maka seharusnya satu tindakan diambil jika ianya menguguat keselamatan. Apakah ahli politik sewenangnya melakukan sesuka hati  dalam keselamatan negara ini.

Pra sangka pembangkang dalam melakukan tuduhan melulu terhadap kerajaan dimana akan menggunakan kuasa sewenangnya adalah hanya persepsi yang bersifat politik semata.   Sebeanrnya ancaman luar telah mula menapak dalam negara ini melalui fahaman fahaman politik, ianya seharusnya dikekang dengan satu peruntukan perundangan yang tegas dan cepat.

Maka RUU Majlis keselamatan ini bukan sahaja menjurus kepada persekongkolan ahli politik dengan musuh negara malah ianya merupakan persediaan awal untuk mmenanganinya dengan cepat tanpa  perlu tindakan mengambil masa untuk membuat keputusan .

Jadi, sebelum ini pembangkang telah berjaya mendesak kerajaan menghapuskan ISA dan disusli dengan gesaan terhadap kerajaan agar menghapuskan Akta Hasutan  pula. Jika kita perhatikan apakah tindakan desakan pembangkang ini menjurus kepada  menjaga keselamatan negara atau amat petriotik dengan semua akta yang melibatkan keselamatan perlu dihapuskan.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas dan besar kepada majlis itu dan Perdana Menteri untuk membuat peristytiharan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan jika didapati ‘diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana pihak yang menyebabkan bahaya kepada orang ramai’.

Tepat sekali, seharusnya pihak pemerintah memikirkan satu kaedah tepat dan cepat  demi menjaga keselamatan negara dan juga keselamatan rakyat dalam negara ini.

Sesuatu kawasan boleh diistihar sebagai satu kawasan keselamatan, terbuka kepada pentafsiran luas. Ini termasuk apa juga tindakan yang akan menganggu gugat keselaman negara dan awam.Dengan ini, akta itu MESTI  diluluskan, akan dapat mengekang tindakan sesuka hati pembangkang atau sesiapa juga dalam melakukan tindakan, hasutan, menarik kesetiaan pada negara, dan ucapan yang bertujuan memberikan impak keselamatan terhadap negara dan juga ancaman anasir luar.

RUU MKN diluluskan Dewan Rakyat malam semalam melalui undian suara dengan majoriti ahli Parlimen menyokong. Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.

RUU yang dibentangkan hanya dalam tempoh dua hari itu memberikan kuasa kepada anggota MKN yang diketuai Perdana Menteri untuk mengarahkan penahanan mana-mana individu tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Undang-undang Majlis Keselamatan Negara ini bukan bertujuan untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan darurat, sebaliknya hanyalah sebagai kawasan keselamatan. Kawsan keselamatan bermaksud satu satu kawasan yang  boleh dilebelkan  sebagai zon  tidak selamat dan perlukan tindakan pemantauan sepanjang masa.

“Kawasan Darurat” yang  dilemparkan oleh pembangkang adalah hanya untuk memperbodohkan pemikiran rakyat semata mata. Sesuatu kawasan darurat adalah disebabkan sesuatu keadaan tidakan terkawal  dan mempunyai ancaman yang mengugat keselamatan awam. Apabila Darurat diumumkan, bermaksud semua institusi politik tidak berfungsi,

Beberapa pihak di luar sana memberikan pandangan yang salah kerana kebanyakan pandangan mereka hanyalah berbau persepsi dan sentimen politik semata-mata.  Kita mesti sedar, isu-isu keselamatan semakin bertambah kompleks sekarang.

Namun, hari ini, pengganas seluruh dunia berada di dalam komuniti masyarakat, mereka bergerak di dalam siber, mereka mempunyai sumber kewangan yang besar, malahan mereka mempunyai kepakaran persenjataan yang sangat tinggi.

Seluruh dunia menghadapi isu keselamatan. Anda perhatikan negara maju seperti Perancis sendiri gagal mengesan mereka. Inikan pula Malaysia jika kita tidak berwaspada, sudah pasti mereka boleh menghuru-harakan negara kita bila-bila masa dan di mana-mana jua di hadapan anda.

Cukup cukup lah kepada pembangkang , jangan semua isu keselamatan mahu dipolitikkan, kita tidak perlu terlalu skapstik dan politicaligalitic dengan membuat tuduhan mudah kononnya RUU MKN ini memberikan kuasa politik yang lebih besar kepada Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain bahawa RUU MKN ini  adalah satu tindakan yang amat terbaik dilakukan oleh kerajaan  bagi memastikan ketepatan menguruskan ancaman extremis, terrorist dan sebagainya, jangan nanti apabila sudah berlakunya sesuatu serangan atau kejadian yang mengancam negara barulah  mahu bertindak.

Dalam hal ini secara kebertanggungjawab kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu keselamatan, sebaliknya kerajaan perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga mengurus keselamatan negara. Dalam keadaan aman kita sedang berhadapan dengan ancaman senyap. Ini yang perlu kita lihat secara mendalam.

Pihak pembangkan cukup la jagan isu keselamatan  semuanya  akan menjadi isu. Sebenarnya ianya adalah ketakutan kepada kepimpinan pembangkang untuk melakukan  dan menghasut dan memberikan ucapan  yang menjurus kepada  keselamatan negara demi kesinambungan politik.

Diktator, ayat yang amat lucu bila pihak pembangkang mengatakan bahawa  kerajaan akan bersikap dictator dalam RUU MKN ini, mana tidaknya sebenarnya  dictator itu telah lama wujud lam politik pembangkang sendiri.

Sebagai contoh yang nyata dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang terhadap etnik Melayu, DAP menggunakan kuasa diktatornya dalam Konvensyen DAP baru baru ini dimana orang yang kalah dilantik sebagai pengerusi dan yang menang  tidak dilantik.

Sikap tidak petriotik  kepada Rukun Negara dan Perlembangaan Malaysia ternyata  dilanggar oleh  pembangkang sewenangnya seperti yang selalu dipaparkan di media sosial  seperti  tidak menghormati lagu Negaraku (lagu Negara), tidak mengaku sebagai warganegara Malaysia, tidak hendak berucap dalam Bahasa Malaysia, menterbalikkan bendera Negara dan sebagainya.

Ini diantara pencetus kepada tindakan keselamatan negara. Adalah tanggungjawab pemerintah  untuk diberikan kuasa menangkap dan  memastikan tindakan  sedemikian tidak berlaku lagi demi kedaulatan negara ini.

Dalam banyak post yang telah memperkatakan bahawa jika sekiranya negar memerlukan kerahan tenagan dikala negara diserang adakah  pemimpin ini akan berada di barisan hadapan  untuk mempertahankan  kedaulatan  negara atau  beramai ramai berhijrah ke ngera lain untuk meyelamatkan diri masing masing.

Justeru itu RUU mKN adalah langkah bijak kerajaan  dan memandang kehadapan bagai memastikan tahap keselamatan negara berada di tahap yang paling bersedia dalam satu satu keadaan. Cukup la pembangkang   mempolitikkan isu keselamatan.

Jika anda tidak melakukan kesalahan  mengapa perlu takut?

Image | This entry was posted in RUU MKN -Jika Tidak Melakukan Kesalahan Mengapa Perlu Takut? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s