DEMI UMNO – Baca lah Wahai Pemimpin


Oleh rmf

Dari Semenanjung Emas ke Tanah Melayu dan kini  diberikan nama Malaysia. Nusantara Melayu yang dipopulasikan seramai hampir 300 juta satu bangsa yang dinamakan Melayu  dahulunya satu kelompok kekuatan Nusantara yang tidak mampu dikalahkan oleh mana mana pihak.

Kekuatan Melayu ini lah yang telah mernjadikan ianya satu bangsa yang agong di Nusantara. Bukan kerana  namanya Melayu akan tetapi  kerana kekukuhan ikatan yang dijalinkan sesame  Melayu.  Barat melihat Melayu adalah bangsa yang toleransi dalam banyak perkara, Mudahnya mereka menerima Islam tanpa ada tentangan dan pertumpahan darah sebagaimana kristian.

Ini telah menjadikan  cerdik pandai barat mengkaji sikap toleransi yang ada  dalam jiwa Melayu untuk digunakan sebagai satu rancangan jangka panjang untuk melunturkan kekuatan yang ada.

Kajian mendalam dilakukan dan mereka dapati bahawa Melayu mempunyai kekuatan semangat yang tiada tolok bandingnya. Dan mempunyai ketaatan mereka kepada pemimpin yang begitu tinggi sekali. Berabad lamanya kajian dibuat  dan akhirnya mereka mendapat satu fomula yang cukup baik  untuk melemahkan Melayu Nusantara.

Kekuatan ketenteraan tidak dapat melunturkan kekuatan yang ada pada Melayu, kaedah kekasaran dan brutal tidak kan mencapai apa juga matlamat untuk melakukan penjajahan. Akhirnya barat mendapati bahawa  Melayu adalah bangsa yang  menggunakan kaedah diplomasi  beradab  jika mahu bersama mereka.

Melayu yang sentiasa mahu  orang menghormati mereka dengan apa yang mereka amalkan. Inilah yang menjadi kunci serangan barat terhadap Melayu.Bangsa Melayu adalah bangsa yang mengenang budi, justeru itu  barat melihat dengan berbuat baik, Melayu akan pasti mengenang jasa tersebut dan akhirnya mereka akan mempertahankan orang yang berbuat baik terhadap mereka tanpa berfikir panjang.

Buktinya nyata ialah apabila  proses kemerdekaan negara dapat dimenterai dengan hanya dimeja rundingan tanpa sedikit pun berlakunya pertumpahan darah seperti mana mana negara dalam dunia ini. Ini amat berbeza dengan sejarah Indonesia dimana  Belanda terpaksa  bermatian untuk menjajah Indonesia dengan penentangan hebat  dibalas oleh warga Indonesia pada tahun 1946.

Setelah semuanya dapat digunakan secara diplomasi , maka penguasaan untuk mengambil khazanah  yang berharga di Tanah Melayu digunakan sebaiknya dengan pertolongan orang Melayu juga dengan meletakkan Melayu ke jawatan yang dibanggakan oleh Melayu sendiri.

Bermula saat itu, maka  barat akan menggunakan kaedah pecah dan perintah dengan membawa masuk tenaga buruh dan meletakkannya ke beberapa tempat yang difikirkan  terbaik untuk  mengwujudkan komposisi  kaum dalam bidang tertentu.

Tenaga buruh dari negara China diambil dan diletakkan di kawasan Bandar Bandar dan  mendominasi kawasan dengan perniagaan.

Kaum Cina pula mneubuhkan kongsi kongsi gelap yang mana bertujuan untuk menjaga kepentingan kepentingan perniagaan mereka dari ancama luar.

Seterusnya meletakkan kaum India di ladang ladang dan juga estet estet sebagai tenaga buruh lading dikawsan kawasan terpencil dan jauh dari pembangunan.

Seterusnya meletakkan Melayu yang mendominasi dalam bidang politik dan perundangan serta menjawat  jawatan jawatan dalam pentadbiran  dan menjaga dasar dasar kerajaan. Melayu diletakkan disini secara tersembunyinya akan terdedah kepada amalan rasuah dengan menetapkan kadar gaji yang rendah serta terpaksa berhadapan dengan pelbagai  cabaran luar yang akan menjurus  orang Melayu mengamlkan amalan rasuah.

Meletak bangsa Cina dikawasan Bandar telah memberikan pendedahan  kepada sistem perbankan yang mengamalkan riba. Dengan cara ini mereka dapat menguasai sector perniagaan yang lebih luas lagi dan mengembangkan bidang yang mereka sertai dan mendominasikannya.

Bangsa Melayu pula terpaksa tidak turut serta dalam sistem perbankan yang diwujudkan , ini adalah kerana ianya dilarang oleh agama. Dengan demikian  segala usaha yang  hendak dilakukan terdapatnya kekangan modal untuk menjadi ianya berdaya saing.

Selepas merdeka kerajaan cuba mengubal dasar dasar yang membolehkan Melayu bersaing  bersama bvangsa cina dikawasan Bandar. Sistem perbankan yang didominasikan oleh bangsa cina ternyata  telah mengagalkan hasrat  untuk Melayu bersaing.

Barat dalam usaha menjadikan Tanah Melayu terdiri dari kepelbagaian kaum telah menjurus kepada kegagalan sistem pendidikan sehingga sekarang. Sistem pendidikan berasaskan bangsa seakan tidak dapat diubah lagi.

Bukan itu sahaja , dengan mengwujudkan  banyak parti politik telah menyebabkan banyak prasangka dan agenda tersembunyi dilakar melalui agenda politik. Dengan demikian  semua bangsa seakan nampak bersatu , namun secara tersembunyinya mempunyai hasrat yang amat berbeza terhadap Tanah Melayu.

Kerajaan  dengan menggunakan dasar dasar yang berasaskan bumiputera telah memberikan keuntungan pada sebahagian daripada nya sahaja. Keuntungan  dasar bumiputera ini telah menguntungkan pada kebanyakan Melayu yang kaya untuk menikmatinya dan meminggirkan yang berada dibawah.

Agenda penjajah  dianggap berjaya sehingga sekarang, kita melihat bagaimana Melayu bergaduh sesame bangsa  dengan perkara perkara yang remeh dan tidak penting dan mengwujudkan perasaan curiga diantara bangsa yang lain.

Sebenarnya kita tidak pernah belajar melalui sejarah, Kita hanya belajar  sejarah melalui  mereka yang telah menang dan bukan belajar melalui kesilapan  kita mencipta sejarah yang gagal membentuk bangsa dengan berpandukan agenda barat.

Sehingga kini agenda pecah dan perintah masih lagi menghantui scenario kehidupan dalam masyarakat Malaysia, sekolah sekolah vernacular masih lagi tersergam dan terus menjadikan symbol perkauman yang terpilih dan terancang sebagaimana agenda penjajah dahulu.

Konsep nasionalis  semakin luntur dalam ikatan perpaduan . pra sangka diantara kaum terus menular dalam senyap. Kerajaan seakan tidak dapat berbuat apa pa  tindakan untuk menukar konsep sekolah berasaskan kaum kepada sekolah satu aliran.

Tentangan diberikan oleh kaum kaum lain, disini sahaja kita dapati bahawa konsep perkauman telah berakar umbi diterapkan dalam persekolahan  berasaskan kaum. Apakah akan berlaku dimasakan datang jika ianya tidak dapat dihapuskan.

UMNO sebagai parti yang memerintah seharusnya melihat ianya satu ancaman perpaduan dalam negara ini.  Peranan UMNO diperkecilakn oleh bangsa lain. Ini amat jelas bila kita melihat cadangan serta tindakan yang diambil semuanya disanggah oleh kaum yang berpaksikan pembangkang.

Didalam UMNO sendiri perpecahan mula menunggu belah, tindakan sesetengah pemimpin seakan mahu merobohkan tiang seri UMNO yang telah dibina atas dasar kekuatan dan penyatuan sudah dilihat tidak relevan lagi.

Kecaman serta teguran yang memihak kepada pembangkang dilakukan oleh  orang berjawatan. Kecaman yang menjurus kepada  perpecahan dalam Melayu sendiri.

UMNO dalam sejarah semakin longgar ikatannya. Penghayatannya semakin terhakis. Budi dan jasa UMNO yang dulunya bergelar Perikatan semakin jauh ditelan zaman. Anak-anak muda mula mengagungkan kebebasan mentafsirkan kemajuan dan masa depan agama,bangsa dan negara mengikut acuan mereka sendiri.

Golongan pengkritik seolah-olah meletakkan UMNO itu begitu hina sifat fizikalnya, begitu daif pada perwatakan serta ketrampilannya. UMNO digambarkan seakan sebuah parti yang mementingkan  bangsa Melayu sahaja akan tetapi dalam sudut pemerintahan UMNO terus menjadi satu parti yang cukup bertanggungjawab.

Sekarang kita lihat UMNO sudah dilihat sebagai satu parti yang kosong, sebuah parti yang using didalamnya, tiada mempunyai roh roh perjuangan orang Melayu. Satu ketika dahulu UMNO adalah sebuah parti yang cukup agong dimata orang Melayu. Kesilapan meletakan kepimpinan telah menjadikan UMNO semakin dipinggirkan oleh  orang Melayu terutama anak muda.

Memperkecilkan peranan UMNO tetapi apalah malangnya apabila orang-orang Melayu sendiri tanpa segan silu menolak UMNO, orang Melayu sendiri memperkecilkan UMNO, orang Melayu sendiri mengaibkan UMNO dan ditangan orang Melayu sendirilah tersedia belati untuk menikam dan meracik UMNO daripada dalam.

Kita sekarang sedang berhadapan dengan agenda jangka panjang yang diolah penjajah  dengan kajian yang mendalam mengenai orang Melayu. Orang Melayu yang dulunya amat dihormati dan kini telah menjadi seakan sampah dalam negaranya sendiri.

Kebijaksanaan penjajah mengolah kedudukan kaum dalam negara ini telah menyebabkan keruntuhan intergriti orang Melayu sendiri. Percakaran sesame sendiri sek jawatan dan kerakusan mencari kekayaan telah membiarkan UMNO itu sendirian tanpa ada yang memperdulikannya lagi.

Jika dahulu UMNO telah membentuk satu gagasan yang cukup baik untuk orang Melayu bergerak maju kehadapan , bersaing dengan bangsa lain dalam kepelbagian sudut yang diceburi. Namun  kerana ada orang-orang Melayu yang lupa sejarah dan buta pengertian tentang kemelayuannya, mereka melihat UMNO itu sebagai benteng yang menghalang mereka lebih bebas melakukan apa yang mereka inginkan.

Kita perlu sedar bahawa UMNO telah mengadaikan segalanya termasuk harta untuk melihat bangsa Melayu terbela dimasa akan datang.  Tetapi alangkah kecewanya hati para pejuang dahulu jika mereka masih lagi bernafas melihat anak anak Melayu yang telah menikmati kemakmuran yang diperjuangkan oleh UMNO melalui pendidikan kini bangsa ini juga sedang mengigit tangan UMNO.

UMNO dengan agenda perjuangannya yang cukup jelas iaitu Agama, Bangsa dan Tanahair seakan sudah tidak menapak dihati kepimpinan Melayu hari ini. Agenda yang memertabatkan  Agama iaitu Islam, Bangsa  iaitu Melayu dan Tanah air iaitu Tanah Melayu semakin hari kian dilupakan.

UMNO hari ini seakan sedang diikat dan dibakar hidup hidup oleh kepimpinan dalam pemuda, puteri , wanita dan juga kepimpinan tertinggi yang mana sebahagiannya  amat rakus mengejar populariti berjawatan dan kerakusan untuk mengejar kekayaan.

Adakah satu dua pemimpin Melayu yang masih ada hari ini sedang beragenda untuk menghantar UMNO ke dalam lubang untuk dikambuskan dan sanggupkah satu dua pemimpin UMNO yang ada hari ini melihat UMNO akan berkubur kerana mereka lebih rela mempertahankan kerakusan mereka dari mempertahankan UMNO?Sanggupkah mereka meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada maruah dan masa depan UMNO itu sendiri?

Jawapannya sudah pasti kita sedang melihat apa yang sedang berlaku sekarang,  mereka ini sedang  “berperang” dengan kepentingan diri mereka dan melupakan  bahawa UMNO sedang  manarik nafas nafas terakhirnya untuk ditalkinkan .

Masyarakat Malaysia terutama UMNO harus sedar dan bangun dari mimpi, mereka harus hidup dengan berpaksikan perjuangan yang sebenarnya dalam pada masa yang sama  hidup dalam suasana yang harmoni antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit dan sebagainya.

Hari ini terbukti, kerana kita marahkan seekor nyamuk, tanpa berfikir panjang,kita sanggup membakar sebuah rumah. Hari ini protes rakyat seakan sudah tidak terkawal. Mungkin ramai yang termenung selepas keputusan yang dikeluarkan terutamanya orang Melayu?

Adakah hari ini kita bertambah selesa dengan kemenangan pembangkang yang sudah menjadi kerajaan? Adakah hari ini kita selesa dengan DAP (Cina) berbanding MCA (Cina) yang lebih baik berbanding DAP yang keras pendekatan politiknya terhadap ketuanan Melayu?

Kerana syurga yang dijanjikan oleh DAP , Melayu yang dahulunya amat setia pada bangsa Melayu kini bergandingan tangan bersama sabuah parti  yang ditubuhkan oleh PAP  untuk menjalankan misi  sulit dan terancang terhadap Malaysia dan orang Melayu khususnya.

Pilihan rakyat dalam pilihanraya telah jelas menunjukkan seolah-olah jasa UMNO semakin dilupakan. Yang lebih malang apabila Melayu sendiri melupakan UMNO. Hari ini UMNO perlu bangkit untuk menyedarkan orang Melayu bahawa mereka masih tetap relevan dalam kancah politik Malaysia dalam membela nasib Melayu. Orang Melayu perlu diingatkan dan disedarkan.

DAP pecahan PAP yang merupakan parti didikan Lee Kuan Yuew (Singapura) yang sedang mengintai peluang untuk meratah kemewahan Malaysia yang telah menjadi idaman keseluruhan DAP selama ini. Kita lihat sahaja bagaimana Lee Kuan Yuew sanggup menaiki kereta  dari Singapura ke Pulau Pinang untuk meraikan kejayaan DAP menakluk pulau tersebut dalam pilihanraya.

Kini Melayu DAP PKR sudah cukup berbangga dengan kejayaan yang mereka kecapi  bersama DAP. Kegirangan  bersifat sementara dinikmati. Melayunya kini sudah menjadi bangsa yang merempat dibumi sendiri dan Apabila Dasar Ekonomi Baru ( DEB) yang digagaskan oleh Tun Razak telah dimansuhkan di Pulau Pinang,

Sejarah tidak pernah membohingi kita, lihat sahaja apa yang telah berlaku di Perak. Kerana Melayu (PAS) tidak menang majoriti mudah kerusi DUN Perak, maka kerana ini DAP menolak calon MB (Melayu PAS). Hakikatnya jelas kita diperlekehkan bangsa lain apabila Melayu hilang kuasa majoriti dalam politik

Apakah ianya bukan isyarat yang cukup jelas yang perlu difikirkan oleh orang Melayu sendiri bahawa Chauvanis adalah tetap dengan bangsanya dan bukan selain daripada itu. Sedar atau tidak Melayu yang diagihkan dengan gula gula janji DAP kini merenung jauh kehadapan tanpa kampung halaman di Pulau Pinang.

Jika kita lihat apa yang berlaku sekarang , mungkin pada masa akan datang Melayu DAP ini juga akan meminta agar hak hak keistimewaan orang orang Melayu diberikan kepada DAP untuk dinikmati bersama.

Akhirnya Melayu akan dikenali sebagai satu bangsa yang tiada mempunyai apa apa ditanahnya sendiri dan seterusnya meminta minta kepada DAP agar diberikan belas kasihan untuk mendapatkan sesuatu. Kita tunggu saat dan ketikanya jika pada masa sekarang Melayu UMNO terus bercakaran tanpa hernti.

Melayu UMNO dan Melayu DAP seharusnya berbangga kerana kita telah berjaya memusnahkan ketuanan melayu dan membuka pintu Melayu kita dengan rela supaya kaum dan bangsa lain menyerbu masuk untuk memusnahkan segala yang orang Melayu miliki selama ini.

UMNO seharusnya kembali kelandasan perjuangan asal yang mana menitikberatkan perjuangan Agama Bangsa dan Negara, jika semuanya sudah menjadi bubur dan UMNO sudah ditalkinkan , tiada apa yang harus diperjuangkan lagi. Tunggu sahaja penjajahan yang  bakal dinikmati bersama sama akibat kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin hari ini.

Penjajah dahulu tengah melakarkan bentuk  politik perkauman yang dasyat di Malaysia dan kesannya kita nikmati hari ini. Pecahan kaum pada tiga tempat berbeza telah mengakibatkan Melayu amat ketinggalan dalam ekonomi. Sekarang Usah bicara soal ekonomi yang telahpun menunjukkan bangsa lain menguasainya tatkala Melayu masih lagi merangkak. Ini lah kesannya.

Mudah-mudahan orang Melayu kembali untuk berfikir apakah rasional untuk mereka terus melupakan UMNO dalam keadaan sejarah telah membuktikan jasa dan pengorbanan UMNO terhadap orang  Melayu. UMNO sedang menuju ke pintu gerbang tanah perkuburan dan bakal menjadi satu lagi catatan sejarah

Image | This entry was posted in DEMI UMNO – Baca lah Wahai Pemimpin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s