Hanya Yang Buta Tuli Sahaja Akan Sokong Kenyataan Lim Kit Siang


Oleh rmf

“Cari Makan” dalam istilah politik bukan sahaja menjurus kepada projek dan juga apa juga sumber untuk memperkayakan diri, namun dalam politik istilah “Cari Makan” itu boleh juga menjurus kepada isu politik.

“Cari Makan” dalam isu politik  adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan menyokong satu satu isu agar ianya memberikan pulangan dan memperlihatkan sesabuah parti tersebut dianggap “hero”. Tetapi dalam agenda tersembunyinya mengharapkan kredit daripada isu tersebut.

Lim Kit Siang telah mengistiharkan bahawa beliau telah  berada dalam politik Malaysia selama 50 tahun dan tidak pernah mengamalkan “politik Cari makan”, percaya atau tidak kenyataan tersebut, selama ini Lim Kit Siang hanya mengharapkan gaji dan elaun wakil rakyat sahaja..

Kenyataan untuk menutup keburukan diri semata mata, Siapakah yang tidak kenal amalan yang dilakukan oleh DAP dalam pemerintahan mereka, siapakah yang tidak nampak bagaimana DAP mengalami banyak skandal yang tersembunyi.

Dari percakapan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang adalah diantara satu baris ayat yang ingin membuat tuduhan terhadap parti memerintah iaitu Barisan Nasional secara simboliknya.

UMNO dan Barisan Nasional di Malaysia seperti yang dikertahui banyak pihak adalah sebuah parti yang berfikiran terbuka  untuk mencapai bersatu padu, harmoni, demokratik, adil dan makmur negara model yang mana boleh  mempamerkan kepada dunia kehidupan masyarakat yang berbilang kaum, berbilang agama, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa pembinaan negara yang berjaya.

Keharmonian yang telah dikecapi ini telah banyak kali uji oleh pembangkang PKR , DAP dan sekutunya  dalam berbagai episode  demontrasi jalanan untuk menuntuk apa yang mereka percayai sebagai hak hak yang berlandaskan  hak kemanusiaan dan hak bersuara  yang diperuntukkan.

Cuba kita lihat sahaja bagaimana pembangkang di Parlimen , setiap kali pembentangan dibuat oleh  kerajaan , sudah pastinya ada mulut mulut sumbang yang  ditugaskan untuk mengganggu ucapan pembentangan  pada isu  politik, ekonomi, tadbir urus dan pembangunan. Kegagalan sikap untuk mendengar dan menghormati  pembentangan dibuat akan menganggu sedikit sebanyak urusan  denyut suara nadi dari rakyat untuk di perdenarkan dan dibahaskan.

Setiap kali pembentangan  nyata dilihat kegagalan  pihak pembangkang untuk bersama sama melakukan penambah baikan dalam cadangan serta isu yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat. Sekali gus ianya menunjukkan bahawa pembangkang hanya mahu melihat kegagalan  yang dibawa oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Inilah yang sebeanrnya berlaku.

Ia adalah bukti mengejutkan bahawa selepas 58 tahun pembinaan negara, pembangkang masih berfikiran sempit, pelampau dan pemikiran yang tidak toleran di negara ini yang mana  jelas bercanggah dengan Dasar 1Malaysia termasuk yang terus mengambil kira sentiment sensitivity masyarakat Malaysia sebagai orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan sebaliknya identiti kebangsaan rakyat Malaysia itu masih berada dalam kelompok perkauman yang menjadi amalan DAP dalam sitem pentadbirannya.

Walaupun terdapat perbezaan etnik dan agama mereka, berkongsi satu identiti Malaysia, masih juga terdapat usah usaha untuk menghapuskan identity sesuatu bangsa itu  dilakukan. Sebagai contohnya bagaimana mereka DAP mula melakukan penghapusan bahasa jawi dipapan tanda, menghilangkan bahasa Melayu di papan tanda dan mencadangkan bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa perantaraan.

Sepatutnya semua ini tidak mungkin berlaku dalam masa  tempoh 58 tahun pembangunan negara , dan sekali gus ianya membuat sebilangan besar rakyat Malaysia berfikir apakah  sumbangan DAP dalam memastikan keharmonian dan kepentingan etnik lain dipertikaikan?

Tetapi kita lihat mereka yang menyokong apa yang dilakukan oleh DAP serta pembangkang yang lain adalah golongan yang berfikiran sempit, ekstremis dan sikap perkauman dan agama dan tidak toleran serta tidak layak untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Sekali gus mereka ini telah  melanggar sumpah sebagai Ahli Parlimen “Memastikan bercakap  yang benar dan setia kepada Malaysia” dan untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan”. Apakah ianya  sekadar ucapan yang dilafazkan hanya untuk suka suka sahaja.

Sudah tiba masanya elemen ini berfikiran sempit, pelampau dan tidak bertolak ansur terhadap lain lain etnik  ditolak secara total oleh  rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa atau agama Malaysia dengan sendirinya boleh berdiri dalam suasana harmoni tanpa provokasi perkauman sebagaimana dilakukan oleh Namewee dan Alvin  Tan tanpa apa pun sanggahan daripada  DAP dan sekutunya, malah dalam simboliknya  mendiamkan diri seakan menyokong tindakan tak bertamadun tersebut.

Inilah dilema yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia, keperluan untuk mencap[ai tahap satu pemikiran baru apabila mereka berhadapan dengan pelbagai krisis nasional yang melanda negara ini – Sepatutnya isu yang melanda tidak disulami dengan hasutan dan provokasi, malah ianya harus ditangani dengan rasa kebertanggung jawaban oleh semua pihak.

Menagguk diair keruh  yang menjadi amalan pembangkang dan sekutunya adalah untuk memberikan impak yang lebih besar terhadap kerajaan dan memberikan pulangan  faedah politik  kepada mereka. Pada kebanyakan isu mereka terus menerus memberikan tekanan kepada kerajaan, sepatutnya mereka bersama sama kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Kejatuhan tadbir urus yang baik dan prinsip-prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam kehidupan awam  yang dilaungkan oleh DAP todak pernah menjadi amalan seharian dalam pemewrintahan mereka, malah mereka sendiri membelakangkan nilai nilai yang diucapkan tanpa mereka  memikirkan hak hak rakyat yang harus diperjuangkan.

Pakatan Harapan – yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti AMANAH – sedang berusaha untuk mencapai kemenangan dalam PRU14. Segala usaha dilakukan dengan cara tersembunyi atau tidak sedikit sebanyak telah dilihat sebagai satu ruang politik yang tidak sihat . Ianya dapat dilihat bagaimana pemecahan yang dilakukan atau dalam erti kata lain melakukan “rampasan” kerusi dengan cara  tidak demokratik.

Walau bagaimanapun atau apa juga rancangannya, ia masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kuasa-kuasa politik baru dan perkembangan politik semasa boleh menggoncang pemerintahan Najib dan kawalan struktur UMNO jika semua agenda pembangkang dilihat  memainkan politik perkauman sebagaimana kita lihat  keluhan rakyat Pulau Pinang sekarang.

Image | This entry was posted in Hanya Yang Buta Tuli Sahaja Akan Sokong Kenyataan Lim Kit Siang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s