Boikot McDonald’s Bukan Cara Jika Tidak Tahu Fakta Sebenarnya


Oleh rmf

Dalam artikel pada kali ini saya akan memfokuskan kepada McDonald’s yang dikatakan penyumbang kepada kerajaan Israel dan seterusnya menyumbang kepada Israel Defense Forces yang membantai Gaza bukan sahaja baru-baru ini malah sudah berpuluh-puluh tahun lamanya sejak tahun 1948.

Saya tak pasti jika ada alasan atau sebab lain mengapa McDonald’s harus diboikot, tapi yang pastinya semuanya berkaitan dengan sumbangan yang disalurkan kepada JUF.

Perlu kita ingatkan bahawa McDonald’s Malaysia seperti yang kita semua sudah tahu dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd yang juga dimiliki oleh McDonald’s Corp melalui syarikat mereka seperti dibawah:

Golden Arches Sdn Bhd ini tidak dimiliki oleh anak tempatan atau mana-mana syarikat milik tempatan.

McDonald’s Malaysia juga telah menjelaskan kedudukan mereka tentang serangan Israel ke atas Gaza, pemilikan francais, bayaran royalti kepada McDonald’s Corp sebagai balasan menggunakan jenama McDonald’s di sebuah akhbar di Malaysia.

Berapakah bayaran royalti yang dibayar kepada McDonald’s Corp? Mengikut penyata kewangan Golden Arches Sdn Bhd yang sudah diaudit oleh firma audit Ernst & Young dibawah:

McDonald’s Malaysia pada tahun 2012 mencatatkan hasil sebanyak RM1.19 bilion , dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM162 juta dan keuntungan bersih selepas cukai RM113 juta. Ini bermakna cukai pendapatan yang dibayar McDonald’s Malaysia kepada kerajaan adalah sebanyak lebih kurang RM50 juta.

Bayaran royalti kepada McDonald’s Corp di USA adalah sebanyak 5% daripada jumlah jualan kasar, disini dengan menganggap semua hasil McDonald’s adalah daripada jualan di restoran sebanyak RM1.19 bilion di atas (McDonald’s juga mempunyai perniagaan iaitu perniagaan hartanah dan syarikat pencuci) jumlah royalti yang dibayar adalah lebih kurang RM60 juta atau US$20 million.

Daripada hasil McDonald’s Corp yang lebih daripada US$28 bilion pada tahun 2013, berapakah jumlah peratusan sumbangan McDonald’s Malaysia sebanyak US$20 million tersebut? Ya lebih kurang 0.07% sahaja daripada hasil besar McDonald’s Corp yang datang dari seluruh restoran milik mereka dalam dunia.

Pada pendapat anda adakah $20 million ini sampai ke Israel (sebenarnya JUF) walaupun seperti yang diterangkan di atas Matching Gift programme hanya terhad kepada MCDonald’s US sahaja?

Daripada hasil McDonald’s Corp yang lebih daripada US$28 bilion pada tahun 2013, berapakah jumlah peratusan sumbangan McDonald’s Malaysia sebanyak US$20 million tersebut?

Ya lebih kurang 0.07% sahaja daripada hasil besar McDonald’s Corp yang datang dari seluruh restoran milik mereka dalam dunia. Jadi amat jelas sekarang bahawa McDonald’s Malaysia secara langsungnya tidak terlibata dan tidak ada bukti langsung dalam sudut kewangan menyalurkan bantuan kepada Israel.

Memboikot tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan kepada syarikat korporat yang membantu Israel dari segi kewangan dan juga kepakaran dalam bidang ketenteraan.

Tidak perlulah dihina atau dicaci mereka yang bekerja di McDonald’s juga yang masih terus membeli dan makan di McDonald’s. Bagi saya dan orang lain tiada bukti jelas di mana McDonald’s menyalurkan sumbangan kewangan kepada Israel (JUF adalah) apatah lagi sumbangan kepada tentera Israel yang membantai Gaza sejak dulu lagi..

Tidak perlu saya sentuh sumbangan McDonald’s Malaysia kepada peluang pekerjaan, peluang perniagaan, cukai dan sebagainya kepada Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia lebih bijak menilai.

Sebenarnya terlalu banyak peluang yang ditawarkan oleh McDonald’s kepada rakyat Malaysia ini termasuklah bidang yang melibatkan francais yang mana dikendalikan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Berbalik kepada sebab-sebab di atas, untuk merungkai persoalan sumbangan dana kepada Israel seeloknya kita mengupas bagaimana McDonald’s menyalurkan dana kepada JUF ini.

Adakah McDonald’s membayar sejumlah wang mengikut peratusan keuntungan mereka kepada JUF? Ataupun ada jumlah tetap dibayar kepada JUF?

Setakat pemdedahan ke atas laporan tahunan McDonald’s daripada tahun 2000 sehingga tahun sebelum ini termasuk juga penyata kewangan yang telah diaudit tiada bukti jelas menunjukkan sumbangan kewangan McDonald’s Malaysia kepada JUF apatah lagi kepada Israel.

Yang hanya saya temui adalah di laman web JUF iaitu program Matching Gift iaitu sebuah program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan.

Dan program Matching Gift ini tidak terhad kepada JUF sahaja. Mana-mana badan yang berdaftar di bawah undang-undang US [Kod Hasil Pendapatan Seksyen 501 (c) (3)] boleh menerima sumbangan melalui program Matching Giftdaripada McDonalds.

Progam Matching Gift ini bukanlah perkara baru. Banyak lagi syarikat korporat besar yang menjalankan program seperti ini sebagai salah satu daripada Corporate Social Responsibilty (CSR) dan juga salah satu cara mengurangkan bayaran cukai pendapatan kepada kerajaan US.

Anda boleh menyemak syarikat yang mempunyai program Matching Gift dan membenarkan pekerja mereka menyumbang kepada JUF di laman web JUF sendiri di sini: JUF Donate-Matching Gift.

Apa yang ingin disampaikan sampaikan adalah, susah untuk kita kaitkan sumbangan McDonald’s kepada JUF yang sampai kepada mereka yang melakukan kezaliman di atas bumi Palestin tidak kira di Gaza atau di Tebing Barat.

Sumbangan korporat kepada JUF dibuat mengikut program-program khusus untuk pendidikan, sosial, budaya dan tiada langsung untuk program ketenteraan.

Dibawah saya sertakan Polisi Program Employee Matching Gifts oleh McDonald’s Malaysia

Source: McDonald’s

Wajar juga diketahui bahawa program Matching Gift ini hanya ada di USA sahaja. Pekerja McDonald’s di negara lain tidak boleh menyertai program ini.

Dan untuk pengetahuan anda McDonald’s Corp dan kebanyakan syarikat korporat lain termasuk Apple Inc, Google Inc, Ban of America Corp juga tersenarai di bawah syarikat yang mempunyai program Employees Matching Gift untuk Islamic Relief USA.

Anda boleh menyemak senarai tersebut seperti mana anda menyemak senarai tersebut di laman web JUF di sini: Matching Gift Program – Islamic Relief USA.

Islamic Relief USA juga adalah antara penyumbang terbesar kepada Palestin: Islamic Relief USA – Palestine

Selain daripada Matching Gift ini tidak terdapat bukti jelas McDonald’s Malaysia menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel. Seperti yang kita sedia maklum McDonald’s adalah sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE).

Syarikat Awam tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) US di mana segala perbelanjaan perlu diaudit dan dilaporkan untuk tujuan percukaian dan sebagai tanggungjawab kepada pelabur awam.

Saya rasa tidak perlu diterangkan siapa pemilik McDonald’s Corp kerana sebagai syarikat awam sudah tentulah McDonald’s dimiliki beribu pelabur yang memiliki saham McDonald’s. Antaranya adalah syarikat pelaburan, insitusi kewangan dan sebagainya yang boleh dirujuk di sini: Morningstar – McDonald’s Major Shareholders.

Dan jika ada orang lain rasa tak perlu boikot McDonald’s mereka juga ada hak mereka dan anda juga tidak patut menafikan hak mereka. Tetapi mengetahui semua fakta sebelum melakukan sesuatu adalah tindakan orang yang amat bijak.

Tiada siapa yang waras fikirannya tidak akan sedih dan marah melihat kekejaman tentera Israel yang membunuh penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa.

Saluran kemarahan anda juga eloklah disalurkan kepada mereka yang benar-benar membantu Israel dari segi ketenteraan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dengan menduduki tanah Palestin dan lain-lain.

Cuba elakkan memalukan mereka yang tidak memboikot McDonald’s dan beradablah. Jangan merosakkan harta persendirian dan menganggu-gugat ketenteraman awam. Sedang kita mengutuk kekejaman zionis di Gaza, jangan pula kita lupa untuk buang sifat-sifat persis zionis di dalam diri kita.

Image | This entry was posted in Boikot McDonalds Bukan Cara Jika Tidak Tahu Fakta Sebenarnya and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Boikot McDonald’s Bukan Cara Jika Tidak Tahu Fakta Sebenarnya

  1. usin patalon says:

    Penyumbang terbesar dana ketenteraan israel ialah kerajaan amerika sendiri. Kalau nak boikot mc donald atas tujuan membela palestin, sepatutnya boikot apa sahaja produk dari amerika kerana tentunya syarikat di amerika adalah penyumbang cukai yg akhirnya disalurkan kepada israel. Jika tidak mampu menahan nafsu membeli produk amerika, jgn la merepek boikot mc donald yg bnyk bayar cukai dan memberi kerja kpd anak tempatan kita. Kalau boikot atas dasar kesihatan, akupun setuju.

  2. Pingback: Fakta Menolak Tohmahan McDonald’s Malaysia Menyumbang Kepada Israel. | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s