1000 Pelajar Terima Sumbangan Kelengkapan Sekolah Dari Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin


Oleh rmf

Dalam mengharungi kehidupan seharian, ramai rakyat  dan syarikat syarikat atau GLC di Malaysia cuba menyelami secara mendalam sebilangan  keperluan yang diperlukan untuk anak anak kecil yang layak diberikan bantuan untuk  memulakan persekolahan tahun hadapan.

Pada musim cuti sekolah, program  kembali ke sekolah banyak dilancarkan oleh badan badan koporat dan juga  badan badan amal serta tidak kurang dari Ahli Ahli Parlimen dan juga individu. Tujuannya adalah sama  iaitu untuk  memberikan semangat pelajar  belajar dan memduduki persekolahan pada tahun hadapan serta memenuhi kekurangan jika ada

Keperihatinan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid telah menetapkan dalam jadual tahunannya  sebagai rutin  untuk mempersiapkan anak-anak di kawasan Parlimennya dengan kelengkapan persekolahan yang mencukupi untuk tahun hadapan..

Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, Datuk Noor Ehsanuddin sudah pastinya mahu melihat  tiada saorang pun yang tertinggal dan juga kekurangan  yang mana boleh menyebabkan  semangat untuk belajar hilang disebabkan sedikit kekurangan persiapan.

‘Back2School’ telah mengumpulkan  seramai 1000 orang pelajar dari 26 buah sekolah  di keseluruh Parlimen Kota Tinggi untuk diberikan bantuan. Bantuan berupa bag persekolahan dan botal air adalah sumbangan yang amat berharga  untuk pelajar .

Saban tahun, kegembiraan dan senyuman diterjemahkan melaui riak  cahaya muka dan ketawa dikalangan pelajar sekitar Parlimen Kota Tinggi. Sudah pastinya  ianya akan memberikan sedikit kelegaan kepada ibu bapa dan sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan pembelian bag sekolah.

Bantuan ini telah diserahkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi sendiri  di Dewan SK Muzaffar Syar, Air Tawar 3, Dewan Kg. Felda Pasak, Kota Tinggi dan Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Easter Kota Tinggi

Dalam pembentangan bajet 2016 yang lalu, sebanyak RM41 billion telah diperuntukkan dalam bidang pendidikan dan  sudah pastinya kita melihat bahawa kerajaan yang sedia ada sekarang iaitu kerajaan Barisan Nasional amat menitikberatkan sistem pendidikan yang  bergerak seiring dengan perkembangan serta keperluan negara masa ahadapan.

Sejak dahulu lagi kerajaan Barisan Nasional terus memikirkan  bantuan bantuan yang bersesuaian untuk pelajar yang berkelayakan untuk menikmatinya agar ianya  bukan lagi halangan untuk para pelajar terus menongkah kejayaan  masa depan.

Bantuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), bantuan kelengkapan persekolahan serta bantuan  kewangan berjadual diberikan kepada pelajar yang layak. Bukan itu  sahaja  kerajaan Barisan Nasional juga meyediakan skim Biasiswa  Perkekutuan, Bantuan kewangan dari Pusat Zakat dan semuanya ini adalah menjurus kepada memenuhi keperluan dan kekurangan pelajar.Bantuan

Persekolahan sebanyak RM 100. Ianya akan diteruskan pada tahun hadapan yang mana Bantuan RM 100 akan diberikan kepada pelajar yang penjaga mereka mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM 3,000. Ini termasuk bantuan tahunan untuk pelajar yang bermasalah dan menduduki program skim Khas atau kelas Pendidikan khas juga diberikan bantuan.

Datuk Noor Ehsanuddin  Ketika ditemubual pada majlis berkenaan, berkata :

Pada pembentangan Bajet baru-baru ini, pelajaran mendapat peruntukkan RM41 bilion. Kerajaan melabur kepada pendidikan kerana pelajar yang berjaya bukan sahaja dapat membantu ibu bapa tetapi kepada kerajaan apabila mereka bekerja dalam pelbagai sektor kelak.

Jelasnya, anak-anak yang kurang cemerlang juga tidak diabaikan kerana kerajaan menyediakan pelbagai peluang kemahiran atau vokasional.

“Dalam Bajet 2016, kerajaan sediakan RM4.8 bilion bagi mensasarkan 1.5 juta pekerjaan baru berkemahiran TVET menjelang 2020. Ini termasuk utnuk lebih 400 ribu pelajar yang tidak berjaya masuk universiti. Mereka ini boleh mengikuti latihan di mana-mana 545 institut TVET,” -BNBBC

Jelasnya, anak-anak yang kurang cemerlang juga tidak diabaikan kerana kerajaan menyediakan pelbagai peluang kemahiran atau vokasional.

Bantuan ‘Back2School’ ini masuk tahun kedua dianjurkan oleh pihak Yayasan Mesra. Sebanyak RM 70 Ribu telah diperuntukkan untuk memberi kelengkapan ini kepada anak-anak yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan.

Selain itu, pada majlis berkenaan juga Datuk Ehsan telah menyampaikan sumbangan daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kepada 200 asnaf yang akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan.

Sekalung tahniah diatas segala usaha yang dilakukan  oleh semua pihak terutama  Datuk Noor Ehsanuddin dimana saban tahun  telah mempersiapkan jadual “Back2School” lebih awal bagi memastikan segala keperluan anak anak  pelajar dibawah Parlimennya tidak terabai.

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s