SPAD Susun Semula Rangkaian Bas Henti Henti- 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas Di Greater Kuala Lumpur Dan Lembah Kelang


Oleh rmf

Inisiatif,rancangan dan program baharu, seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), menjadi prasyarat dalam mencapai visi negara. Pengangkutan awam merupakan komponen penting bagi kedua-dua inisiatif transformasi tersebut.

Hal ini terbukti dalam GTP Pengangkutan Awam, Bidang Keberhasilan Utama Negara yang menekankan keperluan untuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam daripada 17 peratus kepada 25 peratus pada tahun 2015, menambah baik kebolehpercayaan dan tempoh masa perjalanan, serta meningkatkan keselesaan, kesenangan serta akses kepada perkhidmatan.

Pada masa yang sama, ETP juga telah menyasarkan peningkatan kedudukan ibu kota negara serta kawasan sekitarnya bagi meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara teratas yang sesuai didiami.

Sememangnya peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam darat menjadi keperluan bukan sahaja di kawasan bandar, malah di pinggir bandar juga. Untuk mencapai objektif ini, kita memerlukan satu rancangan bersepadu pengangkutan awam pada semua peringkat.

Kerajaan telah mengambil  langkah awal ke arah perancangan bersepadu melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Salah satu inisiatif utama SPAD dibawah fungsi dasar dan perancangan ialah memperkenalkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang menyeluruh bagi tempoh 20 tahun.

Cabarannya sekarang ialah menterjemahkan dasar dan strategi yang disenaraikan dalam rancangan tersebut kepada penambahbaikan yang dapat diukur serta dinikmati di seluruh negara

SPAD juga telah memastikan rancangan induk ini mematuhi objektif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, bahawa sistem pengangkutan awam hendaklah berteraskan rakyat, dimana ianya mengimbangkan keperluan mobiliti disamping mengekalkan dan meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar dan pinggir bandar.

Untuk tujuan itu, tidak seperti perancangan pengangkutan biasa, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara memberi tumpuan kepada pergerakan orang dan barangan, berbanding pergerakan kenderaan.

Sebelum, perubahan laluan baru ini dibuat, SPAD telah bermesyuarat bersama syarkat syarikat bas  setahun yang lalu dan telah mencapai persetujuan dan kata sepakat untuk menukar laluan.

Perubahan dan pertukaran laluan ini  memberikan banyak faedah kepada pengguna dan juga memendekkan masa perjalanan.  Dalam perjanjian itu juga  mana mana syrikat bas yang mempunyai bas yang agak usang akan digantikan dengan bas yang baru  secara berperingkat.

Dengan cara ini secara tidak langsung  syarikat bas akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada perngguna dan sekali gus akan menaik taraf  mutu perkhidmatan. Penyusunan laluan telah dipersetujui bersama,  Dibawah ini disertakan pecahan syarikat bas yang  terlibat dengan laluan yang dipersetujui.

Sebagai pengguna sudah pastinya ingin mengetahui  juga pecahan koridor serta nombor bas yang akan memberikan perkhidmatan dikawasan kawasan yang terlibat.

Dibawah ini 8 koridor di bawah untuk mengetahui laluan dan nombor bas yang melalui laluan yang ditetapkan.

Koridor Jalan Ipoh
Koridor Jalan Pahang
Koridor Ampang
Koridor Cheras
Koridor Sg Besi
Koridor Jalan Klang Lama
Koridor Lebuhraya Persekutuan
Koridor Damansara.

Segala persetujuan yang telah dibuat  diantara syarikat bas dan SPAD semuanya adalah untuk memastikan transfomasi pengangkutan awam darat  dibuat secara tersusun dan terancang. Sesuatu tindakan yang diambil telah diperincikan agar ianya memuaskan hati semua pihak.

Berikut adalah kenyataan media Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar dalam merealisasikan transformasi Pengangkutan Awam Darat.

KENYATAAN MEDIA PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI BAKAL MENINGKATKAN LIPUTAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN BAS DI GREATER KUALA LUMPUR DAN LEMBAH KLANG 8 koridor, 241 laluan, 2000 bas untuk menambah baik pengangkutan awam darat

Kuala Lumpur, 30 November 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia, akan melaksanakan Bus Network Revamp (BNR) atau penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015.

Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara.

Penambahbaikan rangkaian bas ini akan mengurangkan masa menunggu bagi penumpang semasa waktu puncak dan juga akan melihat integrasi yang lebih efisien dengan mod pengangkutan awam lain bagi menyediakan mod perjalanan awal dan akhir kepada komuter.

Ia juga direka untuk mengurangkan ketidakseimbangan perkhidmatan bas di Greater Kuala Lumpur dan pada masa yang sama membantu industri bas untuk kekal mampan dengan mengurangkan bilangan pengusaha bas daripada bersaing di laluan terpilih sahaja.

Semua bas dalam rangkaian yang disusun semula ini juga akan dilengkapi secara berperingkat dengan Unit Onboard (OBU) sebagai peranti pengesanan GPS yang akan dipantau melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) yang diselia oleh Pusat Kawalan SPAD, bagi memastikan kebolehpercayaan dan kecekapan perkhidmatan.

Nombor laluan dan maklumat jadual bas akan dipaparkan dalam semua bas dan di panel maklumat yang terletak di perhentian bas yang terpilih. Di bawah langkah ini, 3,000 panel maklumat bas telah dijadualkan untuk dipaparkan di perhentian bas di sekitar Greater Kuala Lumpur pada tahun 2016.

Sebanyak 3,700 panel maklumat lagi akan dipaparkan secara berperingkat dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada 2017. “Penyusunan semula rangkaian bas ini akan menawarkan 241 laluan dengan 2,000 unit bas bagi menampung rangkaian yang lebih luas untuk 638,000 penumpang setiap hari. BNR juga akan melihat kapasiti bas meningkat di laluan yang mempunyai lebih penumpang dan pengenalan laluan baharu di kawasan yang kurang mempunyai perkhidmatan bas.

Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, jarak keseluruhan perkhidmatan bas akat meningkat kepada 9,202km, daripada daripada 7,643km sebelum ini. Ini merupakan salah satu perubahan yang paling transformatif dalam rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dalam usaha kami untuk meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan bas dan membolehkan rakyat untuk menikmati akses pengangkutan awam yang lebih kerap dan lebih luas, “kata Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi, SPAD. MENERAJUI TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT “BNR adalah salah satu inisiatif utama di bawah NKRA (UPT) bagi mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar.

Dengan perlaksanaan BNR, 128 laluan utama di kawasan yang mempunyai permintaan perkhidmatan yang tinggi akan menikmati kekerapan bas dari 5-30 minit pada waktu puncak, bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Manakala, 98 laluan tempatan akan menyediakan mod perjalanan awal dan akhir kepada penumpang bagi perjalanan jarak dekat. Selain daripada itu, 16 Bas Ekspres Transit (BET) akan menyediakan perkhidmatan ekspres ke pusat bandar pada waktu puncak melalui lebuhraya.

Laluan bas yang telah direka semula ini akan juga dilengkapi dengan sistem penomboran bas yang diselaraskan berdasarkan koridor bertujuan untuk memudahkan perjalanan penumpang. Bagi melengkapkan lagi penyusunan semula ini, perkhidmatan bas sebagai mod pengantara ke stesen rel dan terminal akan dipertingkatkan, ” kata Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD.

Untuk melaksanakan proses penyusunan semula ini, pihak SPAD telah menjalankan beberapa siri tinjauan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk pengusaha pengusaha bas untuk menentukan bilangan operator untuk setiap laluan yang terlibat.

Proses ini juga telah mengambil kira rangkaian bas, kebolehpercayaan perkhidmatan bas, kawasan tumpuan pusat perniagaan dan perumahan yang sedia ada, dan bilangan penumpang bagi merekabentuk laluan bas yang lebih luas dengan mengurangkan pertindihan perkhidmatan.

Sesi perjumpaan bersama orang awam juga telah diadakan sejak 23 November 2015 di semua 8 koridor. Satu siri pengumuman perkhidmatan awam juga akan dilaksanakan melalui stesen radio utama untuk meningkatkan kesedaran selanjutnya. Untuk maklumat lanjut tentang penyusunan semula rangkaian bas, pengguna digalakkan untuk melawat www.spad.gov.my/BNR atau menghubungi 1-800-88-7723.

Image | This entry was posted in 2000 bas Di Greater Kuala Lumpur Dan Lembah Kelang and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s