Tahniah Malaysia Terpilih Untuk Kali ke 6 Dalam Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)


Oleh rmf

images (2)

International Maritime Organization (IMO) adalah sebuah agensi Bangsa Bangsa Bersatu adalah sebuah pihak berkuasa  yang menetapkan piawaian global untuk keselamatan dan prestasi alam sekitar perkapalan antarabangsa.

Peranan utamanya ialah untuk mengwujudkan rangka kerja pengawalseliaan bagi industry perkapalan yang lebih berkesan dan diterima pakai secara  global.

Persidangan IMO yang ke 29 di United Kindom baru baru ini telah dijalankan dengan jayanya. Malaysia salah sebuah negara yang sedang pesat membangun sekali lagi dipilih  dan mengekalkan kerusi untuk tahun ke enam.

Pemilihan Malaysia adalah menunjukkan kepercayaan masyarakat antarabangsa  dan anggota  Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa bagi penggal 2016-2017. Kejayaan Malaysia  mengekal kan  kerusi Majlis untuk kali keenam berturut turut membuktikan kewibawaan  serta komitmen Malaysia dalam IMO.

22489478644_0070ddd8a8_n

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataannya berkata bahawa pemilihan Malaysia merupakan salah  pengiktirfan  dunia  kepada Malaysia dalam perkapalan antarabangsa dan  diiktiraf oleh IMO

“ Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang mana pengangkutan laut sebagai salah satu kepentingan utama negara amat komited untuk mengambil bahagian secara aktif dalam IMO. Kita mempunyai beberapa pelabuhan yang bertaraf dunia yang terlibat dalam  perdagangan antarabangsa yang berpengalaman mengendalikan lebih 500 juta tan kargo”

Untuk ketika ini Malaysia telah tersenarai antara 30 negara teratas dari segi armada perkapalan antarabangsa dengan muatan 7.16 juta tan melibatkan lebih 50,000 pelaut. Bahkan dua dari dari pelabuhan Malaysia tersenarai antara 20 pelabuhan paling sibuk didunia.

Bagi saya mungkin peranan penting Malaysia diperairan selat Melaka salah satu sebab kenapa Malaysia diberi peranan penting dalam Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Selat Melaka merupakan perairan penting bagi laluan kapal antarabangsa yang paling sibuk dalam dunia. Diangarkan lebih 25 peratus daripada perdagangan dunia melalui perairan Selat Melaka  yang mana melibatkan 80,000 buah kapal setiap tahun.

Justeru itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga  dengan pengiktifan demi pengiktirafan  yang diberikan kepada negara oleh  dunia. Sekali gus ini menunjukkan  bahawa peranan Malaysia bukan hanya  setakat di Asia tenggara sahaja, malah diseluruh dunia amnya.

Image | This entry was posted in Tahniah Malaysia Terpilih Untuk Kali ke 6 Dalam Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s