Kesalahan Mengikut Perlembagaan- Mengapa Tiada Tindakan Tegas Terhadap Pembangkang


Oleh rmf

Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlu diingatkan lagi bahawa, Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara. Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur

Kutukan demi kutukan dilemparkan  kepada  rakan karib Jackel iairu Nurull Izzah dimana pertemuannya di Filipina bersama Tian Chua adalah satu tindakan yang kurang akal dan tidak pernah rasa menghormati  perjuangan pasukan keselamatan yang mempertahankan negara ini dua tahun lalu.

Berkoyan koyan  alasan diberikan oleh pihak pembangkang untuk menutup keslahan yang telah dilakukan dengan sengaja dan bertujuan memohon bantuan dalam membebaskan Anwar Ibrahim pada kadar segera sebagaimana tertulis di poster yang dipegang kedua rakan karib ini.

Dato Seri Najib Razak dalam ucapannya di Pekan Pahang menyifatkan tindakan Nurul Izzah tersebut adalah  bersekongkol dengan pemberontak yang telah mengorbankan 10 nyawa di Lahat Datu dua tahun lalu.

Sebagaimana post saya yang lalu, Pembangkang dalam menutup isu mereka , lantas akan menggunakan isu RM2.6 billion  sebagai senjata untuk rakyat  menolak kesalahan yang mereka lakukan. Berbanding isu bersekongkol dengan pemberontak, pembangkang cuba sedaya upaya membandingkan bahawa RM2.6 billion lebih besar isunya dari Lahat Datu yang mengobankan prajurit negara.

Dalam skandal RM2.Billion, RM7,6 Billion, dan RM30 billion banyak diantaranya telah disembunyikan oleh pembangkang dan  menutup kesalahan mereka dengan isu isu yang mempunyai persamaan dengannya.

Tindakan Nurul telah meyebabkan kemarahan rakyat Sabah dan menghalang  pada masa datang Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menjejakkan kakinya di bumi Sabah. Ini sekali gus menunjukkan bahawa Nurul Izzah telah mempersendakan kedaulatan bumi Sabah dengan bersekongkol  bersama pemberontak.

Tindakan Nurul merupakan pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia, Dalam mempertahankan  kedaulatan SWabah dan juga Malaysia saorang Ahli Parlimen  bersekongkol dengan mereka dan seterusnya memohon bantuan. Apakah tindakan ini betul dan berakal?

Dalm politik terdesak pembangkang, mereka akan menggunakan apa juga saluran yang membolehkan mereka berpaut. Cuba kita lihat semasa kunjungan  Obama di Malaysia, rata rat tohmahan ditujukan kepada  kerajaan Malaysia kerana menjemput Obama dan melebelkan sebagai orang yang bertanggungjawab membunuh umat Islam di Palestin, Syria  dan bersekongkol dengan Israel.

Dalam pada masa yang sama, pembangkang melalui Ambiga telah mengadakan mesyuarat tertutup bersama Obama dan beberpa NGO yang lain juga turut serta. Apakah tindakan mereka ini bersesuaian dengan pa yang mereka lontarkan kepada kerajaan.

Jelas dan nyata bahawa selama ini , pembangkang dan US adalah rakan karib yang membantu banyak sudut kewangan untuk memastikan Malaysia  akan  ditumbangkan dan terus membentuk kerajaan boneka  sebagaimana yang diharapkan oleh US.

Pada pandangan saya kesalahan yang dilakukan oleh Tian Chua dan Nurul Izzah ini  boleh dkatakan berat dan dikenakan tindakan yang seberatnya, Jika tidak silap saya dan pemahaman saya, Melalui perlembagaan Malaysia  perkara 25.

Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlu diingatkan lagi bahawa, Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara. Perlembagaan Persekutuan mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.

Perkara 25. Pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau melalui penaturalisasian.

(1) Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati—

(a) bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

(b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat, telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam peperangan itu; atau

Apkah dengan tidakan Nurul Izzah ini tidak menjurus kepada persengkokolan dengan musuh dan meminta bantuan musuh secara terancang dan dalam pengetahuannya. Seharusnya kerajaan perlu tegas dalam memberi “hukuman Teladan” walaupun banyak pihak nanti akan   memprotes tindakan tersebut.

Akan tetapi demi kedaulatan negara ini  perkara tersebut seharusnya dilakukan tanpa komromi dan akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar jangan sewenangnya mempermainkan isu keselamatan negara dan juga perkara perkara yang mengugat kestabilan negara.

Dalam hal yang demikian juga , Perlembagaan Malaysia juga telah dimaktubkan  dalam  bahagian subversive beberapa perkara yang  amat bahaya dan  sewajarnya dikenalan tindakan.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Secara nyata dan jelas , apa yang termaktub tersebut semuanya telah dilakukan oleh pihak pembangkang dalam negara ini. Namun rakyat Malaysia yang lain masih menunggu tindakan yang bakal diambil oleh  pihak berkuasa jika ianya berlandaskan kepada  perlembagaan Malaysia.

Sesungguhnya Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara seharusnya dilindungi keberkesanannya. Mana mana perlanggaran dilakukan semestinya diambil  hukuman yang amat tegas tanpa tolak ansur.

Seharusnya Ahli UMNO semua peringkat peka dalam hal ini dan berganding bahu untuk membuat  ribuan laporan polis   dan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas  yang bersalahan dengan Perlembangaan Malaysia..

.

Image | This entry was posted in Kesalahan Mengikut Perlembagaan- Mengapa Tiada Tindakan Tegas Terhadap Pembangkang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s