Ahli UMNOSemua Peringkat Mesti Berani Bongkar Skandal Pembangkang Jika Mahu Menang PRU14


Oleh rmf

Mengambil peluang dari kejadian, itu adalah amalan yang diamalkan oleh pembangkang dalam negara ini. Amalan yang pada kebiasaannya diputar belitkan walaupun isunya saorang penjenayah yang amat bahaya kepada masyarakat.

Pembangkang tidak mengira  impaknya, penjenayah dibela , undang undang negara  diperlekehkan atas nama hak hak asasi . Begitu juga dengan kejadian Lahat Datu yang telah mengorbankan banyak nyawa, politik pembangkang  bukan sekadar politik tetapi merangkumi segalanya  asalkan memberi impak dan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Baru baru ini, Pengerusi DAP negeri dan ADUN Derga, Sdr. Tan Kok Yew telah membangkitkan kepada kita  beberapa peristiwa penting  yang telah berlaku Baling, iaitu:

1956 Pelan Keamanan Baling yang menampilkan Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Chin Peng;

1974 Baling mogok lapar oleh petani membantah  kemiskinan, yang menampilkan Anwar Ibrahim dan mengakibatkan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;

1985 tragedi Insiden Memali yang menyebabkan 18 orang mati.

Dengan ketiga tiga kejadian diatas sudah pastinya akan menjadikan ianya isu ceramah dan  memburukkan kerajaan akan dilakukan. Ketiga kejadian ini juga akan diserapkan dalam minda rakyat bahawa sikap kerajaan yang  diputaer belitkan.

2015 Parti Amanah Negara dan DAP mula menapakkan kuku mereka dalam Daerah Baling untuk melakukan kempen kempen yang mungkin akan menggunakan kaedah kejadian untuk memberikan impak sokongan terhadap pembangkang.

Sasaran untuk menang di Daerah Baling akan diteruskan oleh pembangkang dengan apa cara sekali pun, Tetapi perlu diingatkan rakyat bukanlah sebodoh yang disangka. Selama ini mereka juga menilai kewibawaan yang  ditunjukkan oleh DAP dan PAN dalam menerajui Pulau Pinang dan Selangor.

PRU ke-14 yang perlu diadakan dalam tempoh 30 bulan dan dijangkakan pada tahun 2018, Selama dua tahun ini lah mereka akan memulakan kaedah yang kebiasaannya dilakukan, iaitu menggunakan isu yang telah diputuskan kebenarannya dan menterbalikkan kebenaran dan akan menjadikan kerajaan bersalah.

Rakyat Baling seharusnya lebih banyak mempunyai informasi dalam menangkis  tohmahan dan fitnah yang bakal diluahkan dari mulut pembangkang. Tapisan maklumat perlu ada , penduduk Baling seharusnya tidak menerima bulat bulat maklumat melaui ceramah akan tetapi hendaklah dengan menapis dgn fakta sebenarnya.

Kita sedia maklum bahawa , mana ada pembangkang dalam negara ini  yang bercakap benar, semuanya adalah pembohongan semata mata. Pengerusi AMANAH,Negeri Kedah  Datuk Dr Ismail Salleh dan Ketua AMANAH Baling  Sdr. Rosli keduanya telah menanam tekad dan komitmen untuk membuka jalan untuk memastikan rakyat Baling  akan terpengaruh dalam kempen yang dijalankan.

Bukan begitu mudah untuk mereka berbuat demikian, hasil atau jasa  DAP masih tidak nampak lagi, rata rata rakyat Kedah telah melihat kekejaman DAP terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang dan juga Selangor. Rakyat Baling sudah pastinya tidak akan begitu mudah terpengaruh.

Dalam satu kejadian lagi, sudah pastinya mereka akan mempertikaikan pengantungan enam bula Lim Kit Siang di Parlimen  dan menyalahkan hukuman yang dijatuhkan dan serta akan melebelkan bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak demokratik  dan tidak telus.

Sehubungan itu rakyat Baling seharusnya membuka hansard Parlimen untuk mencari kebenaran fakta sebelum menerima tuduhan DAP terhadap kerajaan. Perlu diingatkan lagi bahawa DAP adalah sebuah parti yang  sememangnya mengamalkan pembohongan.

Ini bukan hanya kira-kira RM2 bilion tersilap kira  skandal Lim Guan Eng atau DIEG skandal RM30 bilion yang perlu rakyat Baling ketahui , malah pembayaran RM9,8 Juta hanya untuk membaik pulih pintu gerbang Darul Ehsan yang mana menggunakan wang rakyat dengan cara yang terang terang meyelewengnya

Persoalan yang mana  lebih besar bukan persoalannya akan tetapi ianya sebagai bertanggungjawab kepada rakyat dalam semua aspek perbelanjaan kewangan dan mengesan skandal kewangan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang.

Saya tidak percaya bahawa ia adalah hanya ahli-ahli dan penyokong Pakatan Harapan, yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah yang tidak mengetahui hal ini, akan tetapi mereka menyembunyikannya  – Dari mana dan ke mana wang rakyat yang dinyatakan diatas  telah pergi dan butiran sebenar wang rakyat dibelanjakan dalam bentuk projek sia sia dan tidak mendatangkan faedah kepada kepentingan rakyat.

Walau bagaimanapun, isu terbesar yang dihadapi rakyat Malaysia, termasuk tiga juta ahli UMNO dan 21,000 cawangan UMNO, ialah sama ada mereka bersedia untuk berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia untuk membongkar skandal yang dilakukan oleh Pakatan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa sebagai tindakan  untuk menyelamatkan Malaysia daripada penyamun dan memberikan impak  politik , ekonomi, baik krisis tadbir urus dan pembangunan  negara ,

Seharusnya rakyat berganding bahu  tidak lagi menyimpan individu atau parti politik yang hanya tahu mengkritik dan melakukan jenayah  penyelewengan wang rakyat sewenangnya.

Lim Kit Siang telah mengistiharkan bahawa beliau telah  berada dalam politik Malaysia selama 50 tahun dan tidak pernah mengamalkan “politik Cari makan”, percaya atau tidak kenyataan tersebut, selama ini Lim Kit Siang hanya mengharapkan gaji dan elaun wakil rakyat sahaja..

Kenyataan untuk menutup keburukan diri semata mata, Siapakah yang tidak kenal amalan yang dilakukan oleh DAP dalam pemerintahan mereka, siapakah yang tidak nampak bagaimana DAP mengalami banyak skandal yang tersembunyi.

Dari percakapan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang adalah diantara satu baris ayat yang ingin membuat tuduhan terhadap parti memerintah iaitu Barisan Nasional secara simboliknya.

UMNO dan Barisan Nasional di Malaysia seperti yang dikertahui banyak pihak adalah sebuah parti yang berfikiran terbuka  untuk mencapai bersatu padu, harmoni, demokratik, adil dan makmur negara model yang mana boleh  mempamerkan kepada dunia kehidupan masyarakat yang berbilang kaum, berbilang agama, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa pembinaan negara yang berjaya.

Keharmonian yang telah dikecapi ini telah banyak kali uji oleh pembangkang PKR , DAP dan sekutunya  dalam berbagai episode  demontrasi jalanan untuk menuntuk apa yang mereka percayai sebagai hak hak yang berlandaskan  hak kemanusiaan dan hak bersuara  yang diperuntukkan.

Cuba kita lihat sahaja bagaimana pembangkang di Parlimen , setiap kali pembentangan dibuat oleh  kerajaan , sudah pastinya ada mulut mulut sumbang yang  ditugaskan untuk mengganggu ucapan pembentangan  pada isu  politik, ekonomi, tadbir urus dan pembangunan. Kegagalan sikap untuk mendengar dan menghormati  pembentangan dibuat akan menganggu sedikit sebanyak urusan  denyut suara nadi dari rakyat untuk di perdenarkan dan dibahaskan.

Setiap kali pembentangan  nyata dilihat kegagalan  pihak pembangkang untuk bersama sama melakukan penambah baikan dalam cadangan serta isu yang dibangkitkan demi kepentingan rakyat. Sekali gus ianya menunjukkan bahawa pembangkang hanya mahu melihat kegagalan  yang dibawa oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Inilah yang sebeanrnya berlaku.

Ia adalah bukti mengejutkan bahawa selepas 58 tahun pembinaan negara, pembangkang masih berfikiran sempit, pelampau dan pemikiran yang tidak toleran di negara ini yang mana  jelas bercanggah dengan Dasar 1Malaysia termasuk yang terus mengambil kira sentiment sensitivity masyarakat Malaysia sebagai orang Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan sebaliknya identiti kebangsaan rakyat Malaysia itu masih berada dalam kelompok perkauman yang menjadi amalan DAP dalam sitem pentadbirannya.

Walaupun terdapat perbezaan etnik dan agama mereka, berkongsi satu identiti Malaysia, masih juga terdapat usah usaha untuk menghapuskan identity sesuatu bangsa itu  dilakukan. Sebagai contohnya bagaimana mereka DAP mula melakukan penghapusan bahasa jawi dipapan tanda, menghilangkan bahasa Melayu di papan tanda dan mencadangkan bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa perantaraan.

Sepatutnya semua ini tidak mungkin berlaku dalam masa  tempoh 58 tahun pembangunan negara , dan sekali gus ianya membuat sebilangan besar rakyat Malaysia berfikir apakah  sumbangan DAP dalam memastikan keharmonian dan kepentingan etnik lain dipertikaikan?

Tetapi kita lihat mereka yang menyokong apa yang dilakukan oleh DAP serta pembangkang yang lain adalah golongan yang berfikiran sempit, ekstremis dan sikap perkauman dan agama dan tidak toleran serta tidak layak untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Sekali gus mereka ini telah  melanggar sumpah sebagai Ahli Parlimen “Memastikan bercakap  yang benar dan setia kepada Malaysia” dan untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan”. Apakah ianya  sekadar ucapan yang dilafazkan hanya untuk suka suka sahaja.

Sudah tiba masanya elemen ini berfikiran sempit, pelampau dan tidak bertolak ansur terhadap lain lain etnik  ditolak secara total oleh  rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa atau agama Malaysia dengan sendirinya boleh berdiri dalam suasana harmoni tanpa provokasi perkauman sebagaimana dilakukan oleh Namewee dan Alvin  Tan tanpa apa pun sanggahan daripada  DAP dan sekutunya, malah dalam simboliknya  mendiamkan diri seakan menyokong tindakan tak bertamadun tersebut.

Inilah dilema yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia, keperluan untuk mencap[ai tahap satu pemikiran baru apabila mereka berhadapan dengan pelbagai krisis nasional yang melanda negara ini – Sepatutnya isu yang melanda tidak disulami dengan hasutan dan provokasi, malah ianya harus ditangani dengan rasa kebertanggung jawaban oleh semua pihak.

Menagguk diair keruh  yang menjadi amalan pembangkang dan sekutunya adalah untuk memberikan impak yang lebih besar terhadap kerajaan dan memberikan pulangan  faedah politik  kepada mereka. Pada kebanyakan isu mereka terus menerus memberikan tekanan kepada kerajaan, sepatutnya mereka bersama sama kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Kejatuhan tadbir urus yang baik dan prinsip-prinsip akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam kehidupan awam  yang dilaungkan oleh DAP todak pernah menjadi amalan seharian dalam pemewrintahan mereka, malah mereka sendiri membelakangkan nilai nilai yang diucapkan tanpa mereka  memikirkan hak hak rakyat yang harus diperjuangkan.

Pakatan Harapan – yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti AMANAH – sedang berusaha untuk mencapai kemenangan dalam PRU14. Segala usaha dilakukan dengan cara tersembunyi atau tidak sedikit sebanyak telah dilihat sebagai satu ruang politik yang tidak sihat . Ianya dapat dilihat bagaimana pemecahan yang dilakukan atau dalam erti kata lain melakukan “rampasan” kerusi dengan cara  tidak demokratik.

Walau bagaimanapun atau apa juga rancangannya, ia masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kuasa-kuasa politik baru dan perkembangan politik semasa boleh menggoncang pemerintahan Najib dan kawalan struktur UMNO jika semua agenda pembangkang dilihat  memainkan politik perkauman sebagaimana kita lihat  keluhan rakyat Pulau Pinang sekarang.

Buat pertama kali dalam sejarah negara, struktur kepimpinan dan institusi di negara ini tidak pernah menjadi begitu kucar kacir, bukan sahaja dalam perkhidmatan awam dan agensi-agensi utama seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Ketua Peguam tetapi juga dalam ketenteraan dan juga apa yang berkait rapat dengan keselamatan.

Tidak pernah dalam sejarah negara, sebagai negara yang dibelenggu oleh banyak krisis nasional pada masa yang sama – politik, ekonomi, tadbir urus yang baik dan pembangunan negara. Semuanya ini adalah angkara tuduhan dan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang dalam sebuah negara bernama Malaysia.

Bermula dengan memporak perandakan pengurusan negara, pembangkang melihat hanya ini caranya untuk menjatuhkan sokongan rakyat kepada pemimpin yang memerintah dengan menabur segala keburukan dan membesarkan isu isu yang remeh.

Tujuan pembangkang menimbulkan isu sedemikian adalah untuk menutup segala kelemahan pentadbiran mereka yang mana telah menindas rakyat dalam banyak tindakan pemerintah pembangkang.

Skandal yang dilakukan oleh mereka disenyapkan dengan isu isu yang mempunyai persamaan dengannya seterusnya akan mengaitkan  dengan isu yang melibatkan pernglibatan entity Melayu. Ini lah pembangkang yang ada di Malaysia. Pembangkang yang korup, kronisme serta nepotisme.

Pembangkang dalam usaha untuk meruntuhkan keyakinan negara dan antarabangsa di Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan agar ianya dilihat begitu lemah dan mereka amat berharap dengan tindakan sedemikian , yang memberi kesan bukan sahaja kredibiliti tetapi juga kewibawaan Perdana Menteri dan kerajaan.

Semakin banyak, isu utama yang baru muncul di negara ini bukan sama ada untuk  memperlihatkan bahawa negara sedang berhadapan dengan konflik yang serius. Tugasan ini dilancarkan oleh pembangkang dengan mempertikaikan banyak tindakan kerajaan yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat, namun semua itu dibuat melalui pembohongan dan juga fitnah.

Dengan alas an untuk  menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara penyangak dan gagal di mana berlaku kerosakan terhadap kedaulatan undang-undang dan keruntuhan tadbir urus yang baik, demokrasi berparlimen dan integriti dalam kehidupan awam. Pembangkang terus memainkan peranan mereka memburukkan kerajaan serta agensi dibawahnya.

Ini adalah tugas yang perlu dihadapi oleh tiga juta ahli UMNO dan 21,000 cawangan UMNO – sama ada mereka boleh menghadapi cabaran cabaranisu yang dibangkitkan oleh pembangkang pada  masa akan datang – untuk meletakkan  perjuangan sebagai agenda negara dan apabila Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO telah dikecam  , difitnah  dan segala tanggungjawab tersebut ter galas dibahu mereka semua.

Ujian kritikal kepada tiga juta ahli UMNO dan 21,000 Cawangan UMNO sama ada untuk memilih memperjuangkan agenda parti dan menentang pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang  demi menyelamatkan maruah negara dan  parti.

Pembongkaran skandal pembangkang semestinya dilakukan secara besar besaran dari pelbagi sudut maklumat. Desakan untuk  diambil tindakan terhadap pembangkang harus dibuat demi menunjukkan kebenaran yang diselindungkan oleh pembangkang serta  memulihkan pemikiran rakyat dari  kerja kotor politik mereka.

Parti-parti Pakatan Harapan DAP, PKR dan AMANAH mesti ditentang dengan kekuatan tiga juta ahli UMNO dan 21,000 cawangan UMNO untuk menyelamatkan negara  daripada fitnah dan pembohongan  serta membongkar skandal skandal  yang disembunyikan oleh pembangkang dengan melakukan siasatan serta bukti agar semua mereka didakwa termasuk pemilikan harta yang melebihi  jangkauan minda kita.

Ini akan menjadi sebahagian daripada kempen Barisan Nasional  untuk membetulkan keadaan dan mengemukakan fakta  terhadap penyelewengan pembangkang terhadap dana awam.Pada Pilihan Raya Umum ke-14, yang merupakan sebahagian daripada kempen nasional yang lebih besar untuk Barisan Nasional  untuk menumbangkan pembangkang yang tida kredibiliti dalam politik dan merosakna minda dan negara.

Image | This entry was posted in Ahli UMNOSemua Peringkat Mesti Berani Bongkar Skandal Pembangkang Jika Mahu Menang PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s