Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menjaga Keselamatan Negara Itu Amanah


Oleh rmf

Walter Lippmann merangkum kecenderungan ini dengan pernyataannya yang terkenal: “suatu bangsa berada dalam keadaan aman selama bangsa itu tidak dapat dipaksa untuk mengorbankan nilai-nilai yang diaggapnya penting dan jika dapat menghindari perang atau, jika terpaksa melakukannya, dapat keluar sebagai pemenang”

Arnord Wolfers pula menerangkan masalah utama yang dihadapi setiap negara adalah membangun kekuatan  untuk menangkal (to deter) atau mengalahkan (to defeat) suatu serangan dengan semangat yang sama,

Penyataan dalam International Encyclopaedia of the Social Science mendefinisikan keamanan sebagai kemampuan suatu bangsa untuk melindungi nilai-nilai internalnya dariancaman luar”.

Tetapi  untuk negara kita istilah keamanan ini berkait rapat dengan tuntutan agama Islam yang mana memberikan penekana betapa pentingnya keamanan tersebut perlu dijaga dan bermaksud menilai segalanya dari segi keselamatan yang diambil untuk mengwujudkan suasana tersebut.

Keamanan merupakan istilah yang secara sederhana dapat difahami sebagai  “bebas dari segala bentuk ancaman bahaya, kecemasan,dan ketakutan”. Dalam kajian tradisional, keamanan lebih sering ditafsirkandalam konteks ancaman fizikal melalui ketenteraan  dan ancaman dari luar.

Keamanan berkait rapat dengan keimanan sebagai benteng kekuatan dalam hati untuk mencipta dan membina rasa aman serta tenteram daripada segala gangguan sama ada di dunia atau akhirat. Al-Quran mengungkapkan adanya kaitan antara aspek iman dengan rasa aman dalam kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah al-An’am, ayat 82)

Justeru, menjadi tanggungjawab semua pihak mewujudkan keamanan serta keselamatan atas nama kepentingan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, pentingnya kesatuan dan saling bekerjasama dalam usaha membina, mewujudkan keamanan serta keselamatan

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi  Menteri Dalam Negeri diantara orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan keamanan dapat dikecapi oleh rakyat Malaysia dan  memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan yang cukup selamat.

Tugasan ini bukan sesuatu yang mudah, banyak cabaran dan tekanan yang dihadapi untuk memamastikan  matlamat keamanan tersebut berada diparas yang  terbaik. Dengan demikian adalah penting bagi kita rakyat Malaysia berkerjasama bersama  untuk tidak mencetuskan suasana yang  boleh mengancam keselamatan dan keamanan dalam negara ini.

Dalam hal ini kita amat sedar bahawa menerajui bidang yang berkaitan dengan keselamatan ini memerlukan kajian semasa  dan perkembangan teknologi terkini bagi memastikan negara berada dilandasan kemodenan pensenjataan yang terbaik.

Meletakkan situasi negara dalam keadaan yang terbaik , pelbagai langkah yang diambil  dengan berlandaskan perundangan dan kedaulatan negara diperketatkan. Semuanya ini adalah bertujuan untuk meletakkan tahap keselamatan berada dalam siasiaga.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyarankan agar  pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.  Tindakan ini bukan merujuk kepada kekejaman pasukan keselamatan akan tetapi ianya lebih kepada keselamatan dan kedaulatan  rakyat dalam negara ini.

Cadangan arahan ini adalah  untuk meletakkan keadaan  sentiasa  bersedia dengan ancaman pencerobohan perairan,  persempadanan dan juga udara. Kenja kedaulatan negara  dan memastikan segalanya terkawal.

Security dilemma menggambarkan betapa upaya suatu negara untuk meningkatkan keamanannya dengan mempersenjataan untuk mempertahankan  diri. Jestru, dalam suasana pergolakan antarabangsa dan sentiasa siaga  terhadapkemungkinan serangan pertama pihak lain.

Dalam hal ini, Ahmad Zahid dalam beberapa kenyataannya telah dan akan   melakukan  beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia. Pasukan keselamatan yang harus lebih proaktif, tidak boleh membiarkan musuh  dahulu  menyerang , tindakan ini amat membahayakan nyawa pasukan keselamatan.. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas dan mengurangkan kehilangan nyawa anggota keselamatan.

Tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Dan ditunjangi oleh  Menteri  Dalam Negeri dan juga Menteri Pertahanan .Amanah itu telah dipikul dengan jayanya oleh kedua-dua organisasi berkenaan sejak sekian lama.

Sesebuah negara yang dikatakan kukuh dan disegani antara lain mempunyai angkatan tentera yang kuat dan mantap serta canggih dari segi persenjataan. Sebab itu perkara utama dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan kerajaan Islam pertama di Madinah ialah membentuk jentera pertahanan.

Ahmad Zahid sedar tentang amanah ini dan saban masa  terus berusaha memastikan setiap gerakan yang dilakukan  bukan hanya berkisar kepada  keselamatan persempadanan sahaja. Malah  nilai keselamatan tersebut merangkumi banyak aspek yang boleh menjurus kepada  kerosakan pada negara.

Di antara bentuk ancaman yang dihadapi negara kita termasuk tindakan subversif, keganasan, sabotaj, pengintipan dan lain-lain bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara.

Sebagai contoh ancaman pengganas komunis, kumpulan pengganas/militan seperti Jemaah Islamiah (JI), kumpulan Darul Islam (DI), kumpulan ekstremis agama seperti Al-Arqam, Al-Maunah, kumpulan Militan Malaysia dan kumpulan haram seperti Hindu Rights Action Force (HINDRAF).

Dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini masih berlaku salah faham yang mungkin didasari atas kepentingan diri, kaum serta pihak tertentu. Ia mungkin digerakkan golongan pelampau agama, sensitiviti perkauman, taksub kefahaman, gejala sosial yang menggugat kestabilan masyarakat dan ajaran pemikiran sesat serta perang saraf daripada mereka yang tidak bertanggungjawab bagi mewujudkan ketidakharmonian dan sebagainya.

Kemudaratan bila bila masa boleh berlaku, justeru itu Ahmad Zahid sentiasa peka dengan perkembangan semasa yang mana menjurus kepada beberapa  tindakan individu yang berkepentingan untuk mengoyahkan  keamanan yang sedia ada.

Pada masa ini , tindakan tegas akan diambil melalui sistem perundangan yang sedia ada  mengikut tahap kesalahan yang dilakukan. Namun demikian dalam beberapa kenyataan yang diberikan Ahmad Zahid sentiasa memberikan peringatkan agar rakyat lebih berhati hati dalam apa juga tindakan yang mana mungkin boleh menjurus  kepada  kesalahan yang boleh mengugat keselamatan dan juga merosakkan perpaduan kaum.

Ahmad Zahid sedar adalah dengan amanah yang diberikan ,  keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan yang paling utama agama akan terus dilindungi. Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara.

Berlandaskan prinsip Islam , Ahmad Zahid sentiasa merujuk setiap tindakan  yang diambil akan memberikan impak yang positif dan memberi faedah kepada  negara. Ini kerana jika manusia yang beramanah, maka sudah pasti sesebuah negara itu merasa selamat daripada sebarang sekatan dan ugutan pihak musuh

Image | This entry was posted in Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menjaga Keselamatan Negara Itu Amanah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s