Wee Ka Siong  Mahu Nurul Izzah Beri Penjelasan Isu Bergambar Dengan Ketua Pemberontak Lahat Datu


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Kisah Nurul Izzah tidak habis disini,  ramai diantara  pemimpin tempatan dan pemimpin tertinggi Sabah menyatkan bahawa terdapatnya kaitan diantara Nurul Izzah dan Puteri Sulu Kiram  dan juga kaitannya dengan pencerobohan  Lahat Datu yang mana telah mengorbankan 10 nyawa perajurit negara.

Tindakan tersebut dikatakan Nurul Izzah melakukan “risikan”  amat melucukan disambut pula  dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tian Chua yang menafikan perjumpaan tersebut tetapi hanya bergambar sahaja.

Turut mengecam tindakan tersebut ialah Timbalan  Presiden MCA Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong dan mahu  Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan  mengenai gambarnya  bersama anak perempuan Kiram. Klik Sini

Sebagaimana kita ketahui bahawa  Puteri Sulu tersebut adalah orang yang mengarahkan pencerobohan di Lahat Datu  dua tahun lalu. Tindakan Nurul Izzah ini adalah disifatkan bersekongkol dengan musuh negara dan mempunyai rangkaian bersama penganas.

b1d44-12227719_1737698059782314_5205631348496908182_n

Gambar Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama Jacel H.Kiram Hasan memegang poster yang tertera perkataan “release-Anwar immediately” telah menjadi viral di laman media sosial sejak kelmarin.

Menurut Dr Wee, yang juga Ahli Parlimen Air Hitam (BN-Ayer Hitam) dia amat terkejut dan katanya Nurul Izzah bertanggungjawab memberi penjelasan. Beliau meminta Nurul Izzah jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang mereka berdua bincangkan. Ini katanya, Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui tujuan yang tersembunyi disebalik pertemuan tersebut.

Apakah dengan meminta pertolongan penganas yang telah mengorbankan 10 nyawa perajurit negara untuk membebaskan ayahnya Anwar Ibrahim. Apakah dengan tertolaknya permintaan tersebut satu serangan  bakal dilakukan lagi?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh  Timbalan Presiden  MCA ini adalah  atas dasar kebertanggungjawaban yang terletak dibahunya sebagai pemimpin. Begitu juga  rakyat Malaysia keseluruhannya , mahu tahu apakah agenda yang  dirancang  terhadap negara ini.

Image | This entry was posted in Wee Ka Siong  Mahu Nurul Izzah Beri Penjelasan Isu Bergambar Dengan Ketua Pemberontak Lahat Datu and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s