Siri 1 – Dimanakah Melayu Selepas PRU14- Merdeka Tetapi DiJajah


Oleh rmf

Malaysia kini menjadi tumpuan oleh  barat dalam menjalankan agenda sulit mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka kepada  barat. Hal ini amat jelas dengan banyaknya kejadian luar jangkaan berlaku yang menjurus kepada konspirasi politik.

Jika kita singkap sudut sejarah Melayu, bangsa melayu adalah satu bangsa  yang cukup kuat sehingga ianya dilemahkan oleh barat. Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara , pihak barat akan  mengambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta pengkhianatan dari anak-anak Melayu dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuashati dengan pemerintah

Akibat daripada itu , maka Melayu akan dipcahkan kepada beberapa fahaman politik dan seterusnya melemahkan kekuatan yang sebelum nya amat ditakuti oleh barat. Barat sememangnya  amat pakar dalam  mealkukan strategi yang memihak kepada mereka.

Seingat dan setahu saya, terdapat dua kaedah yang  digunapakai oleh barat dalam usaha menjajah negara ini dengan pertolongan dari orang Melayu khususnya.

Yang pertama adalah mereka menggunakan kaedah apa yang sedang berlaku didalam kumpulan majoriti dan  yang kedua adalah lebih lanjut mengenai apa yang akan berlaku pada masa akan datang yang merupakan  satu pelan tindakan jangka panjang yang semestinya diperhatikan secara terperinci.

Percaya atau tidak, terpulang kepada anda. Sekarang, apa yang mungkin akan berlaku di negara kita dimasa akan datang  kemungkinan akan berlaku dalam masa kurang daripada 10 tahun pada masa hadapan.

Kejadian awal telah memberitahu kita  mengenai pelan tindakan untuk melepaskan rusuhan / demontrasi di ibu negara Malaysia, dan setakat ini saya lihat langkah-langkah yang telah diambil ke arah pelan ini dibantu oleh tangan tangan ghaib dari barat seumpamanya menyumbang  dana untuk  melaksanakan  demontrasi jalanan

Pada masa yang sama UMNO/BN diasak dari pelbagai sudut oleh orang Melayu yang berjawatan tinggi dan seterusnya memecahkan UMNO. BN  dari luar dan dalam.  Kepimpinan Melayu yang dulunya mempunyai segalanya mencipta isu dan mengasak UMNO agar ianya lumpuh untuk memastikan kepenting mereka tidak berkurang.

Semuanya ini adalah untuk memperlihatkan bahawa politik sekarang di Malaysia adalah satu sistem politik yang ditentang dan mengambarkan sebuah kerajaan yang tidak kukuh. Semua ini adalah terancang sebagaimana berlakunya di  Negara Negara Telok masa kini.

Pada masa yang sama, UMNO/BN terus dibiarkan sendirian tanpa dilindungi oleh  pemimpin sendiri. Isu  yang merosakkan UMNO/ BN dibiarkan  dan terus merosakkan prestasi BN/ UMNO dimata pengundi muda dan atas pagar.

Pada masa yang sama juga -Anwar Ibrahim hanya saorang puppet  yang disewa khas oleh barat untuk melancarkan semua agenda agar Malaysia dan dimasa akan datang mempunyai saorang  pemimpin yang dikawal sepanjang masa. Dengan cara ini agenda barat terhadap negara ini akan tercapai.

Percaya atau tidak jika anda mahu, Anwar Ibrahim tidak berada di sini untuk memimpin Melayu, dia sedang digunakan hanya untuk melaksanakan peringkat pertama rancangan itu.  Berjayanya peringkat pertama ini akan menjurus kepada agenda seterusnya. Ini lah yang diharapkan oleh barat  kepada master of puppet yang dilantik.

Barat sejak dahulu lagi telah menjalankan kajian terperinci  untuk mengenal pasti kelemahan kelemahan yang ada pada  orang Melayu serta sistem yang mereka amalkan untuk memerintah. Pada masa yang sama barat teruys menerus menyuarakan pandangan kepada bukan Melayu agar terus bersatu  tidak kira  apa pun fahaman politik.

Maklumat yang telah dikeluarkan oleh CIA pada tahun 2004 mengenai jumlah populasi yang menjurus kepada sokongan politik.  Menurut 2004 maklumat CIA tentang Malaysia, penduduk pada tahun 2004 telah terdiri daripada Melayu 50.4%, Cina 23.7%, orang asli 11%, India 7.1%, yang lain 7.8%.

Pada tahun 2008 angka sudah berubah dan menjelang 2013 maka kita orang Melayu mungkin diatasi oleh bukan Melayu  dengan jumlah beberapa peratus lebihan pada PRU 14.

Sekarang kita sedang melihat bagaimana  bukan Melayu terutama DAP sedang sedaya upaya untuk kaum mereka dengan mengalakan proses pendaftaran pengundi dilakukan . Ini lah yang dikatakan pada awal artikel yang mana bukan Melayu mesti bersatu walaupun dalam kelainan ideology politik.

50.4%  kekuatan orang Melayu kini sedang dihancurkan bagi memboleh kan agenda barat masuk dengan mudah. Pemecahan ini berlaku  disebabkan isu isu  yang dicipta  oleh boneka barat dalam negara ini untuk mengurangkan sokongan terhadap sesame Melayu.

Perpecahan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori cabang politik. Ada diantaranya  menyokong UMNO, PAS, PKR , DAP serta ada juga yang mengambil sikap tengok dan lihat sahaja. Pecahan Melayu kepada  enam kelopok berasingan ini amat menudahkan kerja barat.

Oleh itu, dalam satu jangka yang pendek, jika semua pihak  termasuk Cina dan India meninggalkan Barisan Nasional dan berkerjasama atau menyokong DAP maka dengan mudah mereka menguasao negara ini dengan  kelemahan Melayu yang sudah dipecahkan.

Mereka akan menggunakan apa cara sekali pun termasuk sumbangan wang ringgit dalam menarik orang Melayu terus menerus menentang kepimpinan yang ada sekarang. Dengan kekuatan kewangan yang cukup bagi DAP dan sekutunya  mereka berupaya merampas kuasa politik orang Melayu yang mana selama ini dipegang oleh orang Melayu.

Setelah semua hasrat tercapai dengan bantuan PKR dan PAS, DAP secara tidak langsungnya DAP sudah tidak memerlukan PAS . PAN dan PKR berada dalam gabungan, ketiga tiga parti ini akan disingkirkan dan dengan majoriti yang ada  DAP akan berkuasa terhadap negara ini. Begitu juga yang bakal berlaku kepada Anwar Ibrahim yang mana akan disingkirkan juga.

Pelan tindakan tersebut telah dibuktikan dengan apa yang berlaku pada tahun 2008 dan 2013 setelah pembangkang memenangi  kedua buah negeri tersebut. Semuanya berpunca dari kebangkitan pengundi muda yang turun untuk menentukan kuasa pemerintah.

Pada tahun 2008 dimana  Barisan Nasional telah mengalami kekalahan 5 buah negeri, Kekalahan ini dalah disebabkan  isu yang dibangkitkan tidak pernah mahu dijawab secara rasional oleh kepimpinan atasan. Isu libiliti Pemuda UMNO juga telah mengheret  kepercayaan pengundi  kepada Barisan Nasional  dan seterusnya kalah pada 5 buah negeri.

2008 dan 2013 dan peringkat seterusnya dalam tidak lagi mengenai memenangi hati pengundi Melayu tetapi lebih tertumpu ke arah memenangi hati pengundi bukan Melayu. Dalam beberapa tahun akan datang sebelum pilihan raya umum akan datang kita akan menyaksikan trend ini semakin meningkat.

DAP dan seluruh pemimpin pembangkang akan lantang bersuara di Parlimen dalam usaha mereka untuk dilihat sebagai hero perjuangan kepada kaum Cina dan juga India.

DAP dan juga PKR akan menggunakan Institusi Parlimen sebagai platform yang terbaik untuk rakyat melihat bagaimana mereka mengetengahkan isu isu yang mereka bangkitkan agar ianya dilihat seakan  isu yang penting.

Isu-isu Ketuanan Melayu, imigran Cina, Isu Murtad, kalimah Allah, Hak hak pepunyaan Melayu termasuk Agama Islam akan dimainkan tanpa henti seakan tiada nokhtahnya. Pembangkang akan menggunakan media sosial secara agreasif untuk menyampaikan fitnah  fitnah logic untuk merasuk minda rakyat.

DAP terus menerus akan mepertikaikan hak hak  ekonomi kepunyaan Melayu yang dilakukan oleh orang melayu dan mendedahkan melalui pembohongan skandal dalam entiti ekonomi orang melayu.

Pada masa yang sama orang UMNO sendiri sudah bertindak seakan pembangkang dan bersama DAP dalam mengutarakan isu isu yang dibangkitkan. Inilah yang DAP mahukan, melontar isu dan seterusnya menjadi virus kepada Barisan Nasional sendiri.

Pada tahun 2013 kita telah melihat satu scenario politik yang agak memeranjatkan dimana kita melihat penambahan pengundi muda Cina keluar mengundi dengan harapan pada PRU13 tersebut agenda yang mereka rancang 50 tahun yang lalu akan tercapai pada PRU13.

Dengan sokongan yang semakin meningkat diperolehi daripada generasi muda Cina dan India, orang Melayu . Pada gerakan seterusnya penyokong PKR dan PAS akan ditinggalkan secara berperingkat. Seterusnya DAP secara kuasa majoritinya akan mengubah beberapa dasar Negeri untuk memihak kepada orang bukan Melayu.

Tindakan ini merupakan strategi DAP yang mana  akan menyebabkan perselisihan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu kepada PKR dan PAS. Pengurangan sokongan terhadap PKR dan Anwar Ibrahim sengaja untuk melemahkan PKR sebagai suara utama pembangkang.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka tidak pernah dimaksudkan untuk Anwar menjadi PM akan datang, mereka hanya menggunakan beliau untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu yang meletakkan mereka di tempat duduk di Parlimen hari ini.

Pada peringkat terakhirnya DAP serta sekutunya akan merancang  dan mencipta isu yang bersifat perkauman untuk melihat tindak balas yang dilakukan oleh orang Melayu. Nyata dan jelas sekarang DAP sedang dan telah memainkan isu  yang berkaitan Hak Hak Ketuanan Melayu, Raja Raja, Islam dan juga bahasa Melayu.

Alvin Tan dan  Namewee dipergunakan untuk menghina orang Melayu serta kerajaan untuk melemahkan sokongan dan juga untuk meruntuhkan semangat dan rasa jelak kepada nilai politik yang dulunya menjadi amalan demokrasi yang baik. Sekarang politik ianya dilihat sebagai tempat  perkauman  yang dasyat oleh DAP .

Cabaran satu persatu dilepaskan kepada orang Melayu dengan harapan  untuk melihat  orang melayu bangun menentang . hal ini terbukti apabila himpuanan merah telah dibuat berikutan isu memijak gambar dibuat oleh PKR dan sekutunya.

Image | This entry was posted in Siri 1 - Dimanakah Melayu Selepas PRU14 and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s