Fakta Yang Disembunyikan Rafizi Dalam Penjualan EDRA Oleh 1MDB


Oleh rmf

Pembohongan Rafizi bukan setakat infomasi yang diberikan , malah dia berkeupayaan menyembunyikan fakta yang nyata untuk menguasai pemikiran rakyat dan menentang kerahaan.

Setiap maklumat atau ucapan yang dibuat oleh Rafizi semestinya disusuli dengan pencarian fakta agar kita tidak terpedaya dengan agenda pembohongan yang diberikannya dan diulas sebagai satu persepsi.

Hari ini Rafizi menimbulkan lagi persepsi yang mana  beliau berkata lebih banyak aset negara akan dijual kepada syarikat asing bagi menutup hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sedar atau tidak bahawa dia sendiri yang menimbulkan keraguaan terhadap prestasi  !MDB dalam hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

Dalam banyak ucapan yang diberikan Rafizi mempersoalkan bagaimana hutang 1MDB dilunaskan dan mengaitkan  dalam banyak perkara yang nagetif dan memertikaikan kemampuan pengurusan 1MDB.

Hal yang sama juga  dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan bersekongkol sekali dengan Muhyidin Yassin dalam mepertikaikan kewibawaan  engurusan 1MDB.

Adalah satu lagi pembohongan Rafizi dengan mengatakan bahawa , langkah 1MDB menjual aset penjana bebas (IPP) milik anak syarikatnya kepada konsortium China dan Qatar akan menyebabkan syarikat asing itu memiliki 100 peratus aset penjanaan tenaga.

Pernah tau tidak  rafizi bertanya tentang terma dan syarat penjualan yang dibuat oleh 1MDB  sebelum urusan penjualan asset  yang telah dibuat. Jawapannya sudah tentu tidak, kerana dipihak pembangkang  tidak akan menerima apa juga kebenaran dan sentiasa  akan  meyalahkan apa juga tindakan yang dilakukan.

 Dalam pada masa yang sama  kita dapati Rafizi juga mempertikaikan  pembelian tanha tanah strategic yang  dahulunya  tanah tersebut dipohon oleh kumpulan taikun Cina untuk membangunkannya dan ditolak  oleh kerajaan.

Kegagalan taikun cina memiliki tanah di Sungai Besi dan TRX telah meyebabkan banyak  fitnah dilakukan terhadap agensi agensi kerajaan yang berteraskan Melayu, Ini termasukla MARA, Tabung Haji, JAKIM, 1MDB dan semuanya bakal dimusnahkan oleh taikun dengan menggunakan  orang Melayu.

Sset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB adalah bertujuan untuk mermastikan Melayu mempunyai asset pegangan dikawasan strategic dalam  golden triangle.

Perkara ini telah menjadi duri dalam daging taikun Cina dimana kuasa manopoli yang mereka pegang kini sudah terdaptnya cabaran yang memungkin banyak lagi tempat yang bakal dibangunkan  atas nama kepentingan Melayu.

Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion

Penualan asset oleh 1MDN adalag dibuat bukan kerana mengadaikan harta negara akan tetapi adalah untuk mencairkan pegangan asset  yang dipegang  untuk melunaskan liability syarikat. Perkara ini sememangnya biasa dilakukan oleh mana man syarikat dalam negara ini.

Rafizi dalam memutar belitkan  maklumat telah mengatakan bahawa menggadaikan keselamatan dan kelangsungan perbekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB. Kenyataan ini amat salah dengan apa yang dia sendiri sarankan.

Semasa menabur fitnah 1MDB  Rafizi hanya mempertikaikan hutang 1MDB tetapi tidak pernah untuk menilai keupayaan pegangan asset yang ada dalam kemampuan membayar hutang oleh 1MDB. Kesilapan Rafizi ialah menyembunyikan fakta jelas untuk dimaklumkan kepada rakyat.

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Rafizi pernah atau tidak beliau memberitahu  rakyat  apakah yang dijual dan ditanggung oleh syarikat China yang membeli asset 1MDB? Sudah tentunya Rafizi akan memutar belitkan semuanya sehingga rakyat  menyerang kerajaan.

Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai.

CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

Jumlah RM18 billion ini adalah termasuk tanggunga libiliti yang Rafizi pertikaikan sedikit masa lalu. Apakah Rafizi juga menceritakan pegangan sedia ada oleh kerajaan dan terma syarat penjualan. Pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset yang telah ditandatangani.

Dalam urusan pengambil alihan ini sudah pastinya terma dan syarat melibatkan  penetapan tariff letirik yang dipersetujui disertakan oleh semua pembida

Langkah 1MDB menjual aset penjana bebas (IPP) milik anak syarikatnya kepada konsortium China dan Qatar akan menyebabkan syarikat asing itu memiliki 100 peratus aset penjanaan tenaga. Ini merupakan satu pembohongan yang mana kita  telah meletakkan kebergantungan tenaga kepada syarikat yang membeli Edra.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 55% pengeluar tenaga di Malaysia diikuti Malakof dengan 22% manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk ‘bailout’ sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Mengapakah perkara ini tidak pernah diberitahu  oleh Rafizi. Rupanya “Besi Buruk” yang dikatakan oleh kumpulan Rafizi ini adalah “berlian” yang amat berharga dipasaran  global. Justeru itu Rafizi harus melihat semula kenyataan yang dibuat sebelum menimbulkan persepsi baru dalam isu penjualan Edra oleh 1MDB.

Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB.? Adakah mereka lupa tentang “billout”?

Jangan kerana kesilapan sendiri mengkritik maka Rafizi mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion.

Semua ini akan dibentangkan pada bulan Februari 2016 akan datang dan merupakan satu kejayaan yang besar dalam usaha pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Untuk pengetahuan semua 1MDB masih mempunyai asset yang banyak  dalam mengukuhkan kedudukan 1MDB. Diantara aset yang masih lagi dalam pegangan ialah 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!

Seharusnya Rafizi menumpukan   isu yang berkaitan DIEG yang mana menggunakan dana awam oleh PKR dan berberapa skandal kewangan yang melibatan  jumlah jutaan ringgit dan  yang terbaru ialah mengindahkan pintu gerbang sebanyak RM9.8 juta.

Dimakah Rafizi diwaktu ini dalm isu penyalahan guna wang rakyat  olek PKR. Senyap dan mengunci setiap sendi mulut dan  tangan saolah olah merestui wang rakyat digunakan sewenangnya tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan rakyat.

.

Image | This entry was posted in Fakta Yang Disembunyikan Rafizi Dalam Penjualan EDRA Oleh 1MDB and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s