Taikun Peruncitan Asia Barat Lulu Group Adakan Perbincangan Perlaburan Peruncitan Bersama Felda Holding


Oleh rmf

Felda Holdings Berhad, bersama-sama dengan anak syarikatnya, menghasilkan dan memasarkan minyak sawit. Aktivitinya termasuk ladang kelapa sawit; dan minyak sawit , termasuk penapisan dan pemasaran produk minyak sawit.

Syarikat itu juga menghasilkan minyak masak, getah, koko, dan baja; dan memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal. Di samping itu, ia terlibat dalam pengurusan ladang, penanaman semula, penyelidikan pertanian dan pembangunan, pengilangan, dan aktiviti ternakan lembu.

Di samping itu, syarikat ini  menawarkan IT, pelancongan, agro-pelancongan, kejuruteraan, pembinaan, pembangunan hartanah, keselamatan, penyimpanan, dan perkhidmatan logistik.

Felda Holdings Berhad sebelum ini dikenali sebagai FELDA Perkhidmatan Korporat Perbadanan dan menukar nama kepada Felda Holdings Berhad pada bulan September 1995.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1988 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia yang mempunyai pejabat pemasaran di London, United Kingdom. Ia juga mempunyai operasi di China, Pakistan, Thailand dan Indonesia.

Sehingga 27 Disember 2013, Felda Holdings Berhad beroperasi sebagai anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Baru baru ini Felda Holding dalam mengembangkan perniagaan runcitnya telah mengadakan perbincangan bersama Lulu group sebuah syarikat yang mempunyai rantian pasar raya yang terbesar di Asia Barat.

Dalam perbincangan tersebut Lulu Group akan membuat perlaburan awal bernilai hampir US$300 juta  dalam mengembangkan pasaran runcit di Malaysia  bagi tempoh masa dua tahun akan datang.

Pengarah Urusannya Yusuffali M.A  berkata  Lulu Group akan membuat perlaburan yang mana melibatkan perlancaran 10 buah pasar raya bertaraf hyper market dan akan memperluaskanya  di seluruh Malaysia dengan cara berperingkat.

Jalan Munshi Abdullah dipilih sebagai lokasi yang pertama pilihan Lulu Group bagi memulakan operasinya di Malaysia. Persiapan pasar raya tersebut sedang dalam pembinaan dan berada di peringkat akhir persiapannya. Pembukaan  pasar raya ini dijangka akan  dilancarkan pada bulan February tahun depan.

Lulu Group, yang ketika ini mengendalikan 118 pasar raya besar dan pusat beli belah di Asia Barat dan India, terkenal dengan pengalaman beli belah berkelas dunia, barangan berkualiti tinggi, harga kompetitif dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Selain dari peruncitan Lulu Group  juga antara pengimport terbesar barangan pertanian dan bukan makanan Malaysia ke Asia Barat.

Diantara negeri  yang dipilih oleh Lulu Group untuk menempatkan pasar raya adalah di Kota Bharu (Kelantan), Shah Alam (Selangor), Ipoh (Perak), Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu.

Perkembangan terkini dimana proses pembinaan pasar raya  dilain lain tempat terpilih telah mencapai tahap siap hampir 60%-70%. Perkembangan  ini di beritahu ketikan perbincangan bersama FELDA dan disamping mengenal pasti kawasan kawasan yang berpotensi di Malaysia,

Perjanjian mengenai pelaburan itu telah dimuktamadkan dengan pemaju runcit terkemuka seperti Greenhill Resources Sdn Bhd (Setia City Mall), KLIA Properties Sdn Bhd (untuk projek baharu mereka di Bangi) dan PNB Commercial Sdn Bhd (Perling Mall di Johor Bahru).

Lulu Group memilih Malaysia sebagai lokasi mewngembangkan perniagaan mereka adalah disebabkan  Malaysia adalah sebuah negara yang mesra pelabur , dasar yang terbuka dan mempunyai prasarana yang berkelas dunia disamping mempunyai  kestabilan ekomoni.

Yusuffali  berkata bahawa pasar raya besar Lulu merangkumi format pasar raya dan gedung serbaneka, di samping berhasrat membawa dunia baharu beli belah kepada penduduk di Malaysia.

“Pada peringkat global, kami mempunyai lebih daripada 35,000 pekerja dari pelbagai negara dan projek kami di sini akan menyediakan 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia,”

“Bagi memperlengkapkan rakyat Malaysia yang bekerja dengan kami secara lebih baik, mereka akan dilatih di kesemua pasar raya besar kami di sini dan juga akan dibawa ke oulet kami di Asia Barat,” kata Yusuffali.

Ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Emiriyah Arab Bersatu tahun lepas, beliau secara peribadi melawat Lulu Hypermarket di Abu Dhabi dan memberi penghargaan atas kualiti serta rangkaian barangan pasar raya besar berkenaan dan terutamanya kepelbagaian barangan Malaysia yang dijual di sana.

Image | This entry was posted in Taikun Peruncitan Asia Barat Lulu Group Adakan Perbincangan Perlaburan Peruncitan Bersama Felda Holding and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s