Malaysia alu-alukan sokongan Jepun terhadap Asean


Oleh rmf

Malaysia alu-alukan sokongan Jepun terhadap Asean

 

KUALA LUMPUR – Malaysia sebagai hos Asean 2015 menjadi bertambah terangsang dengan komitmen berterusan dan pengesahan sokongan padu Jepun kepada pemusatan Asean, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak Asean-Jepun Ke-18 di sini hari ini, beliau mengalu-alukan sokongan Jepun terhadap peranan utama Malaysia dalam mekanisme Asean termasuk Asean Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

“Ia sudah tentu berharga untuk diambil kira kita menjalankan Sidang Kemuncak Jepun-Asean bagi kali keempat dalam tempoh dua tahun lebih sedikit. Ini merupakan pengakuan kepada kepentingan yang Asean tempatkan ke atas Jepun sebagai sebuah rakan dialog,” katanya.

Najib berkata Jepun memainkan peranan aktif dan penting dalam pembangunan Asean terutama ke atas usaha untuk membentuk Komunti Asean yang bersepadu.

“Kita yakin Jepun akan meneruskan komitmen padu dan perkongsiannya dengan Asean sementara kita mula melangkah memenuhi Wawasan 2025 kita,” katanya.

Sidang Kemuncak Jepun-Asean diadakan sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-27 yang berakhir hari ini.

Asean terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – Foto Bernama

Sinar harian- 22 NOVEMBER 2015

Image | This entry was posted in Malaysia alu-alukan sokongan Jepun terhadap Asean and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s