Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi-Tiada Kompromi Dalam Isu Keselamatan dan Keganasan Terhadap Negara #ZahidHamidi


Oleh rmf

Semenjak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan  merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  dilihat lebih menunjukkan kecenderungan dalam  menangani masalah keselamatan agar ianya dapat ditangani dengan lebih berkesan lagi.

Bagi pengalaman negara kita Malaysia, kita telah melalui ancaman subversif, ia adalah keganasan dalam aktiviti komunis. Sejak sebelum merdeka, setelah pengisytiharan darurat pada tahun 1948 sehinggalah akhir-akhir tahun 80an.

Dalam aspek undang-undang, bermula 1960, kita mempunyai undang-undang pencegahan, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kemudiannya Akta ini telah dimansuhkan ekoran daripada kontroversi dan tekanan hak asasi

Pemansuhan ISA dalam menjaga isu keselamatan negara yang dicadangkan oleh pembangkang telah menjurus kepada banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Tekanan pemansuhan ISA yang dibuat atas nama hal asasi telah merumitkan lagi sistem menjaga keselamatan negara.

Pembangkang dalam agendanya yang tersembunyi melihat  pemansuhan ISA ini telah banyak memberikan ruang dan peluang untuk mereka melakukan  setiap gerakan yang  mengancam keselamatan tanpa ada susulan akta yang lebih keras  mengantikan ISA.

Resolusi 2178 pada 24 September, 2014 dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara menggariskan keperluan bagi setiap Negara Anggota untuk mengemukakan langkah-langkah mencegah keganasan.

Perenggan 59 Kertas Putih mengesyorkan suatu undang-undang baharu dibentuk untuk memenuhi komitmen Malaysia dalam membasmi ancaman keganasan.. Malaysia menunjukkan komitmen sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) untuk membasmi keganasan.

POTA dibentangkan di Parlimen pada 26 November 2014 sebagai usaha mencegah aktiviti keganasan di dalam dan luar negara. Namun begitu, penggubalan akta ini mempunyai kelemahan. Ia dapat diperhatikan menerusi dua aspek iaitu aspek undang-undang dan kesesuaian pelaksanaannya di Malaysia

Seksyen 19 POTA dalam perspektif Perlembagaan

Usul rang undang-undang Seksyen 19 POTA dengan menyatakan:

“(1) Tiada apa-apa kajian semula kehakiman dalam mana-mana mahkamah mengenai, dan tiada mahkamah mempunyai atau boleh menjalankan apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat Lembaga pada menjalankan kuasa budi bicara mengikut Akta ini, kecuali mengenai apa-apa persoalan tentang pematuhan apa-apa kehendak tatacara dalam Akta ini yang mentadbir tindakan atau keputusan ini.”

Sebagai  Menteri  Dalam Negeri  dalam menjalankan tugas telah menetapkan bahawa  setiap keganasan yang dilakukan  tidak akan terlepas melalui sistem perundangan yang ada dalam negara ini.

Menteri Dalam Negeri sekarang dilihat lebih cenderung dalam memperkasakan sistem keselamatan negara  dalam apa juga keadaan dengan menambahbaik setiap kelemahan yang dikesan dimana akan menganggu gugat keamanan yang dikecapi selama ini.

Masalah takrif terhadap ‘keganasan’ oleh pihak pembangkang dilihat amat berbeza sekali dengan takrif yang kebiasaannya digunapakai. Mereka meletakkan talrif keganasan tersebut  kepada kumpulan pengganas seperti al-Qaeda, Taliban, Jemaah Islamiyah, Abu Sayyaf dan ISIS.

Pada masa yang sama mereka lupa dalam takrif keselamatan negara  ini ianya juga berkisar kepada apa juga bentuk tindakan yang mengancam keselamatan dan keamana juga boleh dikatakan melakukan keganasan walaupun diistilahkan dalam  pelbagai masud yang berbeza.

Dapat dilihat di sini, takrifan siapa kumpulan pengganas itu agak bermasalah kerana ‘terrorisme’ itu agak samar. Pemahaman berbeza mengenai takrif terrorisme, keganasan, ekstremisme dan radikalisme dilihat merupakan perkara yang sama iaitu mengugat keamanan dalam sesabuah negara.

Perkara ini semestinya dihalang dalam apa cara sekali pun. Walaupun terdapatnya POTA. SOSMA yang baru mengantikan ISA, seharusnya ianya mesti dilihat lebih berkesan dalam menangani apa juga isu keselamatan negara.

Sesuatu akta yang diperuntukkan kebiasaanya merangkumi pelbagi aspek yang melibatkan keselamatan tidak kira dilakukan oleh  kumpulan negara asing atau pun dalam negara. Sebagai contoh yang cukup nyata apabila berlakunya  serangan di Lahad Datu, benar ianya dilakukan oleh kumpulan dari negara luar untuk mengganggu gugat keselamatan negara.

Pada masa yang sama akta ini juga boleh melihat bagaimana penyaluran maklumat dilakukan oleh “orang dalam” yang menyokong  keganasan tersebut dilakukan. Sokongan terhadap pengans ini juga  boleh dikategorikan sebahagian dari kumpulan penganas.

Dalam perspektif negara kita, kita tidak boleh menjuruskan minda hanya kepada ‘keganasan’ dalam konteks sempit Barat itu, kita hendaklah melihat ancaman ‘kepada’ agama, juga sebagai satu bentuk ‘keganasan’. Sekarang ini telah banyak berlaku dengan provokasi terhadap agama dilakukan tanpa rasa sensitive terhadap kaum yang lain.

Kesan daripada provokasi ini kemungkinan besar akan menjurus kepada keganasan agama dan kaum. Bukan kah ini juga satu bentuk ancaman keganasan yang  berada dihadapan mata kita di Malaysia yang mempunyai  kepelbagaian etnik , jika tidak di tangani dengan baik maka itu lah yang akan berlaku.

Dalam pada masa yang sama kita perlu melihat bagaimana perkataan ‘subversif’ (subversive) dan juga ‘keganasan terancang’ (organised violence) menjadi dua kata kunci. Dua istilah ini digunakan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan keduanya tidak ditafsirkan oleh Perlembagaan.

Justeru itu, atas kesedaran ini,  Ahmad Zahid  pada masa kini telah lebih dilihat sebagai orang yang cukup komited dalam memastikan keselamatan negara berada pada tahap yang terbaik. Pelbagai lawatan  dilakukan dan membincangkan isu keselamatan bagi memastikan Malaysia berada dipersada keselamatan yang cukup hebat dan dapat menangani apa juga tindakan anasir luar kepada negara ini.

Walaupun pada dasarnya  keganasan perlu mengambilkira konteks kesesuaian mengikut negara masing-masing semasa proses penggubalan POTA mengambil tempat. Kacamata persepsi keganasan bukan  hanya tertumpu kepada pergerakan ISIS dan al-Qaeda malah ianya juga boleh dilihat  keganasan yang dilakukan oleh sebilangan kumpulan yang melakukan demontrasi yang mana  ianya juga menganggu guat keselamatan dan keharmonian negara.

Sebagai asas nya demontrasi serta ucapan yang menghasut juga boleh dijadikan alat pengukur sepenuhnya dalam memastikan tindakan melalui POTA dan SOSMA dilaksanakan.Pendekatan awal konsep membanteras keganasan bukan hanya bermula apabila berlakunya serangan dari luar,  Namun ianya boleh dilihat juga bagaimana sesuatu demontrasi dilakukan.

Langkah pengawalan dari segi pembanterasan dan mengenal pasti setiap gerakan demontrasi atau kumpulan yang menjurus kepada hasutan yang bakal meyebabkan keganasan harus dipandang serius.

Malaysia sejak dahulu lagi mengamalkan “Zon Aman Bebas dan Berkecuali” bukanlah seperti negara seperti Iraq, Pakistan, Syria mahupun Amerika Syarikat. Justeru itu, penekanan terhadap langkah mengatasi keganasan seharusnya diambil secara pragmatik tanpa dipengaruhi kuasa-kuasa Barat.

Sebagai sabuah negara Timur yang bertamadun, Malaysia lebih menjurus kepada penekanan  terhadap keamanan sejagat dan menolak apa juga bentuk keganasan, ekstremisme dan radikalisme yang dilancarkan dalam negara ini.

Pembenterasan awal ini memerlukan satu tindakan yang tegas bagi memastinya  kumpulan kumpulan ini tidak menjadi barah kepada negara. Dalam hal ini apa juga bentuk tindakan daripada kumpulan hak asasi haruslah ditolak sewenangnya demi memastikan keamanan kekal dalam negara ini.

Seterusnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

SOSMA, yang dikatakan sebagai menggantikan ISA, ialah sebuah Akta “bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait”.

Walaupun kita telah mempunyai undang-undang menangani keganasan, dalam menyediakan prasarana meyelesaikan masalah ancaman keganasan, undang-undang pencegahan adalah antara perkara utama. Serata dunia, banyak negara, atas alasan ‘ancaman keganasan’ telah menyediakan undang-undang pencegahan.

Kita tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini kerana ancaman kepada kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan sesuatu yang  boleh dikompromi.

Amat tepat sekali apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri  menyatakan bahawa apa juga bentuk keselamatan dan juga keganasan yang dirancang dan terancang  tidak akan diberikan ruang dan kompromi dalam usha kerajaan untuk memastikan keselamatan rakyat dalam negara ini.

Hukuman yang setimpal akan diberikan mengikut lunas lunas perudangan, Oleh kerana ancaman keganasan ini boleh merebak hanya dengan hujung jari,  undang-undang lebih mantap dan bersifat pencegahan amat diperlukan. Kita memerlukan undang-undang mencegah, bukan sahaja undang-undang yang menghukum dalam bentuk jenayah biasa

Image | This entry was posted in Datuk Seri Zahid Hamidi-Tiada Kompromi Dalam Isu Keselamatan dan Keganasan Terhadap Negara #ZahidHamidi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s