Datuk Noor Ehsanuddin – Pembinaan Jalanraya Diantara Bandar Penawar dan Kota Tinggi Harus DiPercepatkan


Oleh rmf

a7fc8-ehsannuddin

Kemudahan infrastruktur  terutama sistem jalanraya yang baik adalah permangkin kepada  pembangunan ekonomi setempat dan melambangkan kemajuan satu satu tempat.

Pembinaan jalanraya memastikan perjalanan antara bandar ke bandar atau negeri ke negeri menjadi mudah. Keadaan jalanraya yang menghubungkan semua kawasan ini menyebabkan semua tempat mampu dihubungi tanpa sebarang masalah.

Malah, pembinaan jalanraya mampu menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah kawasan. Lebih banyak industri atau perniagaan diwujudkan kerana pengguna boleh sampai ke kawasan terbabit tanpa sebarang masalah.

Kawasan yang sukar dihubungi menjadi kawasan yang mudah dikunjungi tanpa masalah. Keadaan ini membawa kepada wujudnya kawasan-kawasan bandar baru di sepanjang jalanraya. Pembinaan kawasan kilang di sepanjang jalanraya sudah menjadi satu fenomena biasa.

Oleh yang demikian atas kesedaran itu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dalam perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini, memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT 092 dari dua lorong kepada empat lorong yang menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi dipercepatkan.

Desakan untuk mempercepatkan  pembinaan jalanraya yang menghubungkan antara Bandar Bandar kecil akan merancakkan  perkembangan ekonomi setempat. Dengan tidak secara langsung ianya akan meningkatkan taraf kehidupan setempat.

Dalam hal yang sama Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menegaskan bahawa perlebaran jalan yang dimaksudkan  itu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan  disebabkan kekurangan ruang  bagi kenderaan yang semakin bertambah disamping mengelakkan kesesakan.

Penggunaan jalanraya diantara Penawar dan Kota Tinggi semakin hari bertambah  dan mengundang kepada risiko terhadap pengguna jalanraya yang lain. Ini amat merbahaya jika  permohonan  jalanraya ini tidak dipercepatkan.

Projek Rapid yang sedang dijalankan di Penawar sekali gus akan memberikan peluang dan ruang kepada  rakyat setempat untuk menikmati bersama . Justeru itu mempercepatkan tindakan membangunkan jalanraya diantara Pengerang dan Kota Tinggi seharusnya  diambil tindakan segera…

Adalah dijangkakan pada masa akan datang  Bandar Penawar akan berubvah wajah sebagai sebuah Bandar yang maju membangun. Oleh yang demikian asas pembangunan  utama iaitu jalanraya mesti dinaiktarafkan sebagai sebuah jalan yang mampu menampung keperluan semasa.

Tanpa kita sedari pembinaan jalanraya memberikan imej moden terhadap sesabuah bandar. Masyarakat luar akan menilai pembangunan sesebuah negara itu melalui kemajuan infrastrukturnya seperti jalan raya. Kemodenan dalam jalanraya terjelma dalam sikap masyarakat dan pemimpin negara kita yang memang dahagakan pembangunan yang positif.

Jadi, pembinaan jalanraya memang baik untuk pembangunan ekonomi negara terutama dalam era moden ini. Semua produk mampu digerakkan dalam tempoh yang pantas dan murah melalui jalanraya. Rakyat negara ini turut menikmati pelbagai kemudahan yang tersedia ada di lebuh raya itu.

Video Ucapan Pembentangan

Image | This entry was posted in Datuk Noor Ehsanuddin – Pembinaan Jalanraya Diantara Bandar Penawar dan Kota Tinggi Harus DiPercepatkan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s