Zahid Hamidi -Abu Sayyaf tambah syarat bebaskan Bernard Then


Oleh rmf

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan kes penculikan rakyat Malaysia di  Sabah adalah bermaksud bahawa tiada  insiden  seperti yang kita baca di media sosial.

Memangnya dasar pembangkang, melulu , istilah yang sebaiknya diberikan kepada Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang dalam  memberikan ulasan berita mengenai pemengalan kepala Bernard Then yang  terbunuh dalam operasi  keselamatan kerajaan Filipina. http://malaysiakini.com/news/320025

Sekali Guan  Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan  untuk meraih simpati. Begitu juga dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen yang  mana berkata keluarga mendiang berhak mengetahui mengapa mendiang Bernard tidak dapat diselamatkan dan menjadi korban keganasan kumpulan militan itu.

Sedangkan pada dasarnya berita tersebut memerlukan pertimbangan agar ianya dapat diperjelaskan dengan sebaiknya oleh kerajaan.Namun pembangkang terus  membuat kenyataan untuk menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak perihatin terhadap nasib yang menerima  tebusan .

Dalam pada Masa yang sama juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan kesal dengan keadaan itu kerana perunding pada mulanya sudah bersetuju dengan syarat awal, tetapi kumpulan terbabit secara tiba-tiba menambah syarat bagi membolehkan rakyat negara ini yang ditawan itu dilepaskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, memeterai Persetujuan Meningkatkan Kerjasama Mencegah dan Memerangi Jenayah Berat dengan Amerika Syarikat. Memeterai perjanjian itu, Amerika Syarikat diwakili Duta Besar ke Malaysia, Joseph Yun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Segambut seakan menunjukkan bahawa  pemengalan kepala Bernard tersebut ada mempunyai kaitan dengan lawatan kerja Najib Razak ke Filipina.

Semua ini adalah untuk membuka isu baru setelah berbagai isu yang dibangkitkan tidak  berjaya. Pembangkang dalam pelbagai usaha untuk memburukkan negara  akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan  keuntungan politik.

Dalam pada masa yang sama juga, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa perbahasan mengenai pembunuhan kejam seorang warganegara Malaysia dari Sarawak, Bernard Then Ted Fen yang dipenggal kepalanya,

Dalam kenyataannya di roketkini, Lim Kit Siang sekali gua terus menghukum kerajaan dan Negeri Sabah  dalam insiden yang tidak disahkan itu dengan mengatakan bahawa pembunuhan Bernard menjadi peringatan kepada Asia Tenggara khususnya Sabah sebagai lokasi berbahaya dan menjadi lubuk pengganas sekaligus menjadi ancaman kepada masyarakat moden

Seharusnya kedua dua Lim ini menunggu perkembangan barulah mereka membuat kenyataan. Seadatnya perangai pembangkang begitu. Namun mereka tidak pernah memikirkan kebenaran dan mungkin tiada istilah kebenaran dalam perjuangan parti mereka.

Kerajaan Malaysia adalah serbuah kerajaan yang amat bertanggung jawab terhadap rakyatnya, mana mungkin sesuatu kes penculikan  terhadap rakyatnya dibiarkan begitu sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang semuanya merujuk kepada keburukan kerajaan.

Pihak berkuasa Filipina memaklumkan telah menemui kepala warga Malaysia, Bernard Then yang dipenggal. Ia disahkan Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin kepada akhbar The Star.

Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Ia diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan“Bernard Then Ted Fen”.

Mangsa yang sebelum inu diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang Selasa.

Image | This entry was posted in Zahid Hamidi -Abu Sayyaf tambah syarat bebaskan Bernard Then and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s