Nurull Izzah Mohon Bantuan Anak Kiram- Anak Kiram Kata sebelum Ini Kata Tiada Kaitan


Oleh rmf

Lahat Datu telah menceritakan sejarah pengorbanan perajurit kita mempertahankan kedaulatan negara. Kedaulatan tanah tumpah yang memerlukan pengorbanan. Walaupun seinci   namun ianya harus dipertahankan dengan nyawa dan darah.

Sekumpulan militan yang didakwa sebagai “Tentera Diraja Kesultanan Sulu”. Seperti yang kita sedia maklum, krisis yang  sudah berlarutan  sehingga mengorbankan 8 orang anggota polis (termasuk di Semporna).

Pencerobohan Lahad Datu oleh militan Moro yang awal-awal lagi sudah digembar-gemburkan media pembangkang sebagai suatu sandiwara oleh kerajaan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa dan menutup kelangsungan perkembangan  siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai kontroversi Projek IC ( kata mereka yang membuat isu).

Ia dilakukan semata-mata demi meraih simpati rakyat sebagaimana kononnya ketika peristiwa Sauk dahulu (bukan juga sandiwara kerana sudah terjawab). Dalam  hal yang sama  pencerobohan Lahat Datu tersebut dilihat terdapatnya ruang persoalan yang banyak dan perlu dijawab oleh pihak pembangkang.

Pembangkang dalam hal ini terus mengatakan bahawa ianya adalah konspirasi kerajaan , tetapi  secara logiknya jika kerajaan nak cetuskan kekacauan melalui covert operation ala 911 seperti yang dilakukan oleh Bush untuk menyemarakkan Islamophobia dikalangan rakyat Amerika Syarikat then kenapa tak gunakan ajer “Christian fanatics” tempatan untuk cetuskan konflik?

Akan tetapi krisis bersenjata ini melibatkan kumpulan militan daripada selatan Filipina yang umum sudah mengetahui ianya ‘restive area’ (wilayah bergolak). Turut mengeruhkan keadaan, kumpulan yang sama juga terbabit dalam tuntutan mereka ke atas Sabah!

Jadi  tak ada mana logiknya  pulak kerajaan bawa masuk mereka sebagai modal political milleage?. Jika benar sekalipun, apakah kerajaan mengarahkan supaya anggota APMM dan Polis Marin untuk berdiam diri sekiranya kumpulan penceroboh tersebut memasuki perairan kita?

Sekarang kita kupas agar semuanya terjawab dengan gambar terbaru Nurul Izzah bersama Puteri Sulu dalam satu Majlis  yang berlatar belakangkan pokok krismas.  Jadi apakah dengan pertuduhan kepada kerajaan Malaysia yang mengatakan bahawa  sendiwara dalam insiden Lahat Datu berkaitan dengan UMNO atau kerajaan Malaysia.

The Manila times dalam artikelnya telah menyebut bahawa sebelum kejadian pencerobohan tersebut terdapatnya perjumpaan diantara Anwar Ibrahim dengan saorang pemimpin  moro di Manila. Dan secara langsung menyatakan bahawa  Anwar terlibat secara langsung dalam agenda pencerobohan tersebut.

Ikatan  intim yang nyata diperlihatkan oleh Anwar Ibrahim dan anak perempuannya Nurul Izzah  dengan kelompok ini. Jadi dengan tidak secara langsung  apa yang mahu disampaikan oleh Anwar Ibrahim dalam mencadangkan kuasa autonomi keatas Sabah ialah dengan menggunakan  orang Sulu  sebagai alasan untuk mengambil tanah adat di Lahat Datu.

Dengan cara ini tuntutan akan dibuat kepada kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kuasa autonomi bagi Sabah atau pun Lahat Datu. Sebagai ahli politik, tentulah beliau menawarkan janji-janji apabila berkuasa kelak.

Apatah lagi dijanjikan pula kuasa autonomi Sabah, maka para ‘sultan-sultan’ oportunis pun tertariklah dengan tawaran lumayan sedemikian bagai orang mengantuk disorong bontol bantal. Bagai beruk disua pisang.

Sekarang segala yang tersembunyi telah dinyatakan secara jelas bahawa terdapatnya ikatan yang intim diantara pembangkang  dan Sulu. Jadi dengan tidak secara langsung juga  apa yang diperkatakan oleh pembangkang mengenai kaitan dengan konspirasi  oleh kerajaan Malaysia hanya mitos semata mata  sekadar untuk menyembunyikan  agenda mereka.

Berbalik kita  mengenai perjumpaan Nurul Izzah dengan ‘Puteri’ Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu ‘mendiang’ Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair

Acara ini berlaku di Filipina pada 9 Nov, sebelum Kejadian memenggal kepala tebusan MalaysiaBernard 

Puteri sulung  Anwar Ibrahim, Nurul Izzah kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama iaitu berkempen memperjuangkan pembebasan tahanan liwat Anwar Ibrahim. Adakah semua yang berlaku ini  secara kebetulan?

Jika kita imbas kembali , pembangkang telah awal mengetahui kemasukan tentera penganas Sulu ke Sabah . Ini  dibuktikan dengan satu video yang dinayanyikan oleh Anwar Ibrahim bertajuk “ Sabah Dah hilang”  sebelum berlakunya  kejadian tersebut.

Persoalan yang paling mudah dan perlu dijawab oleh pihak pembangkang  Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?

Adakah Pembangkang mempunyai talian hubungan dengan puak lanun Abu Sayyap, dan  selepas kejadian Lahat datu , banyak kejadian culik yang berlaku di perairan Sabah dan pada masa itu juga pembangkang terus menyalahkan kerajaan  dalam isu keselamatan.

Pada masa yang  sama mereka juga membantah apa juga  pembelian asset keselamatan  yang baru bagi menangani kekurangan  teknologi keselamatan perairan. Mereka juga mempertikaikan penggunaan bot bot berkuasa tinggi dan menentang tindakan tegas pihak keselamatan terhadap penceroboh perairan.

Kini Nurul Izzah  merupakan teman dan mempunyai ikatan  bersama puteri sulu kiram, jadi apakah ini tidak membuktikan bahawa sememangnya pembangkang  mempunyai hubungan dengan penganas yang bermaharajalela di laut Sulu.

Dalam satu twitter kepunyaan puteri Sulu kiram ini rata rata mengatakan bahawa Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut. Lihat disini http://www.malaysiakini.com/news/223867 Di sini http://www.interaksyon.com/article/57077/sulu-princess-starts-tweeting-stirs-mixed-emotions

Untitled

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut. Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya

Secara tidak langsungnya  dan secara logiknya Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai ikatan dengan ketua penganas sulu iaitu Puteri Sulu Kiram dan konspirasi yang berlaku di Sabah adalah merupakan agenda untuk mendapatkan Sabah oleh pembangkang dengan melakukan fitnah kepada kerajaan.

Pada tahun 2013  satu kenyataan penafian bahawa Puteri Sulu Kiram tidak mempunyai kaitan dengan pembangkang di Malaysia. Namun hari ini kaitan tersebut dinbilai dengan  sokongan Puteri tersebut dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim

“Kami tidak ada kaitan dengan pembangkang Malaysia dan tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak pembangkang sekalipun,” kata puteri Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram dipetik interaksyon.com,

Kini banyak lagi gambar dimana penglibatan Nurul Izzah bersama anak sulung mendiang Jamalul Ikram, Jacel Kiram. Jacel Kiram sekarang sedang dalam proses untuk bertanding sebagai Senator di Filipina dan antara janji pilihanraya beliau adalah beliau akan menuntut Sabah dari Malaysia.

Apakah ini sudah tidak cukup lagi bukti mengatakan bahawa kaitan diantara pembangkang terutama PKR  dengan Sulu atau penganas Sulu. Apakah ini juga boleh mengaitkan kejadian culik di Sabah mempunyai perancangan yang teliti untuk memperlihatkan Malaysia sebagai  sebuah negara yang tidak selamat.

Sekali gus memperlekehkan sistem keselamatan negara dan akan menyebabkan rakyat menuntuk satu tindakan drastic daripada kerajaan bagi memastikan  sistem keselamatan perairan diperkemaskan.

Ingin saya ulang semula, bahawa nyanyian yang cukup merdu yang mempunyai maksud yang mendalam dari Anwar Ibrahim dan memerlukan penjelasan yang rapi sebelum terjadinya pencerobohan sulu.

Mungkin ya dan mungkin tidak. Masih ingatkah kita lagi bila mana Anwar Ibrahim menyanyi di pentas, “tanya sama pokok apa sebab Najib goyang” ketika hampir tragedi pencerobohan Lahad Datu? Adakah Anwar Ibrahim berkonspirasi di dalam tragedi berkenaan?

Image | This entry was posted in Nurul Izzah (pembangkang) Mohon Bantuan Anak Pengganas Sulu- Sebelum Kackel kata tak ada hubungan dgn Pembangkang and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s