Pembangkang Perlu Jelaskan Isu Lahat Datu Dahulu , Sebelum Minta Kerajaan Perjelaskan Isu Bernard


Oleh rmf

Berdasarkan kepada sejarah,  negara kita telah berdepan dengan beberapa siri ancaman keselamatan bermula dengan ancaman pengganas komunis semasa darurat dan kemunculan beberapa kumpulan militan seperti kumpulan tentera sabilillah, kumpulan  Nasir  Ismail, Al-Maunah dan yang terbarunya kita berhadapan dengan serangan penganas Sulu di Lahat Datu.Kesemuanya menuntut berlakunya peperangan dan pertumpahan darah serta nyawa.

Dalam menangani pelbagai ancaman yang dihadapi oleh negara maka pendekatan yang bersepadu wajar dilaksanakan, antaranya ialah dengan perlunya kesedaran semua pihak bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan adalah tanggungjawab bersama.  Perlu difahami bahawa ruang lingkup ancaman keselamatan negara amat luas dan musuh wujud di mana-mana sahaja.

Sebagai rakyat yang menyayangi negara ini, sudah tentu kita rasa kekesalan diatas pencerobohan yang berlaku di Sabah ketika ini sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kematian anggota keselamatan negara.

Sabah adalah sebuah negeri yang berdaulat di bawah Malaysia dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan bumi kita dari diceroboh oleh mana-mana pihak sekalipun.

Lebih-lebih lagi apabila kumpulan penceroboh dan pengganas itu telah membunuh lapan orang anggota keselamatan negara kita dengan zalimnya. Malangnya ada juga pihak tertentu yang cuba menimbulkan kecelaruan dengan menuduh tragedi yang mencabar maruah negara kita itu hanya sandiwara

Dimasa ini apakah kita melihat respon atau tindak balas politik yang dizahirkan oleh Lim Guan Eng serta ahli pembangkang yang lain. Malahan mereka terus menerus memperkotak katikkan  nyawa perajurut negara yang mempertahankan Lahad Datu.

Pembangkang adalah golongan yang sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara temasuk soal pembelian kapal selam Scorpene boleh disifatkan sebagai pengkhianat kepada negara. ketua pembangkang yang cuba membawa peguam dari luar berhubung isu kapal selam.

Pertama sekali, ia berkaitan isu keselamatan negara yang tidak sepatutnya dibangkitkan demi menjamin keselamatan negara kita. Pernah kah mereka terfikir bahawa dengan cara  yang mereka lakukan itu adalah memberikan ruang kepada musuh untuk menyerang negara ini.

Kerajaan saban tahun dan sentiasa menambaikan  sistem pertahanan negara, Sentiasa peka dengan  kedaulatan negara. Teknologi yang cukup terkini dan bersesuaian digunakan untuk mengawal persempadanan negara.

Tetapi pembangkang di Malaysia sentiasa mepertikaikan setiap pembelian asset pertahanan dan sekalai gus membuka rahsia keselamatan  pertahanan negara kepada umum. Dengan tidak secara langsung , penyusupan  musuh mudah dilakukan.

Seperti isu kapal Selam , Jet pejuang seharusnya pihak pembangkang  tidak mempolitikkan soal kapal selam milik negara ini kerana ia kelengkapan persenjataan untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita tentang dengan pembunuhan tebusan Malaysia oleh pengganas semalam,  seluruh rakyat Malaysia terkejut dan sedih Beliau juga mengutuk keras tindakan terhadap Bernard Then Ted Fen itu.

Dalam kejadian ini, pembangkang yang diketuai oleh Lim Guan Eng sudah pastinya menggunakan isu pembunuhan ini untuk menunjukkan rasa simpati dan meyalahkan kerajaan Malaysia dalam isu  keselamatan.

Tetapi pernah atau tidak Lim Guan Eng bersuara dalam Isu Lahat Datu yang telah membunuh  lapan orang perajurit negara, malahan  pembangkang  mengatakan ianya hanya sendiwara sahaja. Mengapakah  ketika ini isu pembunuhan saorang warganegara yang telah diculik amat  diberikan perhatian.

Sedangkan kejadian tersebut berlaku , difahamkan adalah disebabkan  serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan Filipina terhadap kumpulan Abu Sayyap. Kita sedia maklum bila keadaan ini berlaku  sesiapa sahaja  yang menjadi tebusan akan mengambil peluang untuk melarikan diri.

Semalam dilaporkan kumpulan pengganas Abu Sayyaf memancung kepala jurutera 39 tahun itu yang menjadi tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu

Lim Guan Eng secara langsung telah mempertikaikan dan mendakwa kegagalan pasukan keselamatan dalam menjaga perairan di Sabah. Sedar atau tidak kejadian yang berlaku ini ada juga kaitannya dengan tindakan pembangkang  membuka rahsia keselamatan kepada umum.

Untuk memastikan  keselamatan negara berada ditahap tertinggi, seharusnya pembangkang tidak menggunakan isu keselamatan negara sebagai modal politik dimasa akan datang. Natijah daripada tindakan tersebut , banyak ruang  telah dibuka kepada pihak musuh .

Lin Guan Eng harus sedar bahawa isu keselamatan negara bukan isu yang boleh dipolitikkan, dalam mempersoalkan serangan dan kematian dalam setiap pertempuran itu adalah lumrah kepada pihak keselamatan, musuh dan tebusan.

Seharusnya pihak pembangkang terutama DAP  bersama kerajaan memikirkan satu  kaedah bersama  dengan mencadangkan  penggunaan sistem teknologi keselamatan bagi memastikan persempadanan negara kukuh dari ancaman musuh dan bukan mempertikaikan setiap pembelian asset keselamatan dan mendedahkan kepada umum.

Sebagaimana biasa media asing akan memanaskan lagi cerita  dengan berita berita yang mengambarkan  bahawa kejadian  yang berlaku tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan Malaysia.

Jika kita fikirkan semula secara rasionalnya, dalam mana mana negara didunia ini, Tiada satu pun mahukan rakyatnya terbunuh malahan akan terus sedaya upaya melakukan rundingan diplomatic  untuk mamastikan keselamatan mereka.

Namun kita sedar di Malaysia, kita mempunyai pembangkang yang  kurang nasionalisnya dalam membicarakan isu  yang berkaitan dengan keselamatan negara. Apa yang mereka tahu adalah mengambil peluang untuk menyalahkan kerajaan dalam apa juga kejadian yang berlaku.abs

ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

Dalam isu Sabah terutamanya Lahat Datu, pernah tau tidak kita terfikir bagaimana pembangkang mengetahu lebih awal kemasukan penganas sulu di Lahat Datu? Bagaimana pengalihan isu pencerobohan kepada sendiwara oleh Tian Chua, Isu IC di Sabah, Isu kuasa autonomi yang dicadangkan oleh pembangkang?

manila

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

Ancaman keselamatan di Sabah sengaja dilaksanakan pada waktu itu  telah menyebabkan peralihan kekuatan Tentera dan Unit Perisikan agar bertumpu ke Sabah . Ini boleh menyebabkan kawalan keselamatan di kawasan sensitif di Semenanjung menjadi longgar

Namun insiden terkini menyebabkan kita terfikir samada pencerobohan dan seterusnya perang gerila oleh tentera Sulu ke atas Sabah ini sengaja diadakan untuk mengalihkan perhatian Tentera Melayu dan seterusnya membantutkan perancangan rampasan kuasa.

Masih ingat bahawa  ceramah ceramah rampasan kuasa oleh Tian Chua sebaik sahaja isiden di Lahat Datu berlaku. Apakah  ini semua secara kebetulan.

Didalam beberapa media luar mengatakan bahawa terdapatnya kaitan diantara pembangkang dengan  kejadian yang berlaku di Lahat Datu. Namun sehingga kini  tiada penafian yang dibuat oleh mana man pihak  pembangkang

Persoalan yang nyata  adakah dengan terbunuhnya saorang  rakyat Sarawak dalam serangan keatas Abu Sayyap ini akan menjadikan satu platform pembangkang untuk menuduh kerajaan tidak  prihatin dan tidak bertanggungjawab keatas warganegaranya?

Justeru itu apa juga yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng semuanya hanya untuk melindungi kejadian sebenar sokongan  pembangkang terhadap  penganas Sulu. Kematian (jika benar) saorang waganegara Malaysia yang dikatakan dipancung kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyap hanyalah untuk menuding jari bukan kerana simpati

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s