UMNO Perlu Berubah Sebelum Rakyat Menghukum


Oleh rmf

Dalam menghadapi suasana politik yang tidak menentu dan menghadapi PRU 14 nanti,seruan berubah perlu disambut dari segenap lapisan ahli UMNO terutamanya pemimpin2 yang menerajui UMNO diperingkat Pusat,Negeri dan Bahagian serta Dun.

Perubahan hendaklah sebetulnya bergerak dari peringkat atasan hingga ke akar umbi.Laungan lagu perubahan mesti dilagukan diperingkat pemimpin tertinggi parti bukan hanya didodoikan kepada akar umbi.Harap pemimpin bangkit sebelum akar umbi, demi keutuhan dalam parti UMNO.

Rakyat Mahukan UMNO Yang Mempunyai Kepimpinan Yang Berani Mempertahankan Parti dan bukan kepimpinan yang hanya gah bersuara didalam Dewan dan ceramah namun disebaliknya membiarkan setiap denyutan nadi rakyat yang memerlukan mereka.

UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP, PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan, namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin. Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan.

PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi. Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya.

Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan, bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT).

Semua itu hanya dalam pemilihan Agong UMNO, akan tetapi bagaimana pula dengan pemilihan calon-calon untuk bertanding pilihanraya. Sewaktu ini apa yang diperkatakan didalam dewan merdeka hanya tinggal didalam dewan sahaja.

Sehabisnya. Para perwakilan dan juga kepimpinan UMNO lupa apa yang merreka perseyujui semasa  perhimpunan.  Perkara ini acap kali berlaku, Natijah daripada itu UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang tidak mendokong apa yang diucapkan.

UMNO harus berubah, berubah bukan sahaja dari segi metaliti malah ianya menuntut perubahan dari segi corak pentadbiran dan bukan hanya beranggapan sentiasa berada di zon selesa sahaja. PRU14 yang amat getir keadaannya nanti, dimana banyak parti pembangkang telah mula melakukan gerak kerja yang berterusan untuk merampas tampok kepimpinan negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat tidak layak menduduki jawatan-jawatan Timbalan Menteri dan Menteri diangkat menyertai Kabinet bagi mentadbir kementerian-kementerian tertentu kerajaan. Sementara pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa sengaja diketepikan. Ini berlaku kerana pucuk pimpinan mempunyai agenda peribadi yang harus dicapai.

Situasi inilah menyebabkan rakyat memandang UMNO semakin hari semakin lemah. Sebagai contoh yang paling mudah dan ketara, kita ambil satu kementerian  yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan penguatkuasaan harga barangan, seperti penukul dengan pahat,

Apabila riuhnya rungutan masa tu lah super market diterjah, pada hal isu kenaikan barangan sentiasa berubah dibandar bandar kecil yang mana menjadi tumpuan rakyat,Kementerian sebegini penting kepada rakyat dan harus diterajui oleh pemimpin yang benar-benar telus, tulus dan bertanggungjawab.

Pemimpin seperti inilah di antara kalangan pemimpin “pembawa virus” atau”parasit” kepada UMNO yang secara langsungnya memburukkan lagi imej parti. Jika perwakilan terus memberi sokongan kepada pemimpin seperti ini nescaya musnahlah masa depan UMNO. Ini sebagai contoh salah seorang pemimpin yang wajar dibuang dan tidak perlu diberikan sokongan

Sekarang kita sedang berhadapan dengan pelbagai serangan dari dalam dan luar parti untuk menjatuhkan kepimpinan yang sedia ada. Apakah yang mereka cari lagi, sedangkan kepentingan negara yang bertuankan Melayu ini memerlukan pembelaan dan kekuatan dan semangat pejuang yang tinggi.

Jangan nanti kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang  natijahnya akan dirasai oleh  generasi akan datang. Kita sedar bahawa perkembangan teknologi dan proses globalisasi  yang kian menusuk segala ruang untuk kita bersama didalamnya.

Namun apa juga bentuk perkembangan dan kemajuan tersebut seharusnya diolah sebagai satu cabaran dan  bukan sahaja menguatkan struktur organisasi malah ianya juga akan menguatkan negara. Adakah  kepimpinan yang ada sekarang melihat bahawa jawatan dan tanggung jawab  itu satu amanah yang berat.

Umno masih belum pulih selepas melalui dua PRU, malah parti Melayu itu masih terbelenggu dengan masalah dalaman parti.Masih ada isu dalaman yang tidak diselesaikan, masih ada perebutan jawatan, masih ada politik wang, masih ada kelalaian, kealpaan dan kelekaan termasuk sayap-sayap parti.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan tindakan TSMY dan DSSA serta Tun Mahathir yang  mana saolah olah menjadi pembangkang dalam UMNO.

Hari ini ahli Umno juga terus keliru – menyatakan sokongan terhadap presiden Umno dikatakan sebagai pembodek dan menyatakan sokongan terhadap Umno juga dikatakan satu penyataan sokongan terhadap presiden dan ini dikatakan salah.

Keadaan ini merumitkan bila mereka yang disingkirkan dari kabinet – yang terus menyatakan sokongan terhadap Umno dan berjanji akan bergerak menyokong Umno.

Tetapi sentiasa membawa isu penentangan terhadap presiden dan akhirnya menjadikan platform setiap pelancaran Mesyuarat Bahagian – menjadi medan tempur – menjustifikasikan diri – membuka pekong dalaman Umno – mengkritik sesama dan akhirnya menjadi modal buat pembangkang dan terus mengelirukan ahli  Umno dalam menterjemah sokongan terhadap parti.

Penyelesaian bukan boleh dibuat mudah. Presiden Umno ada penyokongnya – Timbalan presiden Umno ada penyokongnya – malah setiap pegawai dalam Majlis Tertinggi Umno ada penyokongnya dan hari ini – perbalahan Umno sesama sendiri melangkah ke dalam zon bahaya.

Kalau UMNO nak berjaya, UMNO kena cari pemimpin yang jujur, ikhlas, dan sedia berkhidmat kepada semua peringkat dan mempunyai kebersamaan dalam banyak perkara bersama rakyat. Sememangnya bukan mudah untuk menunaikan semua kehendak dan permintaan, akan tetapi jangan terlalu banyak berjanji dan hilang dari radar rakyat.

Perubahan pesat dalam demografi dan sosiopolitik Malaysia adalah salah satu sebab penting mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras untuk menangani krisis kepercayaan dan keyakinan yang dihadapi oleh parti . Jentera jentera sayap seharusnya lebih agreasif dalam mempertahankan isu berkaitan dengan hak hak orang Melayu.

Namuan apa yang kita lihat pada kebanyakan kepimpinan  sayap hanya membiarkan dan mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Alasan “biar pihak tertentu yang menjawab”  sudah tidak relevan lagi  dalam keadaan politik sekarang.,

UMNO akan dilihat  mempunyai barisan kepimpinan yang menjaga nama dan mengejar jawatan sahaja tanpa mempedulikan hal hal yang berkaitan dengan kepentingan Melayu. Inilah yang sedang berlaku sekarang  didalam kepimpinan yang sedia ada,

Pada kebanyakan orang atau rakyat marhaen, mereka memerhati, melihat apa yang dilakukan oleh kepimpinan yang ada. Bagaimana  pem,impin ini mengolah masalah yang dihadapi oleh rakyat,  Sekarang kita banyak mendengar  orang becerita tentang UMNO, berapa banyakkah kebaikan yang kita dengar ? .

Rata ratanya mengatakan sebaliknya. Harapan rakyat hanya mahu melihat mereka dipimpin oleh sebahagian besar dari kepimpinan yang memahami kehendak rakyat bukan  melihat pemimpin mengejar kehendak sendiri. Kalau pemimpinnya dianggap rasuah dan pentingkan diri sendiri, maka hilanglah sokongan rakyat kepada UMNO.

Parti politik bertahan kerana kepercayaan rakyat terhadapnya. Kalau rakyat hilang percaya, hancurlah parti, hilanglah kekuatannya. Kita percaya pemimpin dan ahli UMNO sedar hal itu. Oleh sebab itu mereka kena pulihkan semangat. Ingat matlamat perjuangan UMNO, sasaran UMNO.

Pejuanga yang ada didalam UMNO mesti seiring dengan kepimpinan tertinggi, namun tidak semuanya berlaku sedemikian, Jika kita lihat sekarang kepimpinan yang ada adalah dikalangan dan sebahagiannya tidak memperdulikan  isu  dan serangan yang dihadapkan kepada UMNO.

Mereka hanya mampu berkata “tidak mahu mendahului kepimpinan” – Seharusnya  bila sebuah kumpulan yang dianggap sebagai benteng atau sayap kepada sebuah parti seharusnya bertindak agreasif bila  parti yang disayangi diserang dan mempertahankannya dalam apa cara sekali pun.

Apabila kapal dilanda gelombang, jangan pula ada usaha untuk mencampakkan nakhoda ke laut tetapi perlu sama-sama nakhoda menempuh badai- Sekarang apa yang kita lihat ialah  sebahagian dari sayap bersama sama untuk mencampakkan nakhoda kedalam laut.

Jangan lah kita mengikut perangai pembangkang yang kini sudah mengamalkan budaya  menaburkan kebencian terhadap kerajaan sehingga menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat sehingga perasaan kebolehpercayaan terhadap kerajaan semakin terhakis.

Bila keadaan ini berlaku, apakah kita mahu bersama  sama mereka  menabur kebencian sesame kita, seharusnya ,inilah masa untuk kita menyusun barisan untuk menyatakan taat setia kepada pucuk kepemimpinan parti.

Tidak ada isu yang tidak boleh diatasi. Jadi perlu beri sokongan dan dokongan sekuat-kuatnya kepada Perdana Menteri sebagai satu kepimpinan yang cukup jitu yang tiada tolok bandingnya. Seharusnya bersama berganding bahu  mempertahankan apa yang saban tahun dilaungkan dalam dewan merdeka dan direalisasikan di peringkat akar umbi.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s