Impian Malaysia Hanya Untuk Mendapat Kerusi Untuk DAP Ke Putrajaya


Oleh rmf

Terlalu banyak cerita cerita politik yang menjurus kepada isu pemimpin yang berada ditampok kepimpinan. Cerita yang dijaja samada benar atu pun tidak itu dibuat sudah pastinya akan mendapat liputan meluas di media sosial.

Dalam kekalutan mereka  menyebarkan isu  secara diam diam mereka melakukan kerja kerja jahat mereka untuk mencapai matlamat yang  sekian lama menjadi idaman. Putrajaya nama yang menjadi igauan pemimpin pembangkang untuk ditakluki dengan berlandaskan sistem pilihanraya yang sah.

Namun demikian, setelus mana pun kaedah yang digunakan  dalam pilihanraya yang dijalankan , ianya masih tidak dapat memuaskan hati  mereka kecuali kemenangan untuk mereka.

Dalam  masa UMNO masih terkial kial lagi mencari pengundi, DAP telah melakukannya sejak 2008 lagi dan  mereka telah melakukan persediaan awal untuk menguji kekukarangan mereka dalam pilihanraya. Kekurangan pengundi  yang meyokong mereka agak kurang. Ianya dapat dijelaskan dengan pada PRU12 dan PRU 13.

Padan kedua PRU tersebut mereka telah menguji kekuatan dan kelemahan mereka dengan berlandaskan sokongan dari PKR dan PAS iaitu majoritinya adalah dari orang Melayu. Difahamkan sebanyak 35%-40% peratus sokongan Melayu digunakan pada masa kedua PRU tersebut. Namun mereka masih lagi mengalami kekalahan walaupun terdapat penambahan kerusi DUN dan sedikit untuk Parlimen.

Apa yang mereka lakukan sekarang, untuk mengenal strategi pembangkang amat mudah. Jika kita imbas tahun pemerintahan Pak Lah, Pembangkang cukup setia menyokong kepimpinan yang sedia ada dari orang Melayu. Kenapa?

DAP sebenarnya menyokong Dato Seri Abdullah dan pengekalan kepimpinannya.Kenapa DAP beria-ia mahukan Dato Seri Abdullah terus menjadi Perdana Menteri? Sebagai pembangkang DAP mesti tahu bahawa masyarakat Cina secara umumnya tidak suka kepada pentadbiran Kerajaan Abdullah. DAP melihat  kelemahan yang ada pada masa itu boleh mereka gunakan untuk melakukan  apa sahaja dengan dasar keterbukaan yang diamalkan.

Dipihak orang Melayu pula,mereka telah secara terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan hasrat mereka untuk tidak mengundi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya 2008.Sudah tentu parti pembangkang mengetahui yang masyarakat Melayu, termasuk ahli UMNO juga amat tidak berpuashati dengan pentadbiran Dato Seri Abdullah. Yang tidak sanggup mengundi parti pembangkang telah secara sengaja merosakkan kertas undi mereka. Ini menjelaskan kenapa terdapat lebih 300,000 undi rosak seluruh negara pada pilihanraya kali ini.

Itu la strateginya, sekarang dimasa  Perdana Menteri Najib Razak menerajui negara, kekuatan Najib telah dilihat sebagai salah satu perkara yang mereka perlu uruskan dahulu, sejak pemerintahan Najib razak banyak isu isu yang menjurus kepada  tekanan kepada kredibiliti, peribadi , nasional dan juga skandal skandal dicipta untuk menjatuhkannya.

Jika benar DAP meyokong Pak Lah kerana kesetiaan mereka kepada pemerintah , kenapa di zaman Najib mereka menyerang habis habisan agar Najib undur walaupun pencapaian yang dicipta cukup memberansangkan. Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa mereka telah melihat kekuatan yang ada pada Najib , dimana mereka tidak dapat tumbangkan dgn apa cara sekali pun.

Tiada helah dan daya, mereka telah memporak peranda kan sistem dalam negara dengan pembocoran maklumat yang dijual oleh penjawat awam kepada mereka. Perkara ini tealah banyak mendedahkan segala maklumat sulit yang mana selama ini disimpan.

Setelah berjaya meletakkan balaci Melayu dalam semua kementerian dan agensi kerajaan , kini mereka  secara diam terus menjalankan kerja kerja  mencari pengundi .

Perbezaan ideologi, fahaman, kepentingan dan kehendak di kalangan orang Melayu dan Islam sebenarnya adalah lumrah dalam mana-mana bangsa di dunia. Kalau kita kembali di zaman Rasulullah pada suatu masa wujud dua puak beragama Islam iaitu masing2 di Mekah dan Madinah yang kemudian berjaya disatukan oleh Rasulullah.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan baginda, perbalahan akibat perbezaan pendapat, fahaman dan ideologi antara bangsa Arab kembali berlaku dan sehingga kini terdapat pelbagai mazhab dan fahaman. Hal yang sama berlaku ke atas orang2 Barat dan penganut agama2 lain termasuk Kristian, Hindu dan Buddha.

Begitu juga UMNO dan PAS, kekuatan yang ada pada kedua parti ini adalah  Agama dan Bangsa , Ajaran islam yang cukup lengkap didalamnya seharusnya diguna pakai untuk menentang DAP. Bukan bersama mereka untuk menentang islam dan  bangsa melayu.

 DAP sebuah parti yang anti islam terbukti sejak sekian lamanya. Sikap rasis mereka telah menyebabkan perpecahan berlaku dikalangan umat Melayu Islam. Ini adalah strategi yang mereka lakukan untuk memastikan kekuatan Ummah itu tiada lagi.

Sekarang dengan propaganda yang mereka lakukan , kini mereka telah berjaya memecahkan kelompok kekuatan Melayu kepada 5 bahgian kecil.  Kekuatan mereka diuji pada PRU 13 dan PRU 12 yang mana mereka telah banyak memenangi kerusi parlimen dan DUN disebabkan  propaganda yang mereka lakukan.

Bijak bukan, jadi strategi baru sedang diolah bagi memastikan pada PRU14 mereka akan dapat mencapai cita cita untuk menjadi pemerintah  di Malaysia. Untuk pengundi DAP telah lama menjalankan kerja kerja mencari pengundi sejak kekalahan mereka pada tahun 1999 lagi.

Gerakan ini berterusan sehingga kini dofahamkan  DAP telah berjaya  mengumpulkan sebanyak 150 ribu orang dan difahamkan juga sasaran mereka ialah diantara 200-250ribu pengundi sebelum PRU14. Jika kita lihat perancangan statistic  yang dibentangkan oleh DAP, kita dapati mereka telah pun melakukan gerak kerja untuk memenuhi ruang lompang yang meyebabakan kekalahan tersebut.

Diamakah  ruang lompang yang dimaksudkan. Runag lompang tersebut ialah dima akekurang pengundi yang meyokong mereka dan mereka atau DAP kalah dengan sedikit. Tiada cara lain iaitu mereka mengumpul banyak pengundi diperingkat awal atau selepas PRU, dan memindahkan  pengundi ini dengan cara pertukaran alamat dan mengundi dikawasan yang kalah tipis.

Impian Malaysia dilancarkan oleh DAP adalah bertujuan untuk mengambarkan bahawa DAP bukan parti perkauman diatas kerta namun hakikatnya DAP itu adalah disebalik diatas kertas.–Malaysia untuk semua warga tanpa mengira latar kaum, agama, kelas, atau negeri yang demokrasi, tadbir urus, dan keadilan sosio-ekonomi berkembang dengan baik bagi membolehkan setiap rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka demi kebaikan semua dan demi kecemerlangan negara.

Strategi  diubah dengan membuat perbandingan dengan kemajuan kemenangan. Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999, hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.

Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU 2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia. (Lihat jadual di bawah)

Jadual 1: Bilangan Kerusi Parlimen dan Negeri yang dimenangi DAP di Semenanjung Malaysia (termasuk kawasan yang pengundi Cina (<60%)

statistik DAP

statistik DAP 2

Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).

Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).

DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.

Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14

Daripada jadual yang telah diberikan, bermaksud kita sudah nampak bahawa DAP telah merancang dengan penuh teliti untuk mengambialih Putrajaya denga mencari sokongan Melayu dan juga bukan Melayu iaitu pengundi baru.

Pengundi tersebut akan diagihkan  diserata  pelusuk Malaysia yang mana DAP gagal menguasai kerusi dengan kekalahan tipis. Disamping itu juga DAP akan menggunakan PAN dan akan  menggunakan kuasa  majority dalam pakatan untuk mengambil alih kerusi sebagai DAP.

Kemingkinan kemungkinan ini akan berlaku, jika kita melihat gerak kerja yang dilakukan oleh DAP dalam Impian Malaysia. Semuanya bukan hanya  memberikan pertolongan dan sumbangan dalam menambahbaik infrastruktur di Sabah dan Sarawak , Namun ianya lebih menjurus kepada penambahan kerusi yang kurang.

Sebagaimana kita tahu DAP hanya kekurangan diantara 40 buah kerusi untuk membolehkan mereka  menguasai Putrajaya.  Semua yang dilakukan  bukan kerana tanggungjawab akan tetapi untuk mengubah Malaysia daripada  satu sistem yang berasaskan Yahudi dan anak beranak.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12 kelebihan undi pada Barisan Nasional amat kecil peratusannya. Jika kumpulan (2), (3) dan (4) tarik keluar hanya sedikit sahaja daripada undi mereka jika mereka beri kepada parti lawan, Barisan Nasional tetap kalah.

 Jika tidak ada usaha untuk menawan hati kumpulan (2), (3) dan (4) Barisan Nasional tetap akan kalah pada Pilihanraya Umum ke 13.

Pemimpin Barisan Nasional, terutama Pengerusi Barisan Nasonal, dan Presiden UMNO boleh berseronok sekarang dan bermegah-megah dengan apa yang dipercayai sebagai sokongan tidak berbelahbagi dan cium tangan ahli-ahli UMNO. Tetapi ingatlah ramalan untuk sapu bersih semua negeri dan memenangi 2/3 Parlimen Pilihanraya Umum ke 12 sebenarnya adalah khayalan, penipuan diri kerana asyik dengan sandiwara-sandiwara yang diadakan oleh mereka yang hanya ingin membodek pemimpin.

Ingatlah apabila UMNO tidak relevan lagi dan hancur berkecai, orang Melayu dahulu, sekarang dan yang akan datang akan kutuk mereka yang kerana kepentingan diri, kerana takut, kerana tamak telah menghancurkan UMNO yang mereka sayang

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s