1MDB Bakal Bangunkan Bandar Malaysia- Hartanah Yang Berprestij Tinggi Orang Melayu


Oleh rmf

An artist's impression of the Bandar Malaysia project.  – Graphic from 1MDB website, September 7, 2015.

Projek pembangunan 1MDB seperti Tun Razak Exchange (TRX) dan projek kembarnya Bandar Malaysia, bukan sekadar projek-projek hartanah biasa.

Pembangunan hartanah strategik menjadi alat bagi mewujudkan kesan pengganda tinggi dan memacu ekonomi yang bertenaga. Projek-projek terbabit umpama “blok binaan” yang dapat membantu membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi bandaraya global yang cukup teguh bagi pelabur dan pelancong.

BANDAR MALAYSIA, yang terletak tiga kilometer dari Tun Razak Exchange (TRX), bakal menyediakan penyelesaian urban paling inovatif untuk keselesaan dalam sebuah ekosistem urban yang baharu. Ia menyusun semula hubungan antara manusia, bangunan, lalu lintas serta alam sekitar di ibu negara.

Pembangunan semula lapangan terbang lama di Sungai Besi turut direka untuk menyokong Greater KL sebagai jentera pertumbuhan baru.

Bandar Malaysia merupakan pembangunan bercampur yang bakal menggalakkan pendekatan kesesuaian didiami sebagai ciri-ciri urban tersendiri bagi Greater KL, dengan mengetengahkan prasarana hijau, perumahan mampan dan pelbagai kemudahan perniagaan serta gaya hidup.

Bandar Malaysia seluas 486 ekar dilihat mampu menjadi sebuah bandar inklusif yang berorientasikan pengangkutan awam. Ia direka untuk memudahkan orang ramai berjalan kaki melalui jalinan laluan pejalan kaki dan berbasikal yang selamat dan selesa, berlatarbelakangkan kehijauan dan kawasan terbuka yang luas.

Sebagai sebahagian daripada komitmen 1MDB untuk menyediakan perumahan mampu milik, Bandar Malaysia turut menyasarkan untuk menjadi tanda ukur bagi perumahan bandar yang mampan dan mampu dimiliki di Malaysia.

Konsep rumah mampu milik ini bertujuan menyediakan gaya hidup keluarga yang berkualiti dan mampu milik dalam bandar, mengkhususkan kepada kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat melalui penekanan terhadap kemudahan mesra kanak-kanak selain prasarana untuk gaya hidup yang terjamin dan selamat.

Dengan meneruskan penanda aras pembangunan hijau yang telah pun ditetapkan syarikat pembangunan strategik ini melalui TRX, Bandar Malaysia menyasarkan untuk mencapai pengiktirafan kelestarian tertinggi

Semuanya ini adalah satu kelompok hartanah yang bernilai tinggi yang menjadi kepunyaan  orang Melayu yang seharusnya dipertahankan. Sungai Besi dan TRX adalah  dua tempat yang berprestij tinggi dalam nilainya dimasakan datang.

Kita masih ingat lagi, semasa  pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi terdapat taikun taikun  cina yang telah  membuat proposal untuk membangunkan Bandar Islamik di tanah kepunyaan angkatan tetera Malaysia di Sungai besi.

Setelah diperincikan, cadangan untuk membangunkan tanah di sungai besi oleh taikun takun ini telah ditolak  demi memikirkan  hanya itu sahaja tanah orang Melayu yang tinggal di pusat Bandar yang perlu dipertahankan.

Hari ini 1MDB telah membeli tanah tersebut dan akan membangunkan Bandar berkonsepkan Malaysia. Tindakan 1MDB ini telah menyebabkan banyak pihak taikun berasa terancam dengan pemilikan hartanah yang dimanopoli oleh orang Melayu khususnya.

Hari ini, sebagaimana sebelumnya Tabung Haji Property telah  cuba membeli sebidang tanah di TRX , namun tindakan ini telah membuka banyak mata dikalangan bukan Melayu dan   terus  menghasut dan memfitnah Tabung Haji dalam isu pembelian tersebut.

Hari ini juga DAP telah mula menaikkan isu pembelian tanah kem tentera  oleh 1MDB dengan alasan atas dasar keselamatan negara. Sejak bilakah DAP amat perihatin dalam isu keselamatan. Mungkin kita dapat melihat  gerakan mereka ini.

Kegagalan kaum mereka memiliki tanah  di Sungai Besi ini  merupakan satu ancaman dalam menguasai  hartanah dan ekonomi yang bersifat global kepunyaan orang Melayu setelah ianya dibangunkan.

Sebagai contoh bangaimana  dahulunya  Bukit Bintang  pada asalnya adalah kepunyaan orang Melayu, namun gerakan  untuk mengagalkan keupayaan  dan memaksa penjualan dibuat akhirnya ianya dimiliki oleh YTL  sehingga sekarang.

Begitu juga dengan Mara, Felda, Tabung Haji dan beberapa agensi  yang berteraskan Melayu terus diasak dengan pelbagai kontroversi dan fitnah . Semua ini adalah bertujuan untuk mengagalkan pemilikan hartanah  yang didominasikan oleh oarang Melayu.

Selepas ini, mereka tidak akan duduk diam dalam hal ini, dan hari ini juga  Pemimpin DAPmula  mempertikai tindakan pemindahan beberapa kem tentera berikutan penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil pada nilai bawah pasaran.

Kementerian Pertahanan dalam penafiannya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, terus mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan dengan  membabitkan kem Sungai Besi dan Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang dan Kem Majidee, Johor.

Kerajaan menganggap penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kementerian dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai. Ini satu kenyataan yang agak dangkal dimana  sesuatu yang belum terjadi diluahkan seakan telah berlaku.

Apakah dengan membangunkan bidang hartanah dimasa akan datang sudah mengundang kepada  kerugian? Ini lah muslihat DAP membangkitkan  isu ini dan mengajak rakyat bersama sama menentang pembelian tanah oleh 1MDB demi kepentingan pemilikan haratanah  Melayu.

Apakah akan wujud “syarikat swasta” sebagaimana dinyatakan oleh  Ahli Parlimen tersebut jika ianya dimanopoli oleh kaum mereka dalam pemilikan tanag seluas 486 ekar di Sungai Besi. Sudah tentu jawapannya tidak. Anda faham maksud saya?

Dalam penjualan kem tentera Sungai Besi yang dijual kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi.

Hal ini sama juga bagaimana kaedah mereka mempertikaikan harga  yang ditawarkan kepada Tabung Haji Property  dan bertujuan untuk  mengagalkan pemilikan hartanah tersebut oleh Tabung Haji.

Begitu juga dengan Felda yang  memasuki bidang hartanah iaitu perhotelan di Arab Saudi, semuanya dipertikaikan. Pembangkang  terutama DAP akan terus menerus cuba mengagalkan apa juga  proses pemilikan hartanah yang dikuasai oleh orang Melayu khasnya.

Sudah pasti DAP akan terus mempertikaikan pembelian tanah Sungai Besi oleh 1MDB sebagai isu yang besar dan  akan terus mempertikaikan prosedur yang dibuat dalam pemilihan pemaju. Semua ini adalah bertujuan untuk menjadikan pembelian tersebut satu pembelian yang kontroversi dan  mengajak rakyat terutama orang Melayu menentang pembelian tersebut.

Seharusnya kita perlu ingat, Jangan sampai kita orang Melayu tiada apa pun pegangan yang mana kepingan kek  hasil negara dalam perkongsian peluang , kita hanya dapat menikmati kuah dan sisanya sahaja.

Cukuplah saatnya kita berkorban dan bertolak ansur, Kini kita kecapi sisa peluang yang ada untuk menjanjikan pemilikan hartanah yang ada dan diusahakan oleh 1MDB itu adalah untuk  tuan punya negara ini walaupun hanya sedikit sahaja.

Post asal saya :http://www.pru14.tv/2015/11/16/dap-mula-mempertikaikan-pembelian-tanah-oleh-1mdb-di-sungai-besi-untuk-bandar-malaysia/

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s