Wee Ka Siong Kecam Tindakan Alvin Tan Hina Al-Quran dan Agama Islam


Oleh rmf

Mutahir ini, begitu banyak kes membabitkan sensitiviti kaum, agama dan adat resam kaum dilaporkan. Daripada tindakan membaling Molotov Cocktail di perkarangan gereja oleh individu tidak dikenali kepada tindakan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah orang India sehinggalah kepada pertikaian terhadap kesetiaan sesebuah kaum di negara ini, semuanya menunjukkan kejahilan pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Semacam juga terdapat percubaan nekad oleh golongan oportunis berkenaan untuk mencetuskan huru-hara di dalam negara.  Perkara yang paling penting dituntut oleh pemimpin negara ialah menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat, tidak berlaku pertumpahan darah peperangan dan sesuatu yang mungkin mengancam keselamatan bersama.

Maka dalam konteks ini bagi kita di negara ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama yang begitu ketara, kewajipan menghormati antara satu kaum dengan yang lain, juga antara agama, haruslah difahami dengan sebaik-baiknya, dan amalkan dengan serius, supaya rekod kecemerlangan perpaduan bangsa dan kaum akan terus terpelihara hingga selama-lamanya.

Perlembagaan kita yang meletakkan Islam sebagai agama negara juga, sebenarnya memberi kebebasan untuk para pengikut agama lain mempraktikkan agama mereka secara harmoni dan aman.

Maka dalam mempraktikkan agama mereka, tentulah mereka juga boleh menjalankan adat resam dan cara hidup tradisi mereka dalam keadaan yang sama, iaitu dengan menjaga keharmonian dan perdamaian, bukan dengan cara provokasi dan melampaui had sehingga menyentuh kesucian agama rasmi dan kepekaan orang Islam.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji Alvin Tan yang mencaci kesucian Al – Quran serta agama Islam.

Kritikan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong terhadap Alvin Tan senada dengan kritikan pemimpin BN yang lain terhadap perbuatan Alvin Tan ini yang telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini.

kenyataan Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong membuktikan bahawa beliau memahami isi hati serta sensitiviti umat Islam di negara ini. Ini berbeza dengan sikap DAP yang terus berdiam diri terhadap tindakan jijik Alvin Tan seperti mereka (DAP) setuju dengan tindakan beliau (Alvin). Persoalannya sekarang mengapa DAP membisu seribu bahasa?

Mana perginya pemimpin vokal DAP? Kenapa apabila umat Islam dihina sebegini rupa DAP tidak mengkritik Alvin? Ini membuktikan bahawa DAP sebenarnya tidak mengambil berat terhadap sensitiviti umat Islam tetapi sebenarnya hanya berpura-pura mengambil berat untuk meraih undi orang Melayu.

Oleh itu, kami berharap orang Islam janganlah tertipu dengan sandiwara DAP dan akhirnya terpengaruh. Ini kerana akhirnya yang akan rugi adalah kita dan bukannya orang lain. Jangan nanti kita orang Melayu Islam terpaksa mengemis di negeri sendiri apabila DAP berkuasa.

Realitinya, kesemua insiden yang dibangkitkan oleh Alvin Tan  boleh dielakkan jika mereka yang berkenaan memahami keperluan serta sensitiviti sesebuah kaum. Insiden-insiden tidak diingini itu tidak mungkin akan berlaku jika mereka yang berkenaan prihatin dengan keadaan di sekeliling.

Rakyat di negara ini juga tidak perlu diingatkan berkali-kali mengenai keperluan untuk menghormati sensitiviti kaum-kaum lain. Sebaliknya, amalan ini seharusnya sudah tertanam dalam minda setiap rakyat Malaysia dari dahulu lagi.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s