Maufakat Membawa Berkat – 1,000 Pemandu Teksi Berjanji  Martabat Industri Teksi.


Oleh rmf

Pelbagai usaha dilakukan oleh SPAD dalam  memastikan perkhidmatan teksi dalam negara ini mendapat  memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Teksi dalam negara ini merupakan duta kecil yang mana  merupakan tempat pertama pelancong mendapatkan infomasi.

Pemandu teksi yang menjadi duta kecil dalam rangka mempromosikan pelbagai produk pelancongan negara sekaligus melonjakkan sektor berkenaan pada masa hadapan dan mengharumkan nama negara dalam perkhidmatannya.

Untuk mamastikan matlamat yang dirancang  oleh kerajaan terhadap perkhidmatan teksi ini berjalan dengan lancar. Semua permasalahan  yang berkaitan seharusnya ditangani dengan sebaiknya.

SPAD dalam kepelbagaian usaha terus bertindak secara positif dalam menangani  permasalahan yang dihadapi oleh keseluruhan pemandu teksi dalam negara ini. Langkah yang diambil ini merupakan salah satu jalan terbaik yang diusahakan  oleh SPAD  sebagai Agensi yang bertanggung jawab dalam Pengangkutan Awam Darat,

Oleh yang demikian buat julung kalinya  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama hampir 1,000 lebih pemandu teksi telah berhimpun didalam sebuah “Majlis Intreaksi Industri Pemandu Teksi Bersama SPAD” bertempat di Perkarangan Platinum Sentral pagi tadi.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar dengan berbesar hati turut bersama sama dengan 1,000 orang pemandu teksi untuk menyelami  dan mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi serta merungkaikannya dengan kaedah keadh yang terbaik.

Langkah proaktif yang diambil SPAD ini wajar diberi pujian. Sebelum ini timbul isu yang dibangkitkan oleh segelintir pemandu teksi ‘kononnya’ SPAD tidak berjumpa dengan mereka. Hari ini, perkara ini sudah tidak lagi menjadi isu.

Melalui pertemuan ini maka, banyak   permasalahan  yang akan dibangkitkan serta diambil tindakan segera bagi memastikan semua perkhidmatan teksi dalam negara ini  bergerak seiring dalam  meluncurkan pembangunan negara.

Lebih 1,000 orang pemandu teksi telah berganding bahu  bekerjasama berkumpul untuk  membincangkan  isu isu yang berkaitan dengan industri disampaing mencari jalan yang terbaik untuk menjadikan sector perkhidmatan teksi ini  dijadikan  sumber pendapatan yang kukuh.

Susulan daripada majlis ini, 4 resolusi telah dipersetujui oleh semua pihak  dan akan memastikan keempat resolusi tersebut dapat dilakukan dengan cemerlang. Diantara  4 resolusi tersebut ialah:

  1. Berganding bahu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam memajukan Industri Teksi negara
  2. Mematuhi segala peraturan dan undang undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
  3. Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna
  4. Berazam untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi.

Harapan semua pihak, dengan ikrar yang telah dilafazkan  dalam pertemuan tersebut dapat di realisasikan dengan melakukan  yang terbaik serta menjaga nama baik negara dalam perkhidmatan yang  diberikan.  Pemandu teksi adalah duta kecil yang berada di barisan hadapan dan merupakan perkhidmatan pertama yang digunakan oleh pelancong ke negara ini.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s