Ahmad Zahid Hamidi- Malaysia Mengutuk Keras Serangan Di Paris


Oleh rmf

Sebagaimana sedia maklum bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam apa juga bentuk keganasan yang  dilakukan sehingga ianya melibatkan banyak kehilangan nyawa. Dasar menentang keganasan ini amat jelas disuarakan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa,

Malaysia  sejak dulu lagi menentang apa juga bentuk keganasan dan tidak ada istilah bertolak ansur atau mengambil sikap berkecuali dan tidak akan membiarkan sebarang bentuk keganasan yang dilakukan dimana mana negara didunia.

Demikian diantara  kata kata yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam mengulas  tragedi yang berlaku di Paris  dimana telah mengorbankan banyak nyawa.

Malaysia mengutuk sekerasnya  serangan yang dilakukan di Paris pada Jumaat malam yang mana pada ketika ini telah mengobankan  seramai 100 nyawa. Malaysia amat bersedih dengan serangan  yang dilakukan oleh penganas dan meyebabkan kematian  rakyat yang tidak berdosa.

“Malaysia mengutuk tindakan amat kejam ini dan menjadi dasar kita untuk tidak membiarkan atau bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan, sama ada di tanah air kita atau tempat lain di dunia.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya bagi pihak Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang  terbunuh dalam serangan  tersebut dan menzahirkan rasa kesedihan rakyat Malaysia berikutan dengan apa yang terjadi.

Sekali lagi ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang  mementingkan keamanan  sejagat dan  berharap agar satu tindakan diambil untuk membenteras kejadian tersebut agarnya tidak berulang kembali.

Dalam pada masa yang sama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak juga menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Paris serta mengutuk  serangan yang dilakukan.

“Ucapan takziah dan simpati kami kepada keluarga mereka yang terbunuh dan cedera dalam insiden penuh tragis ini. Kami juga mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga mangsa. Kita bersedih dengan penduduk Paris dan Perancis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s