Ahmad Zahid – Hubungan Malaysia, China penting bagi keamanan serantau


Oleh rmf

Hubungan diplomatik Malaysia-China bermula pada tahun 1971 dengan sepucuk surat daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein kepada rakan sejawatannya, Perdana Menteri China pada masa itu, Zhou Enlai. 

Ketika kedua-dua buah negara meraikan ulang tahun ke-40 hubungan Malaysia-China, keakraban hubungan kedua-dua buah negara jelas terserlah sehingga ke hari ini terutamanya dalam bidang diplomatik dan ekonomi.

Menurut Setiausaha Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Tan Kai Hee, China menghargai keberanian Tun Abdul Razak menjalin hubungan diplomatik ketika negara itu dipinggirkan dunia kerana ideologi komunisnya.

Tindakan Tun Abdul Razak ternyata membuka lembaran baru dalam hubungan diplomatik China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Selepas Malaysia, anggota lain Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) turut mengambil langkah serupa.

Kesinambungan hubungan tersebut telah diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasmi enam hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China  kali ini amat berjaya, dan para pemimpin tertinggi China menganggap hubungan dengan Malaysia sebagai sesuatu yang ‘istimewa’.

Misi ini diteruskan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan hubungan Malaysia serta ASEAN dengan China  agar kukuh dan ianya amat penting bagi menjamin keamanan serta kemakmuran  di Asia Tenggara.

Dalam menjayakan hal ini negara ASEAN perlu bersama sama melipat ganda usaha  bersama bagi menangani masalah serta konflik dan megelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan dan bersama sama  melihat kepentingan Laut China Selatan untuk semua pihak termasuk China dan Asean.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sejak 500 tahun yang lalu dalam abad ke 16, kepentingan laluan laut telah membuktikan bahawa Asia  merupakan penyumbang 50% kepada perdagangan dunia  dan  Asia boleh dikatakan mewakili majority  penduduk dunia

Ketika menyampaikan ucap tama pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) Ke-7, Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia  (ASLI) dan Asia House. Dalam ucaptama yang disampaikan bertajuk ‘Memperkukuh Hubungan China-ASEAN: Ke Arah Perkongsian Kemakmuran’.

Dalam ucaptama tersebut Ahmad Zahid menyarankan agar semua komuniti serantau tidak mengamalkan sikap  mementingkan diri serta mengamalkan dasar ‘perang dingin’  yang mana  akan memberikan impak yang kurang sihat dalam komuniti serantau.

Sikap yang sedemikian akan  memberikan maksud kurang sihat dan sudah pastinya akan berlaku ‘penentangan’ secara langsung dan tidak langsung  diperingkat antarabangsa. Kerjasama diantara serantau memainkan peranan penting dalam  semua urusan yang dilakukan. Sikap keterbukaan,  ketelusan serta toleransi  akan mengekalkan kestabilan yang cukup baik .

Malaysia sejak dulu dan bersama negara ASEAN memainkan peranan yang penting  dan sebagai pintu  masuk  perdagangan global .dengan negara China.  Sebagai Pengerusi Asean-China , Ahmad Zahid berkeyakinan bahawa Malaysia akan dapat mengemudikan Asean melalui perdagangan dua hala  dengan China.

“Sebagai Pengerusi ASEAN dan Sidang Kemuncak China-ASEAN akhir bulan ini, saya yakin Malaysia akan berjaya mengemudi ASEAN dan meningkatkan hubungan dua hala dengan China, serta memberi tumpuan kepada integrasi ekonomi dan memupuk properusahaan, sentimen mesra pelabur kepada jiran-jiran kita,”

“Ketika kita bergerak menuju kepada Perkongsian Trans Pasifik, kita  bakal menyaksikan Komuniti Ekonomi ASEAN menjadi kenyataan, blok perdagangan bebas yang Malaysia dan rakan negara anggota mahu gunakan untuk mendekati rakan-rakan di Barat dan Timur,” katanya

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s