Datuk Seri Zahid Hamidi – Anwar Dibenarkan Membawa Pakar Perubatan Luar Negara


Oleh rmf

Tidak benar seperti yang digambarkan oleh pihak pembangkang  mengenai tindakan yang diambil oleh  pihak penjara terhadap kesihatan yang dialami oleh Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya pembangkang cuba memperlihatkan  betapa kejamnya kerajaan terhadap banduan dalam negara ini.

Namun semua itu hanyalah retorik politik untuk mendapatkan perhatian daripada rakyat dan bangun menentang tindakan yang digambarkan selama ini terhadap Anwar Ibrahim. Ini sudah sememangnya  sttrategi pembangkang untuk mengolah sesuatu isu agarnya diberikan perhatian.

Gambaran yang diberikan oleh pemimpin pembangkang saolah olah kerajaan Malaysia  bersikap zalin terhadap tahanan tahanan dalam penjara dengan  tidak memberikan layanan yang sebaiknya atau dalam ertikata lain tidak berperikemanusiaan.

Baru baru ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berada di United Kingdom (UK) telah memberikan penjelasan yang terperinci terhadap perkembangan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire mengenai status rawatan yang telah disediakan .

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan oleh pakar  perubatan  tempatan untuk merawat kesihatannya selain dari pilihan yang kedua iaitu  menerima rawatan keluar negara.

Sepucuk surat daripada  Perdana Menteri UK David Cameron kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Anwar. Sebagai Timbalan Perdana Menteri seharusnya  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan dan menjawab beberapa soalan  dengan cukup terperinci mengenai rawatan yang telah diberikan.

Bukan sekadar Timbalan Perdana menteri yang mengambil berat tentang kesihatan serta rawatan yang diberikan kepada  Anwar Ibrahim, malahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga  menzahirkan rasa prihatin beliau terhadap keadaan kesihatan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buluh.

Kenyataan Perdana Menteri ini dizahirkan melalui twitternya dan mengarahkan pihak yang berkenaan supaya memastikan Anwar menerima rawatan yang sewajarnya. Ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia bukan seperti yang digambarkan oleh pihak pembangkang.

Pada pertemuan tersbut , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Najib turut menerima surat daripada presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan penasihat keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.

Semua persoalan yang ditimbulkan telah diberikan jawapan yang sewajarnya dan tidak ada satu apa pun yang menyalahi peraturan dan perundangan. Semuan ini bermula apabila pembangkang mengambarkan bahawa Anwar Ibrahim tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Kerajaan Malaysia dan Jabatan penjara Malaysia telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya untuk tahanan. Dalam isu Anwar ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi   turut memberitahu bahawa Jabatan Penjara Malaysia untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar.

Apakah semua ini tidak meyakinkan bahawa kerajaan Malaysia bukan sebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar langsung  pandangan serta budi bicara mengenai sesuatu yang serius. Semuanya diberikan perhatian yang sewajarnya dan berdasarkan peraturan dan undang undang yang membenarkan.

Ahmad Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin UK itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Anwar di mana-mana hospital kerajaan.

Apakah dengan kenyataan yang diberikan oleh Zahid Hamidi ini , sebagai satu gurauan  kepada pembangkang yang mana sentiasa melihat pelbagai sudut kesilapan untuk menghentam kerajaan. Cuma yang menjadi masalah kepada semua ini adalah apabila pembangkang menolak dan menafikan hak hak yang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim.

Setelah pemimpin dari UK tersebut diberikan penjelasan, respon yang diterima agak mengejutkan dimana mereka telah diberikan maklumat yang salah oleh pihak pembangkang yang mengambarkan Anwar tidak diberikan rawatan langsung oleh perubatan di Malaysia.

Ahmad Zahid meminta semua pihak dalam hal ini amat berharap agar semua pihak tidak menyalah tafsirkan apa yang diusahakan oleh kerajaan dengan gambaran yang diberikan oleh pembangkang amatlah jauh sekali.

Ahmad Zahid berkata jemaah menteri telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 200 lawatan semasa Anwar dalam tahanan penjara sama ada daripada pakar perubatan, doktor-doktor perubatan, peguam-peguam yang mengendalikan 16 kes Anwar yang masih berjalan di mahkamah selain pertemuan anggota keluarga sama ada di penjara ataupun di hospital ketika beliau menerima rawatan.

Ahmad Zahid berharap dengan  penjelasannya itu akan memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Anwar bukan kerana kesalahan politik dan beliau bukan tahanan politik.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s