Bagaimana Keadaan Sebenar  Anwar Ibrahim Didalam Penjara


Oleh rmf

Semasa lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  ke United Kingdom  dan telah berakhir pada hari Rabu yang lalu telah memperjelaskan  beberapa persoalan yang timbul mengenai  kesihatan dan rawatan yang diberikan terhadap  Anwar Ibrahim.

Isu ini timbul apabila surat yang dihantar oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak mendapat layanan yang sewajarnya dan layanan buruk dari Jabatan Penjara serta mengabaikan kesihatannya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berada di United Kingdom (UK) telah memberikan penjelasan yang terperinci terhadap perkembangan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire mengenai status rawatan yang telah disediakan .

Pada dasarnya kedua dua pemimpin tersebut berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan ianya amat berlainan sekalai dengan laporan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang .

Disini ingin  diceritakan keadaan sel dimana Anwar Ibrahim ditempatkan , Sebelum ini ada pemimpin pembangkang yang menceritakan bahawa Anwar Ibrahim diberikan sel yang kotor dan  makanan yang tidak berzat.

Semua ini hanya pembohongan pemimpin pembangkang untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sedang berlaku dan menaikkan kemarahan penyokong pembangkang.

Didalam sell yang didiami oleh Anwar Ibrahim, terletak sebuah katil yang bernilai RM5,000 sebagai tempat istirehat semasa tidurnya.

Diruangan bilik mandinya dilengkapi dengan pancuran air panas dan sejuk  serta berlangsir untuk memastikan Anwar Ibrahim mendapat privasi dan   sebuah tandas duduk yang dilindungi juga.

Sebuah kipas dinding diletakkan  menghadap  kepada sabuah meja tulis bagi kegunaan beliau untuk melakukan kerja kerja peribadinya.

Sebagaimana tohmahan yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang bahawa Anwar Ibrahim telah dikurung dalam sebuah sell yang kotor dan tidak terurus adalah retorik politik untuk mendapatkan sokongan.

Anwar Ibrahim disatu ruang koridor sepanjang 50 meter, beliau dibenarkan bergerak bebas tanpa sekatan dan dibahagian luarnya pula , beliau disediakan satu  kawasan yang boleh dikunjungi pada waktu petang atau riadah.

Oleh keran Anwar telah mendapat kecederaan dibahunya, pihak Penjara Sungai Buloh juga mengesahkan bahawa sel Anwar dicuci setiap hari bagi memastikan ia sentiasa bersih. Kenyataan ini adalah bagi menafikan kenyataan yang telah dibuat oleh pemimpin pembangkang untuk memburukkan Jabatan Penjara.

Kenyataan tersebut juga seiring dengan penjelasan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika memberikan penjelasan  berhubung kait isu kesihatan Anwar semasa di UK.

Setakat ini, bagi rawatan yang telah diterima oleh Anwar Ibrahim , seramai 17 pakar perubatan yang telah merawat kesihatan beliau dan dilengkapi dengan enam pakar yang ditugaskan untuk memantau kesihatan fizikalnya.

Keenam enam pakar tersebut adalah hasil permintaan  yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim pada 28 Ogos yang lalu, Enam pakar tersebut terdiri daripada , tiga daripadanya dari Hospital Kuala Lumpur, dua dari Kementerian Kesihatan dan saorang dari sector swasta.

Untuk merawat kecederaan bahu Anwar ibrahin sebanyak tia sor yang terbaik telah disarankan untuk memulihkan kecederaan tersebut. Cadangan yang pertama ialah dengan menggunakan kaedah rawatan konservatif, Cadangan rawatan yang kedua ialah dengan melakukan pembedahan yang dinamakan Artroskopik, dan cadangan rawatan yang ketiga ialah  dengan melakukan pembedahan mengantikan sendi bahu.

Melalui cadangan dan pilihan Anwar sendiri , saorang pakar perubatan telah dipilih dan telah memeriksa beliau dan telah bersetuju dengan ketiga tiga cadangan yang telah dikemukakan dan seterusnya Anwar Ibrahim telah diminta untuk membuat pilihannya sendiri.

Berdasarkan rekod, sebenarnya tiada sebarang halangan bagi sesi pemeriksaan kesihatannya, sebanyak 78 kali pertemuan dengan doctor di Penjara Sungai Buluh, sebanyak 27 kali pertemuan bersama pakar panel Penjara Sungai Buluh dan  sebanyak 12 kali pertemuan dengan Fisiotrapi.

Rekod ini sahaja telah menunjukkan bahawa  pihak Penjara dan juga kerajaan Malaysia tidak pernah mengabaikan  tahap kesihatan yang dilami oleh  Anwar Ibrahim. Kesihatannya sentiasa mendapat pemantauan yang rapi.

Bukan itu sahaja, malah pakar pemakanan juga  telah mengolah diet Anwar Ibrahim bagi memastikan beliau mendapat layanan  yang terbaik. Diantara makanan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim ialah melalui  diet khas  untuk beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaan kesihatannya.

Kelengkapan dan kemudahan peralatan  untuk melakukan penbedahan serta rawatan yang lain amat le4ngkap da nada dalam negara ini. Sekali gus menolak permintaan Wan azizah untuk membawa Anwar Ibrahim ke luar negara untuk melakukan pembedahan.

Menurut saorang pakar Artroskopik, negara Malaysia adalah diantara negara pilihan dirantau ini untuk melakukan pembedahan Artroskopik ini adalah kerana Malaysia mempunyai kelengkapan yang mencukupi.

Malaysia adalah diantara yang mempunyai peralatan dan kepakaran untuk melakukan pembedahan Artroskopik atau pembedahan menggantikan sendi bahu –  tidak kira mana satu yang dipilihnya.

Pihak Penjara Malaysia boleh memudahkan permintaan Anwar jika masih mahu menggunakan kepakaran luar negara untuk merawatnya, ianya tidak menjadi masalah untuk membawa pakar asing tersebut melakukan pembedahan dalam negara.

Sekarang semuanya bergantung kepada keputusan Anwar untuk membuat pilihan. Pakar pakar perubatan hanya menunggu sahaja keputusan yang akan dibuat bagi membolehkan  salah satu cadangan dari ketiga tiga cadangan tersebut dipilih.

Menurutnya Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di  negara ini.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari lepas kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  yang berusia 23 tahun ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s