SPAD Akan Terus Berusaha Dalam Meningkatkan Taraf Perkhidmatan Teksi Kuala Lumpur


Oleh rmf

Mengorak langkah ke hadapan, SPAD sedang berusaha keras di dalam menyelaraskan perkhidmatan teksi dengan melakukan perubahan-perubahan yang amat penting. Ini termasuk mencadangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Ini juga akan melibatkan semakan terhadap kuasa kawalselia secara menyeluruh ke atas industri teksi. Di dalam mencapai tujuan tersebut, ia mestilah dipastikan bahawa peraturan-peraturan yang mengutamakan pengguna tidak akan menghalang inovasi atau melindungi model perniagaan yang sedia ada.

Usaha-usaha ini akan mengkaji semula polisi pelesenan yang sedia ada, memperbaiki program-program penguatkuasaan dan memberikan medan persaingan yang adil kepada semua pihak yang akhirnya akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Mendengar rintihan pemandu teksi dan keperluan bagi menyemak semula kadar tambang teksi agar lebih bertepatan dengan kos operasi semasa, Suruhanjaya telah menjalankan sesi interaksi di seluruh negara bersama pemegang-pemegang kepentingan utama untuk mendapatkan input dan maklum balas dari orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan dalam industri teksi terhadap pendekatan kajian kadar tambang teksi.

SPAD memulakan perjalanan untuk menambahbaik industri teksi bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pengguna di bawah program transformasi teksi. Ini telah bermula dengan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 2012 yang menyaksikan 76,000 pemandu teksi menerima baucar untuk tayar baru, Perlindungan Insurans Peribadi, pengecualian cukai jalan, subsidi tol sebanyak 50%, serta pengecualian cukai jualan dan eksais bagi pemilik lesen individu.

Ini diikuti dengan pengenalan kelas lesen Teksi 1Malaysia (TEKS1M) pada 2013 bagi menangani isu-isu berkaitan mutu pemandu, serta piawaian kenderaan dan operasi. Tujuan utamanya adalah untuk menjalankan migrasi kesemua teksi bermeter yang mencapai akhir hayat perkhidmatan kepada jenama TEKS1M.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di Malaysia dan memahami isu-isu yang membelenggu industri teksi negara.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut di dalam usaha penambahbaikan industri teksi di Malaysia seperti program Teksi Rakyat 1 Malaysia  (TR1Ma) pada 2012 dan program Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) pada 2013.

Proses rundingan dan perjumpaan bersama-sama persatuan dan juga pengendali teksi serta pihak-pihak berkepentingan adalah sesuatu yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh Suruhanjaya. Kesemua ini dilakukan menerusi beberapa siri mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan bagi mendengar pandangan pemandu teksi dan membincangkan isu-isu yang membebankan mereka. Siri-siri pertemuan

ini amat penting bagi Suruhanjaya ini memastikan kesemua pandangan pihak berkepentingan diambil kira. Usaha ini telah dipertingkatkan lagi pada bulan Oktober dan November 2015, dimana SPAD telah menganjurkan lima sesi pertemuan yang melibatkan lebih daripada 250 pihak berkepentingan di dalam industri teksi; ini termasuk gabungan,persatuan teksi dan pemandu-pemandu.

Segala maklum balas yang diterima pada sesi-sesi tersebut akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh Suruhanjaya supaya dapat dirangka penyelesaian jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan dan kemahuan semua pihak terlibat, termasuk pemandu teksi dan penumpang.

Susulan itu, SPAD sedang meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan dan sedang berusaha untuk menyelaraskan perkhidmatan teksi dengan melakukan perubahan-perubahan yang akan memanfaatkan semua pihak termasuk pemandu, pengendali dan penumpang. SPAD dengan ini ingin memberi jaminan kepada

industri teksi bahawa kami akan mencari jalan penyelesaian dalam jangka masa yang terdekat bagi mengatasi isu-isu yang diketengahkan dan akan terus bertekad di dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia.

Pada masa yang sama, SPAD juga sedang berusaha keras di dalam meningkatkantaraf perkhidmatan teksi dan mencadangkan perubahan-perubahan yang amat penting, termasuk mengusulkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ini akan melibatkan semakan terhadap aspek-aspek kawalselia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik bagi industri teksi.

Suruhanjaya ini juga akan memberi tumpuan khas kepada usaha-usaha untuk menambahbaik perkhidmatan kepada pengguna dan meningkatkan daya saing dan kebajikan pemandu. Di dalam mencapai objektif tersebut, Suruhanjaya akan mengkaji peraturan-peraturan yang mengutamakan pengguna, menyokong teknologi dan inovasi mesra pengguna serta akan sentiasa terbuka kepada perkembangan terkini.

Suruhanjaya ini yakin semua usaha-usaha ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi di negara ini. Ia juga akan memberi faedah kepada pemandu dan semua pihak yang berkepentingan dan seterusnya membawa manfaat kepada rakyat.

Image | This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s